fbpx
blog najib asaddok

Rahsia Kejayaan Secret Recipe Yang Mampu Bertahan Sehingga Kini

Rahsia Kejayaan Secret Recipe Yang Mampu Bertahan Sehingga Kini

Saya percaya sebahagian dari korang mesti pernah makan dan beli kek di Secret Recipe ni kan. Secret Recipe ni ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Datuk Steven Sim yang merupakan seorang anak jati kelahiran Kota Bharu, Kelantan. Kalau korang nak tahu, outlet pertama Secret Recipe ni terletak di SS2, Petaling Jaya. Datuk Steven Sim telah memulakan perniagaan ini bersama dengan tiga orang anak saudaranya yang mempunyai kemahiran terlatih dalam bidang ini.

Semasa di awal pembukaan, Secret Recipe kurang mendapat sambutan. Oleh sebab tu, Datuk Steven Sim telah mengambil inisiatif dengan mengedarkan flyers yang tertera “free coffee” kepada masyarakat Malaysia hanya dengan berjalan kaki. Datuk Steven Sim mendapat inisiatif tersebut kerana dia sudah sedia maklum bahawa mana-mana masyarakat sekalipun pasti sangat suka akan benda yang percuma termasuklah masyarakat di negara kita Malaysia. Siapa je tak suka benda free kan. 

Hasil daripada inisiatif tersebut, ramai pelanggan yang telah datang berkunjung ke Secret Recipe untuk mencuba pelbagai jenis kek yang ada. Datuk Steven Sim telah mengambil peluang tu untuk dapatkan maklum balas kepuasan pelanggan dan daripada komen-komen yang diberi untuk dia ubah kek-kek tersebut mengikut selera dan citarasa masyarakat Malaysia.

Setelah lebih 20 tahun beroperasi, Secret Recipe kini telah mempunyai lebih 440 buah kafe di beberapa buah negara termasuklah negara Thailand, Singapura, Indonesia dan banyak lagi. Korang nak tahu apa rahsia Secret Recipe ni bertahan sampai sekarang?

  1. Pemilihan Produk Yang Tepat 

Steven Sim memilih kek sebagai produk utamanya kerana walau pun ia berasal dari Barat, ia merupakan makanan universal dan terdapat dalam setiap kebudayaan, bangsa dan negara.

Ia merupakan produk yang mudah dan juga tergolong dalam kategori produk yang menyeronokkan, serta diminati setiap orang tidak kira kanak-kanak, remaja, orang muda mahupun orang tua. Sebab tu sebelum nak berniaga, korang kena tahu siapa pelanggan yang korang nak target. 

  1. Konsep Yang Baru dan Unik

Dia mengambil keputusan untuk menceburi bisnes ini bila mendapati terdapat kekurangan yang ketara, dalam konsep kafe yang menawarkan suasana menikmati hidangan yang kasual dan santai pada ketika itu. Dia nak nampak berbeza dari bisnes yang sedia ada. Pelanggan akan mudah tertarik pada sesuatu yang unik dan lain daripada yang lain. Korang dapat sesuatu dekat sini?

  1. Ada Kemahiran Tersendiri

Ketiga-tiga anak saudaranya mempunyai kemahiran dalam bidang pembuatan kek, dan membangunkan produk-produk baru yang mampu menarik perhatian dan selera pelanggan.

Manakala Steven pula mempunyai kemahiran dalam bidang pemasaran, penjenamaan dan khidmat pelanggan. Tak salah kalau korang tak ada kemahiran pada awalnya. Yang penting, berusaha untuk terus upgrade ilmu dan tambah ilmu. Boleh ke boleh?

  1. Plan dan Strategi Yang Jelas

Kalau kita nak bisnes kita ni pergi jauh, kita mesti dah kena plan strategi apa yang kita nak capai dari sekarang. Buat plan untuk jangka masa 5 tahun dan 10 tahun akan datang. 

Steven Sim memfokuskan pada strategi membina jenamanya untuk membezakan Secret Recipe dengan pesaing. Ini termasuklah mencipta logo, memilih warna korporat bisnes, memperincikan strategi pemasaran dan menghasilkan uniform pekerja. Menurut Steven Sim, membina jenama yang berjaya dan bertahan lama memerlukan usahawan mengenalpasti kekuatan yang ada pada jenamanya, memfokuskan strategi pada kekuatan tersebut, dan membinanya secara konsisten.

  1. Jaga Kualiti Produk 

Sebagai sebuah jenama yang mempunyai kehadiran di pelbagai negara, cabaran paling besar yang dihadapi oleh Steven Sim adalah memastikan kualiti produk yang konsisten, di setiap cawangan terutamanya rasa bagi setiap menu (kecuali menu yang perlu diubahsuai berdasarkan citarasa tempatan. 

Ni lah rahsia macam mana Secret Recipe tu bertahan dan ada pelanggan yang ramai setiap hari. Dia bermula dengan banyak cabaran juga. 

Bisnes korang pon boleh pergi jauh dengan usaha dan tak pernah putus asa. Sikap malas ni boleh membunuh bisnes kita. Jadi korang kena buat sesuatu dan rajin untuk sentiasa upgrade bisnes korang tu. Korang perlukan bimbingan dan bantuan? 

Saya dan Team Momentum bersedia untuk bantu korang. Segera hubungi kami di www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !