Najib Asaddok
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
Najib Asaddok
No Result
View All Result
Home #roketcontent

NAK GROW BISNES KENA JELAS!

Mohd Najib by Mohd Najib
December 14, 2019
in #roketcontent
0 0
0
NAK GROW BISNES KENA JELAS!
Share on FacebookShare on Twitter

NAK GROW BISNES MENJELANG 2020, USAHAWAN @ FOUNDER KENA JELAS APA YANG NAK DIBUAT UNTUK PELANGGAN!

.
Dah nak masuk tahun 2020, adakah anda jelas dengan apa yang anda nak buat untuk pelanggan anda?

.
Sebab tak ramai usahawan sanggup berfikir untuk pelanggan mereka. Kebanyakkannya hanya fikir berapa untung, berapa sales.


Ya, untung dan sales tu penting, tapi lagi bagus anda cuba berada di tempat pelanggan dan fikir apa yang mereka fikir.


Kat situ baru anda tahu bisnes anda ni membantu atau tidak.


Sekarang ni zaman orang tahu menilai bisnes mana yang bagus, bisnes mana yang tak bagus.


Selagi anda pandai ambil hati pelanggan, anda pandai baca emosi dan fikiran mereka, anda akan menang hati mereka.


Lagipun bisnes yang bagus bila kita mampu selesai masalah orang lain, spesifik lagi, selesaikan masalah yang anda pakar atau tahu.


Ada 5 soalan yang anda wajib jawab, supaya anda tahu tahun 2020 ni, gaya marketing anda lebih tepat pada sasaran. Tak boleh lagi pukul sama rata.


Hebat mana fbads teknikal anda sekalipun, belum tentu ia mampu tarik hati dan perasaan pelanggan kalau anda tak kenal siapa dan apa isi hati mereka.


Ni cerita panjang ni ada faham ke? Baik anda baca kesemua soalan ni dan jawab secara jujur dan ikhlas.

Point 1

Siapa Yang Anda Nak Bantu?

Soalan ini sangat jelas dan penting. Usahawan kena faham, bukan semua adalah pelanggan kita dan bukan pada semua orang kita nak jual.

Kita wajib memilih siapa yang kita nak sasarkan. Sebab semakin tepat sasaran, semakin senang nak buat jualan.

Benda ni bukan susah, anda kena banyak bertanya pada pelanggan sedia ada, supaya anda kenal dan tarik lebih banyak pelanggan serupa dengan dia.

Point 2

Apa Masalah Mereka Yang Anda Boleh Bantu?

Pernah ke anda ambil tahu masalah mereka? Pernah ke anda tanya soalan ini pada mereka?

Sebenarnya bila mereka berusaha / bertindak untuk dapatkan produk anda, mereka dah ada jawapan ini dalam fikiran mereka.

Kalau tak, memang mereka takkan bergerak untuk transfer duit atau sanggup datang kedai anda untuk dapatkannya.

Anda kena tanya, apa sebenarnya yang anda bantu. Dari situ anda akan semakin jelas bisnes anda ni sebenarnya bantu apa..

Bila anda jelas ‘KENAPA’, anda akan tahu marketing yang sesuai, copywriting yang macamana akan sebabkan lagi ramai orang tersangkut beli dengan anda.

Point 3

Kenapa Penting Untuk Anda Bantu Mereka?

Bisnes kita adalah perjuangan kita. Anda jangan anggap bisnes sekadar nak dapat duit untuk survive, buat bisnes nak hidup senang lenang.

Sebelum anda nak kaya, anda kena bantu orang lain.

WHAT YOU GIVE, YOU WILL GET BACK

Ini sangat penting sebab ramai usahawan gagal faham benda ni. Semua sebab $$$$$

Ini yang membezakan bisnes yang ada perjuangan dan bisnes yang nak cari duit.

Ibarat anda beli karipap yang ada inti angin dan karipap berinti kari ayam & kentang yang sedap.

Kan melalui situ kita dah tahu dia ni peniaga jenis apa.

Begitu juga dalam bisnes kita. Kenapa penting untuk anda bantu mereka? Kenapa anda beriya jual produk / servis pada mereka?

Anda kena selami diri anda sendiri yang pertamanya kenapa aku perlu bantu mereka.. Apa kesusahan yang mereka alami sekiranya mereka tak selesaikan masalah tu.

Anda kena jadikan bisnes anda satu perjuangan untuk bantu mereka. Kalau tidak, bisnes anda ibarat tubuh badan yang tidak ada jiwa.

Orang boleh rasa, orang boleh menilai.

Faham ke faham ni?

Point 4

Apa Matlamat Yang Anda Nak Mereka Capai?

Pernah anda selami perasaan mereka yang dapatkan produk anda?

Ataupun anda jenis ‘hawau’ yang jual kemudian lepas tangan tak peduli mereka asalkan duit dah masuk?

Jangan jadi usahawan yang ‘hawau’. Anda bertanggungjawab dengan mereka. Anda kena tahu apa yang mereka nak capai bila mereka menggunakan produk / servis anda.

Jadi anda sendiri kena jelas apa yang anda nak mereka capai. Samada kesenangan, kesihatan, kegembiraan, keceriaan, kecantikan, hubungan yang baik, elak bahaya dan macam-macam lagi.

Tolong tulis apa yang anda nak mereka capai.

Tolong jangan ‘hawau’ sangat jadi usahawan yang pentingkan diri.

Ok ke ok ni?

Point 5

Apa Yang Anda Nak Hidup Mereka Berubah Bila Membantu Mereka?

Apa yang anda nak mereka ubah lepas ni? Bagaimana keadaan mereka yang anda nak mereka rasa dan alami?

Kalau anda boleh bayangkan perkara ini pada mereka, anda sebenarnya semakin rapat dan kenal mereka.

Perkara ni yang kita ingin kita, usahawan atau founder sangat tahu apa yang mereka boleh ubah selepas anda bantu mereka.

Anda kena jelas dengan apa perubahan yang anda nak. Sebab bila anda jelas, anda akan tahu apa yang bagus dan terbaik untuk mereka, walaupun mereka pada awalnya menolak bisnes anda.

Lagi jelas perubahan yang anda nak dan perubahan yang mereka alami, prospek tidak mampu lagi menolak dan akhirnya mereka tewas dan dapatkan produk / servis dari bisnes anda.

Ini bukan kaleng-kaleng, sebab itu kena jelas, kena yakin dengan bisnes yang anda bawa.

Jangan pula anda menipu bulan bintang dalam perkara ni ya.. RESULT MATTERS!!

Facebook Comments
Mohd Najib

Mohd Najib

Next Post
5 Contoh produk makanan yang VIRAL tambah dengan COPYWRITING emosi ! MEMANG POWER

5 Contoh produk makanan yang VIRAL tambah dengan COPYWRITING emosi ! MEMANG POWER

Recommended For You

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

June 14, 2022
Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

June 8, 2022
Impian Vellfire bukan angan angan kosong

WOW!! IMPIAN KERETA VELLFIRE 2023, DAH CAPAI TAHUN NI?!

May 24, 2022
Lebih 15 Tahun Buat Bisnes, Sales Tak Bertambah, Hutang yang bertambah

“Saya duduk dekat belakang, nampak Tuan Najib kecil jer kat depan”….

March 29, 2022
Facebook Twitter Instagram

Tentang Kami

Saya seorang usahawan internet sepenuh masa & trainer kepada ribuan usahawan. Saya memulakan perniagaan internet ni sejak tahun 2009 hingga kini. Dapatkan Tips, Motivasi & Inspirasi dari Blog saya ini. Dinukilkan khas untuk anda!

Kategori

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In