fbpx
blog najib asaddok

Bahagia Ada Dalam Diri Kita Hamba-Nya.

Bahagia Ada Dalam Diri Kita Hamba Nya

Hari ni saya nak ajak korang pagi-pagi kita beri salam terutama sekali pada team atau rakan sekerja. Jadikan ia sebagai habit sebab bagus bila kita bagi salam dan doakan orang lain. 

Saya ada dengar pujian itu sebenarnya bahaya boleh jadi kita rasa besar dan timbulkan penyakit hati. Apa yang patut kita buat bila ada orang yang puji kita? Dengan adabnya kita ucap terima kasih dan cakap dalam hati kita, tak seperti itu.

Senang cerita humble, tak rasa diri besar dan bagus bila mendapat pujian. Ini tanggungjawab kita untuk jaga adab sesama manusia dan jaga hati daripada lalai. Korang dapat sesuatu?

Ye saya tahu kadang-kadang orang puji kita dengan ikhlas sebab tu kita aminkan sahaja dan ucap terima kasih tapi dalam masa yang sama kena ingatkan diri juga untuk tak termakan pujian. 

Lagi satu siapa dalam hidup ni tak nak bahagia kan? Dulu saya ingat lagi duduk rumah rakyat kecil je tapi bahagia, sewa pun murah dalam RM120.

Walaupun masa tu banyak hutang tapi bahagia tak? Alhamdulillah bahagia sangat dan saya tak nak compare dengan apa yang saya ada sekarang. 

Kalau kita sibuk compare tu maksudnya kita pertikai Allah swt sebab Allah ni maha tahu apa yang kita sebut dalam hati. Tapi ada benda yang kita boleh compare iaitu dari sudut kebaikan dan akhlak yang orang lain buat. 

Haaaa, yang ni kita boleh la compare sebab kita nak jadi lebih baik dan dekat dengan Allah. Ingat ya, siapa dekat dengan Allah insyaAllah hati tenang, hidup senang dan bahagia. 

Korang pun mesti nak macam tu kan? Nak ke nak saya share lagi? Jom dengar lebih lanjut dalam video yang saya share ni..

Jom dapatkan Program Roket Pemasaran Momentum ni bernilai RM499, kali ni kami nak taja anda belajar secara PERCUMA dan pastikan anda dapat buat duit, buat sales pantas. Daftar PERCUMA sekarang di —> www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !