fbpx
blog najib asaddok

5 Kata-Kata Yang DiHaramkan Kepada Peniaga

5 Kata-Kata Yang Diharamkan Kepada Peniaga

Di musim pandemik Covid-19 ni ramai peniaga atau yang dah lama berniaga tertekan sebab berhadapan dengan cabaran dan halangan dalam bisnes.

Tanpa mereka sedar rupanya nak berjaya dalam bisnes ni ada beberapa pantang larang yang mereka kena tahu. Korang nak ke nak tahu ni?

Jadi, hari ni saya nak berikan korang 5 perkataan yang diharamkan sama sekali kepada peniaga.. Eh bukan haram dari segi Islam tapi saya nak share kalau boleh kita jauhkan daripada guna perkataan ni.. 

Jom kita start…

  1. Awal Sangat Atau Lambat Sangat

Sebenarnya cepat atau lambat tak menentukan kejayaan seseorang. Yang membezakan kita adalah ilmu yang kita miliki.. 

Kalau umur dah tua tapi masih malas dan berkira-kira, memang buat apa pun tak akan jadi apa-apa. Jangan bagi alasan terlalu awal atau lambat.. Yang penting buat bisnes sebab nak beri manfaat pada diri dan orang sekeliling.

  1. Tak Berbaloi Lah Nak Cuba

Ramai peniaga nak berjaya tapi dia fikir takut gagal dan takut tak berbaloi. Ingat ya, sewa rumah, kereta, loan rumah, bil air, bil elektrik dan segala benda tak akan ikut kita berhenti.

Peniaga perlu ingat kejayaan ni ambil masa tapi kalau boleh kita buat sampai nampak hasil. Jadi cuba je sampai berjaya. Boleh ke boleh ni?

  1. Saya Tak Perlukan Bantuan Orang

Hari ni banyak benda dah berubah, kalau dulu orang berniaga offline tapi sekarang semua dah online. Jadi macam mana nak tarik lebih ramai pelanggan secara online? 

Mustahil untuk peniaga buat kalau dia tak ada ilmu sebab tu penting untuk kita berguru. Peniaga memang perlukan guru yang bantu supaya bisnes yang dijalankan boleh pergi lebih jauh.

  1. Saya Tak Tahu Lah

Nak berjaya dalam bisnes ni kita perlukan mindset yang terbuka. Benda senang je, kalau tak tahu tentang sesuatu perkara, kita pergi belajar atau cari seseorang yang boleh bantu..

Jangan letakkan diri sebagai mangsa keadaan padahal pilihan dah ada di tangan kita, kalau tak tahu boleh pergi belajar dan kuasai ilmu marketing.. Elakkan daripada cakap tak boleh. 

  1. Saya Tak Cukup Bagus

Jangan pernah rasa diri tak cukup bagus sebab setiap orang berhak untuk berjaya. Ye la, mana ada benda yang perfect dalam dunia ni, semua benda ada proses dia.

Kalau kita tak percaya pada diri sendiri, macam mana orang lain nak percaya pada diri kita? Korang faham ke apa yang saya nak sampaikan ni? 

Jadi benda paling penting sekali, bagi peluang pada diri sendiri, kena ada mentaliti untuk upgrade diri dan bisnes. 

Korang nak ke nak saya bantu anda naikkan sales masa lockdown dan PKP ni? Sebab saya memang tak sabar nak bantu korang tarik 10x ganda lebih ramai pelanggan. 

Pastikan korang dapatkan 6 E-Book Copywriting Yang Buatkan Orang Rebut, Bukan Cabut secara PERCUMA je! Ye, saya nak berikan percuma pada siapa yang komited nak belajar. 

Boleh dapatkan di → www.NakBimbingan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !