fbpx
blog najib asaddok

7 Karakter Pembunuh Bisnes

7 Karakter Pembunuh Bisnes

Hari ni saya nak share topik yang sangat penting sebab ramai usahawan yang terlepas pandang yang dia ada karakter yang bahaya dalam diri. Tanpa sedar, dia bukan bina bisnes tapi sedang membunuh bisnes

Korang mesti excited nak tahu kan? Pastikan korang baca sampai habis tau sebab saya nak bagi 7 karakter pembunuh bisnes dan jadi punca bisnes bungkus awal.. 

Serius saya cakap bahaya sebab bisnes tak boleh nak grow, sales tak naik dan lama-lama melingkup kalau tak diubah dari awal. 

  1. Pentingkan Diri Sendiri

Usahawan atau peniaga tak boleh ada mentaliti pentingkan diri sendiri sebab bisnes is about helping people, engage with people and building relationship. 

Jadi, kalau ada mentaliti pentingkan diri sendiri, memang tak ke mana la bisnes tu. Bukan tu je, sebagai leader kita berniaga bukan untuk bina diri sendiri tapi untuk bina team dan bantu mereka capai impian.

  1. Tak Jaga Adab

Punca utama bisnes bungkus awal ialah ramai peniaga tak jaga adab. Contohnya, baru senang sikit, baru capai benda sikit dah lupa diri dan pandang rendah pada orang lain..

Ini semua ciri-ciri yang membunuh bisnes dia sendiri, jadi sejauh mana pencapaian kita jangan lupa untuk sentiasa rendahkan diri kita.. Faham ke faham ni? Ini lah punca utama yang membunuh.. Apatah lagi kalau kita riak. 

  1. Perangai Menghukum Orang Lain. 

Kita ini diturunkan untuk berdakwah bukan pendakwa raya. Jadi, jangan pernah menghukum orang lain tapi fikirkan apa yang sepatutnya dia buat..

Daripada kita sibuk jadi mata lalat lebih baik kita jadi mata lebah yang nampak benda elok-elok je. Dalam banyak2 tak elok pasti ada yang eloknya dekat situ.

  1. Tak Jaga Adab Menuntut Ilmu

Ini adalah perangai yang membunuh banyak bisnes di luar, bila masuk kelas dia sibuk nak belajar benda yang dia nak tahu.. Sepatutnya bila kita pergi belajar, kita fokus apa yang guru kita bagi tahu sebab biasanya guru kita beritahu apa yang patut kita tahu, yang akan bantu kita ubah kehidupan.

Anda faham ke faham ni?

  1. Tak Sabar

Ingat ya, nak berjaya ni bukan boleh jadi dalam satu malam. Kita kena trust the process sebab nak repair balik bisnes perlukan masa sekurang-kurangnya 6-12 bulan. Mana ada orang lahir terus senang, pasti ada cabaran yang dia lalui dan setiap kejayaan tu ada dia punya proses. 

  1. Duduk Dalam Circle Yang Negatif

Ni namanya geng lalat.. Dia selesa dengan orang yang negatif dan fikir nak membawang orang lain.. Dia taknak fikir pun apa yang patut dia betulkan. Lebih baik kita fikir macam mana nak duduk dalam persekitaran yang positif dan boleh bawa bisnes ni pergi lebih jauh.

  1. Tak Percaya Kepada Guru Yang Mengajar

Tak percaya pada guru yang mengajar dan yang paling teruk dia tak ada guru pun. Kita ni perlukan manusia lain terutama mereka yang dah lalu proses kejayaan  tu,  terutama orang yang dah pernah gagal dan dia boleh bangkit balik. 

Ini la salah satu punca kenapa bisnes terkubur. Saya harap sangat korang semua cari ilmu, trust the process, trust mentor atau guru korang insyaAllah. 

Korang nak saya bantu tingkatkan jualan setiap bulan? Jom dapatkan E-Book Copywriting Yang Buatkan Orang Rebut, Bukan Cabut dan bersedia dengan pelancaran pada jam 9.30 malam ini melalui platform Zoom Webinar.

Dapatkan access di http://bit.ly/6ebookcopywriting

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !