fbpx

Orang Biasanya Tanak Nasi, Tapi Beliau Gantikan Dengan Pisang Rebus Untuk Alas Perut. Itu Membuatkan Puan Shandy Ingin Terus BANGKIT!

Bangkit

Ramai usahawan yang datang daripada hidup yang susah dan mencabar. Hidup yang susah yang membuatkan mereka buat keputusan untuk terus berniaga demi sesuap nasi untuk diri dan keluarga. Ada yang sampai rumah tangga musnah, keluarga berpecah belah kerana kesempitan hidup. Dengan hutang keliling pinggang yang perlu dilangsaikan. Semuanya berpunca daripada duit. Tipulah orang sekarang boleh bahagia tanpa duit. 


Samalah seperti Puan Shandy yang merupakan ejen kepada Emas KC Goldsmith. Hidup susah beliau pada waktu dulu membuatkan beliau terus tekad untuk ubah hidupnya. Dulu beliau sering dihina dan dipandang rendah oleh orang kampung kerana kesempitan hidup. 


Duit kiriman suami untuk perbelanjaan dapur, persekolahan untuk anak-anak ditambah dengan hutang AIM pada setiap minggu membuatkan beliau kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Jualan makanannya pernah 5 hari berturut-turut tak laku. Hanya seringgit dua sahaja. Dengan berbekalkan pisang di belaknag rumah, beliau rebus dan berkongsi dengan 4 orang anaknya untuk menggantikan nasi. Hutang semakin hari semakin bertambah. Perlian dan hinaan orang kampung membuatkan beliau merubah cara hidupnya.


Beliau mula buat perniagaan emas KC dengan bersungguh-sungguh. Walaupun beliau pernah ditipu oleh kawan sendiri, beliau jadikannya sebagai pembakar semangat untuk terus bangkit. Beliau ingin buktikan dengan tindakan dan usaha bahawa beliau pun boleh Berjaya. 


Hasil usaha beliau, beliau pergi belajar dan terus buat marketing yang betul. Beliau mula join kelas RPM Jun dan sales beliau terus naik mendadak. Sehingga terkini sales pada bulan July dah mencapai RM100,000 lebih. 


Niat murni beliau untuk bantu lebih ramai orang yang struggle macam beliau dulu. Beliau mahu merubah nasib orang lain yang pernah berdepan dengan pelbagai cabaran hidup. Beliau sangat bersyukur Tuhan permudahkan urusan beliau. Beliau percaya, jika hati bersih, niat untuk jujur, Tuhan permudahkan semuanya. 


Kalau tiada usaha dan tindakan yang betul, memang sukar untuk Berjaya. Sebabtu beliau sangat perlukan ilmu untuk terus kembangkan bisnes beliau. Dengan gunakan cara marketing yang betul, beliau mampu untuk mengubah hidup. .Nak ke nak saya bantu anda juga? Banyak yang perlu anda belajar untuk jadi hebat seperti Puan Shanny. Sampai bila anda nak biarkan diri, bisnes dan kewangan anda tidak bebas dari segala masalah. 


Jom merdekakan bisnes anda dengan join Roket Pemasaran Momentum Internet (RPM) pada 29&30 Ogos ni secara online. Boleh terus ke www.NakTarikPelanggan.com untuk mendaftar.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !