fbpx

Merendah Diri Bukan Memandang Rendah

merendah diri bukan memandang rendah

Hari ni saya nak share sedikit ilmu yang saya dapat daripada baca buku yang bertajuk surah al-fatihah. 

Korang dah sedia? Tajuk kita hari ni adalah merendah diri bukan memandang rendah. Saya juga nak cerita tentang cara kita memandang hamba Allah swt yang lain. 

Kita kena ingat bagaimana kita melihat manusia, begitu lah kita melihat diri kita sendiri. Sepatutnya bila kita melihat diri manusia lain, kita kena lihat mereka semua ada kelebihan. 

Saya selalu ingatkan diri bahawa orang tua lebih banyak makan garam walaupun mereka tak pergi Universiti daripada kita. 

Sekurang-kurangnya pengalaman hidup mereka ni banyak mengajar mereka terutama sekali bila banyak buat silap. Jadi kenapa kita sebagai orang yang lebih muda tidak hormat dan memandang mereka lebih?

Seterusnya cara kita pandang team, pada saya rezeki kita turun asbab orang sekeliling kita. Rezeki seorang majikan asbab staff yang bekerja dengan dia. 

Dan saya memandang sebagai majikan saya hanya lah memberi arahan, contoh, teladan, saranan dan idea tetapi yang mengerjakan segala idea ini adalah team kita sendiri. 

Korang dapat sesuatu? Saya harap ada lah serba sedikit yang korang ambil untuk bekalan di akhirat

Apa pun kita buat dan ke mana kita nak pergi, kita kena ingat untuk berpegang pada satu tali iaitu tali yang dipegang oleh Nabi Muhammad saw.

Banyak lagi sebenarnya yang saya nak share dengan korang, jom tonton dalam video yang saya berikan ni.. boleh?

Saya dan Team Momentum serius nak bantu anda naikkan jualan bisnes. Jom bertindak sekarang dengan jadi yang terawal untuk rebut peluang pada 28 September 2021 dari kami di www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !