fbpx
blog najib asaddok

Macam Mana Saya Urus Duit?

Macam Mana Saya Urus Duit

Nak teruskan hidup di dunia ni kita kena ada sumber rezeki dan pendapatan sebab tu hari ni saya nak share macam mana saya urus duit….

Siapa kat sini nak tahu? Hobi saya memang shopping dan sekali saya shopping biasanya guna kad kredit sebab transaksi lebih mudah. Jadi lepas balik shopping saya akan duduk dan terus bayar.

Saya sentiasa ajar diri untuk berbelanja ikut kemampuan diri saya sendiri, jangan bila ada duit sikit terus nak borong barang kemas. Kita kena fikir bila kita beli barang lepas tu duit habis, tu tak mampu namanya.

Mampu ni contohnya bila kita beli satu barang tapi kita masih lagi ada duit untuk berbelanja dan meneruskan kehidupan. Haaaa yang ini baru kita boleh cakap mampu. Korang dapat sesuatu?

Kemudian saya ada simpan duit? Sudah tentu ada dan saya belajar kita jangan simpan duit dalam bentuk duit jer tapi simpan juga dalam bentuk barang kemas, gold bar dan pelaburan. 

Pada saya emas ni bagus kita simpan sebab dia bagi aura dan energy yang tinggi untuk kita kerja keras lagi.

Sejujurnya saya bukan pakar bab kewangan ni sebab saya pun kadang-kadang tak berapa nak urus duit dengan betul.

Tapi saya nak cakap bila dah berbelanja jangan rasa down sebab duit dah habis, anggap sahaja apa yang kita beli adalah Allah dah izinkan dan apa yang Allah tentukan ni tak lain tak bukan untuk kebaikan kita juga. 

Nak saya share lebih lagi? Jom saya cerita lebih lanjut dalam video yang saya berikan ni..

Jom dapatkan Program Roket Pemasaran Momentum ni bernilai RM499, kali ni kami nak taja anda belajar secara PERCUMA dan pastikan anda dapat buat duit, buat sales pantas. Daftar PERCUMA sekarang di —> www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !