fbpx
blog najib asaddok

Puan Roihan Paksa Diri Buat Sales RM13.5 Juta Untuk Penuhi Impian Keluarga

Puan Roihan

Bumbung rumah keluarga dah rapuh macam “biskut”, ayah pula teringin nak motor baru, tapi dia tak mampu nak bagi semua tu. “Apa guna saya sebagai anak”?

Anak mana yang tak terkilan bila tak dapat nak balas jasa mak ayah? Dah menjadi lumrah bagi setiap orang sebagai anak, mesti ada impian nak bahagiakan kedua orang tua. Itu lah nasib yang menimpa Puan Sti Roihan Leader kepada Forever Living. Tapi bila dia dah mampu nak beli semua tu, ibu bapa dia pula dah dijemput ilahi. Allahu.

Sebelum ni, Puan Roihan bekerja di salah sebuah Syarikat Telekomunikasi selama 20 tahun. Kalau difikirkan balik, 20 tahun tu satu tempoh yang agak lama. Sebagai mak ayah, mesti dah mengharapkan anak mampu untuk bagi apa yang mereka nak. Tapi Puan Roihan masih tiada simpanan yang lebih dan tetap. Yang paling dia buat rasa terkilan, bila ayah nak beli motor baru tapi dia tak boleh nak belikan.

Ada satu ketika tu, dia dan suami tak mampu nak bayar sewa rumah, mereka terpaksa menumpang di rumah mak mertua. Dia tiada duit nak belanja anak sekolah, beli susu anak dan paling sedih bila esok nak raya tak ada duit nak beli makanan untuk pagi raya. Dulu dia pernah nak pinjam duit dengan kawan yang agak senang sebanyak RM200 untuk bantu. Malangya, kawannya hanya mengabaikan sahaja. Start daripada tu, dia nekad untuk berhenti kerja dan mula berniaga. Dia sedar tiada siapa boleh bantu kita melainkan kita sendiri.

Dalam Ultimate Personal Coaching (UPC) baru-baru ini, Alhamdulilah, banyak sangat pencapaian yang Puan Roihan dah capai dalam bisnes. Sales Puan Roihan meningkat 3 kali ganda dari sales tahun 2019. Sales sepanjang 9 bulan pertama pada 2019 ialah RM5 juta. Manakala sales 9 bulan pertama untuk 2020 ialah RM13.5 juta.

Dia berjaya renovate rumah keluarga di kampung. Hasrat arwah ayah nak gantikan bumbung yang dah reput, ditunaikan. Walaupun ayahnya dah tiada, kakak nya masih ada lagi di rumah itu. Ni salah satu impian dia untuk balas jasa kakak yang menjaga ayah mereka ketika sakit.

Puan Roihan juga dapat memberi sumbangan untuk kelengkapan surau baru berdekatan dengan kawasan perumahannya. Alhamdulilah, Puan Roihan terpilih menjadi salah sorang daripada lima orang yang mewakili Malaysia untuk mendapat reward 5000 cc. Ni antara salah satu reward yang company bagi untuk leader yang mencapai target sales. Dia sendiri pon tak pernah sangka nak dapat.

Saya nak tanya korang, tak teringin ke nak jadi macam Puan Roihan? Tak nak ke bahagiakan orang tersayang?


Kalau korang tak cuba dan buat tindakan sampai bila-bila korang tak akan tahu. Sebab tu saya nak bantu korang untuk capai impian dengan mulakan tindakan awal join waiting list Roket Pemasaran Momentum yang bakal dilancarkan pada 10 November 2020. Pastikan jadi 1010 orang yang terawal untuk rebut harga RM10.

Klik segera di www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !