fbpx
blog najib asaddok

Macam Mana Nak Konsisten Buat Live FB Page.

Macam Mana Nak Konsisten Buat Live FB Page

Semua orang tahu yang Facebook Live (FB LIVE) ni adalah salah satu cara yang boleh bantu kita untuk naikkan followers dan juga soft sell produk kita. 

Bukan itu jer! Nak buat FB Live ni tak mahal sangat pun ITS FREE!!.  Ye, korang tak perlu nak bayar pun untuk ni.  

Tapi masalahnya, ramai kat sini yang takut nak buat FB Live.  Mereka rasa malu dan tak confident.  Sebab tulah saya kata kita kena konsisten. Bila kita nak berjaya, kita kena konsisten berusaha. Faham ke faham ni?

 

Practice Makes Perfect

Ingat kata-kata ni. Bukan senang nak buat FB Live dan pada mulanya korang memang akan rasa payah nak buat FB Live ni sebab tak ramai akan datang view, komen dan like FB Live. 

Tapi jangan give up Practice! Practice! Practice! Latih diri korang untuk konsisten dan jangan give up. Ubah cara korang buat live dan pelbagaikan cara-cara korang buat FB Live. Faham ke faham ni?

 

Kenal Followers

Benda yang paling penting sekali iaitu kita kena kenal siapa followers/pelanggan kita.  Pastikan mesej yang kita nak sampaikan adalah pada pelanggan yang sesuai.

Kita buat FB Live untuk nak bantu pelanggan kita juga sebab mereka cari kita untuk nak selesaikan masalah mereka tapi pastikan kita tahu yang pelanggan yang kita bantu ni adalah sesuai dengan bantuan yang kita tawarkan pada mereka. 

Kumpulkan Fakta 

Ye betul tu! Fakta ni penting sebab ia akan yakinkan pelanggan kita tapi jangan gunakan fakta yang terlalu banyak sampaikan pelanggan korang dah mula bosan. 

Guna dalam satu atau dua fakta dalam bentuk kelebihan. Ceritakan kelebihan produk korang. Pilih kelebihan yang memang boleh yakinkan mereka untuk jadi pelanggan korang. Boleh ke boleh ni?

Jangan Give Up

Memang benar macam saya kata tadi nak buat FB Live ni bukannya senang sebab ada yang akan ejek korang dan akan cakap benda yang boleh buatkan korang marah. 

Tapi ingat haters ni bukannya benci kita sebab kita dah mula ambil tindakan untuk berjaya ataupun dah berjaya. Mereka sebenarnya bencikan diri mereka sendiri sebab mereka tak bertindak untuk berjaya. 

Buktikan dekat mereka yang kita boleh berjaya. Don’t give up! Sebab saya yakin yang bila kita konsisten dan cepat ambil tindakan kita akan capai result yang kita inginkan. 

Masa

Setkan masa yang sesuai untuk korang buat FB Live. Kalau korang ada masa lapang. Lagi bagus! Gunakan masa lapang tu. 

Alaa, buat FB Live ni bukannya lama sangat pun. Paling lama korang boleh buat dalam 30 minit ke sejam. 

Pastikan korang konsisten buat FB Live ikut masa yang korang tetapkan dan jangan hairan bila korang dapat banyak views dan komen SAYA NAK atau DAH PM dekat ruangan komen korang tu. 

FB Live ni memang satu tool yang sangat powerful bila kita gunakan dengan sepenuhnya. Cuma syarat dia satu jer! Korang kena KONSISTEN dan cepat ambil tindakan. Boleh ke boleh?

Jadi amacam! Pasti korang dah dapat sesuatu kan?

Jom dapatkan info kelas, tips dan banyak lagi di www.TelegramNajib.com

Jangan percaya. Buat jer!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !