fbpx
blog najib asaddok

Nak Berjaya Kena Belajar Dengar Cakap

Nak Berjaya Kena Belajar Dengar Cakap

Hari ni saya nak share tentang orang yang dah lama berniaga ni, selain daripada ada ilmu sales yang tinggi, mereka juga ada sikap yang bagus, tahu untuk hormat orang lain. Saya sejujurnya respect dengan orang yang dah lama berniaga ni sebab banyak cabaran yang mereka dah lalu.

Dalam bisnes ni adat la bukan selalu cerah je, kadang-kadang datang hujan di tengah hari. Jadi jatuh bangun tu biasa cuma bezanya orang yang tak mudah patah semangat ni dia akan tetap berjalan dan berusaha.

Kita kena fikir segala takdir Allah swt, semua yang terbaik untuk kita jika kita pilih Allah melebihi yang lain. Contohnya buat kebaikan, sentiasa humble dan taat pada suami sebab Allah suruh.

Ikut pengalaman saya dulu kerja jadi cikgu memang saya agak tegas dan melawan tapi apa yang saya belajar untuk hormat boss sebab Allah yang pilih dia jadi ketua kita. Jadi kita kena ikut kata pemimpin dan keluarkan rasa diri hebat daripada boss kita. 

Sama la juga dalam bisnes, kita kena ada guru dan hormat guru yang Allah dah pilihkan untuk kita. Jangan pernah rasa hebat sebab kita tak sedar kadang-kadang Allah nak uji kemampuan kita sebagai hamba-Nya.

Korang dapat sesuatu? Banyak lagi yang saya nak share pastikan korang tonton sampai habis video yang saya berikan ni tau..

Saya dan Team Momentum serius nak bantu anda naikkan jualan bisnes. Jom dapatkan info dan maklumat lanjut mengenai bisnes online serta cara yang betul untuk tarik ramai pelanggan di www.TelegramNajib.com 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !