fbpx
blog najib asaddok

‘Rasa Miskin Sampai Nak Beli Sabun Pun Tak Mampu’, Pengakuan Puan Noorazline Undang Sebak

Bisnes lasagna

Kisah perjalanan orang tak sama. Setiap orang menerima ujian yang berbeza tapi percaya lah dalam setiap kesusahan tu, cepat atau lambat Allah SWT pasti akan sertakan dengan kesenangan.

Dulu Puan Noorazline binti Muhammad Ridda ni merupakan suri rumah yang buat bisnes dari rumah sejak dari tahun 2010 lagi. Macam-macam bisnes dia dah buat tapi anda bayangkan lah lepas tukar bisnes daripada jual pakaian lepas tu jual kuih muih tapi tak juga bertahan lama. Sehingga lah dia mengambil keputusan untuk fokus kepada bisnes membuat lasagna.

Dia buat bisnes sebab nak bantu ibu bapa dan suami bina kehidupan yang lebih baik.. Bila terkenangkan ibu bapa yang tiada pencen siapa lagi yang nak bantu lengkapkan keperluan harian mereka kalau bukan anak-anak. Betul ke betul?

Tambahan pula, dia gagahkan untuk balas jasa suaminya yang selama ini banyak memberi sokongan dari segi nasihat dan kewangan. Banyak modal yang dilaburkan untuk buat bisnes tapi sayangnya modal hangus macam tu jer..

Siapa jer tak sedih? Mana ada orang buat bisnes untuk rugi.. Jadi walaupun penat dan menghadapi pelbagai rintangan dalam bisnes, Puan Noorazline tepis semua tu sebab dia nak buktikan bahawa dia boleh gandakan balik modal suaminya.

Jadi, perkongsian daripada Puan Noorazline ni membuatkan kami daripada Team Momentum terharu dan bangga di atas pengorbanan yang dia lakukan.. Dalam masa yang sama kami juga tertanya-tanya apa tindakan yang dia buat sehingga dia berjaya capai total sales sebanyak RM56,000.

“Masa jalankan bisnes Dellizia ni pada mulanya saya main langgar jer, buat bisnes tanpa guru dan ilmu sehingga saya mengalami kerugian yang besar bila saya terpaksa buang hampir 600 pax lasagna akibat stok tak beku dan basi. Saya tak salahkan sesiapa tapi saya tahu benda ni berlaku sebab kurang power supply di rumah”, jelasnya dengan linangan air mata.

Katanya lagi, “Ya Allah masa tu memang tak ada duit, ye lah kita baru mula bisnes memang tak ada duit sangat tapi saya terpaksa buang stok bila bahan tak jadi.. Saya nangis sampai dah tak ada air mata”. 

Bayangkan.. bila dia rasa miskin sangat bila nak beli sabun pun tak ada duit.. Apa yang anda buat bila berada di tempat Puan Noorazline ni? Mesti sedih kan..

Itu lah cabaran bila kita libatkan diri dalam bisnes makanan.. Tapi Puan Noorazline tak give up dan sentiasa berpegang kata-kata Tuan Najib Asaddok untuk berikan lebih value kepada pelanggan. Jadi dia redha dan rasa tak apa kalau dia rugi sekarang, asalkan produk yang dihasilkan tu berkualiti, sedap dan pelanggan puas hati. Dia juga sedar rezeki Allah tu rahsia dan akan datang bila dia berusaha. 

Alhamdulillah, perlahan-lahan dia bangkit semula.. Selepas join kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) dan seterusnya Advance Roket Bisnes (ARB), dia mula nampak jalan dan peningkatan dalam bisnes.

“Tanpa ilmu Sifu, saya mungkin tak sedar, masih main-main dalam bisnes.. dan mungkin saya dah berhenti buat bisnes” ujarnya sayu. 

Dia sendiri tak sangka sekarang dah berada dalam circle Platinum dan syukur Alhamdulillah sales pada bulan November naik ke RM20,000 sebulan dan total sales sehingga November dan mencecah RM56,000. Bukan tu jer sekarang dia dah ada team sendiri dan Ejen seramai 50 orang. 

Satu persatu rezeki datang.. Puan Noorazline terharu bila suami dia  sanggup mengeluarkan belanja yang agak besar untuk beli sebuah “freezer” yang boleh memuatkan hampir 600 pax lasagna dalam satu masa. Besar kan peti sejuk tu, macam tu juga la besar sokongan suami Puan Noorazline. Anda pun pasti rasa benda yang sama kan?

Haaa, siapa dekat sini struggle dalam bisnes sama macam Puan Noorazline? Dia dulu pun mula-mula bisnes bukan terus senang. Kalau kita tak pergi cari ILMU dan GURU kita tak akan tahu kemampuan diri kita dalam bisnes. Apa yang penting kita buat jer!

Bagi peluang untuk kami bantu anda, tapi yang paling penting, anda perlu bantu diri dulu. Boleh? Jom dapatkan E-Book Strategi Capai RM10,000 Pertama Guna Facebook di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !