fbpx

JENIS TAWARAN SEMPENA RAMADHAN YANG LETUPKAN JUALAN

Nak tahu JENIS TAWARAN SEMPENA RAMADHAN YANG LETUPKAN JUALAN bisnes anda?

Pastikan anda klik pada setiap gambar untuk dapatkan tips-tips yang boleh jadikan bisnes anda MEROKET ketika Ramadhan.

Paling best, belum sempat habis Ramadhan, stok habis licin.

Contest Ramadhan ni salah satu cara untuk jadikan brand anda dikenali ramai dengan lebih dekat.

Contest sebenarnya bukanlah bertujuan menjual semata-mata, tapi anda berikan sebab pada prosepk untuk berkomunikasi dengan anda.

Contest Ramadhan boleh dalam pelbagai bentuk. Bergantung kepada kreativiti anda.

Yang penting, mereka akan berkomunikasi dengan anda, engage dengan anda. 

Jangan lupa alang-alang buat contest, dapatkan database mereka.

Senang nak convert lepas raya nanti.

Discount special ni memang sangat sesuai ketika Ramadhan sebab ianya berlangsung setahun sekali dan Ramadhan adalah peristiwa sangat berharga bagi umat Islam.

Berikan lebihan diskaun dari kebiasaan yang anda beri. Takpe anda kurang untung tapi yang penting anda buat kebajikan dengan beri lebih.

Diskaun sebegini akan trigger pelanggan yang sedia ada dan juga prospek yang dah lama survey produk anda.

Anda sedang berikan mereka alasan yang kuat untuk pilih jenama dan beli dari anda.

Kalau anda ada kelebihan untuk buat custom produk khas untuk Ramadhan, masih belum terlambat nak buat demikian.

Kalau kita lihat, syarikat gergasi besar atau jenama yang besar, mereka akan keluarkan produk yang limited khas sempena perayaan.

Ambil contoh McDonald buat Prosperity Burger hanya ketika Tahun Baru Cina.

Anda boleh buat untuk brand anda, nanti setiap tahun akan ada orang yang tak sabar nak dapatkan koleksi anda.

Freegift memang sentiasa menjadi teknik untuk tambahkan jualan yang berkesan tak kira masa dan waktu.

Pastikan anda buat teknik ini dan berikan freegift khas hanya sempena Ramadhan.

Buy 1 Free 1 juga salah satu teknik yang buatkan pelanggan anda beli secara banyak.

Teknik penjimatan ini sebenarnya buatkan pelanggan anda beli lagi banyak dari biasa.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !