fbpx
blog najib asaddok

PENGUMUMAN BERKENAAN CUKAI TERHADAP FACEBOOK ADS

Bermula 1 Januari 2020, kos yang anda keluarkan untuk Facebook Ads akan dikenakan cukai perkhidmatan oleh kerajaan Malaysia sebanyak 6%.

Siapakah yang akan dikenakan cukai ini? Cukai ini akan dikenakan pada mana-mana individu atau organisasi yang beroperasi dalam Malaysia yang menggunakan khidmat Facebook Ads.

Sekiranya anda membuat bayaran untuk khidmat Facebook Ads, 6% cukai perkhidmatan akan dikenakan terus samada anda membuat pembayaran secara manual atau tolakan melalui kad kredit. Contoh, sekiranya anda menggunakan RM100.00 untuk Facebook Ads, tambahan 6%, iaitu RM6.00 akan ditambah menjadikan jumlah yang anda perlu bayar RM106.00.

Anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pakar pencukaian atau dari pihak akauntan syarikat anda untuk sebarang maklumat lanjut.

Anda juga dinasihatkan untuk menggunakan Facebook Marketing dengan sebaik-baiknya kerana Facebook Ads hanyalah sebahagian kecil dari Facebook Marketing itu sendiri.

Anda boleh layari ke www.NakTarikPelanggan.com untuk mengetahui cara yang betul untuk optimumkan penggunaan Facebook Marketing.

Anda dah ready untuk tahun 2020?

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !