fbpx
blog najib asaddok

JENIS CONTENT YANG WAJIB ANDA SHARE KETIKA RAMADHAN

Jangan biarkan bisnes anda hanya biasa-biasa ketika RAMADHAN ini.

Rugi besar, bisnes yang baik tapi tak berikan apa-apa kebaikan kepada orang ramai sempena RAMADHAN ini.

Guna peluang sehabis baik untuk anda sebarkan kebaikan, sebarkan perkara yang elok dalam bulan Ramadhan.

Bisnes anda sebenarnya ada kuasa untuk pengaruh masyarakat kepada kebaikan. Jangan pandang rendah kebolehan bisnes / jenama anda.

InsyaAllah, WHAT YOU GIVE, YOU WILL GET BACK. THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET.

Ambil sedikit masa untuk anda klik pada setiap gambar, take note dan fikirkan macamana bisnes anda boleh berikan yang terbaik pada masyarakat.

Nak lagi bagus?

Sharekan pengalaman ataupun planning anda untuk sharing kebaikan sempena RAMADHAN ini..

Bisnes anda seharusnya ada satu kempen baik yang mempromosi satu-satu kebaikan.

Apa contoh kempen yang baik? 

Sekiranya anda terlibat dalam industri makanan, kempen yang terbaik anda boleh bawa adalah kempen ‘Jaga makan, jaga ibadah’. Ataupun anda boleh kenalkan kempen ‘Tamak pahala bukan tamak makanan’.

Nampak ke nampak nama kempen kena dengan tema Ramadhan dan juga industri anda. 

Itulah contoh Kempen Baik sempena Ramadhan.

Bila anda dah ada kempen, barulah anda akan terarah bila anda nak sampaikan kebaikan.

Banyakkan sharing tentang kebaikan, kelebihan amalan-amalan yang berkait.

Nak share kebaikan tak perlu syarat, sebarkan apa sahaja kebaikan yang anda tahu.

Kalau tak tahu, googlekan jer..

Perbanyakkan sharing content yang berkaitan apa manfaat yang mereka akan dapat setelah mereka lakukan kebaikan.

Manfaat ni lebih fokus apa hasil yang mereka akan terima. 

Paling mudah, anda share apa kesan selepas mereka lakukan kebaikan

Anda boleh share juga content berkaitan amalan kebajikan yang boleh mereka lakukan ketika Ramadhan.

Kalau anda ada buat majlis berbuka puasa bersama anak yatim, maka sharekan kenapa anda buat sebegini.

Bulan Ramadhan, anda kena ajar kepada orang ramai bisnes kita bukan sekitar anda sahaja, tapi bisnes anda juga ambil berat tentang orang lain.

Kita bukan nak menunjuk tapi kebaikan, kebajikan dan kelebihan yang bermanfaat memang patut kita kongsi bersama agar orang ramai tergerak hati untuk buat kebaikan yang sama.

Dalam Islam, terlalu banyak peringatan kepada ummatnya tentang tanggungjawab menjadi seorang Muslim, tanggungjawab menjadi seorang Mukmin.

Gunakan peluang yang ada untuk jadikan bisnes anda berikan peringatan untuk orang lain termasuk diri sendiri.

Peringatan mampu mendidik audience anda, mampu jadikan audience anda suka dengan bisnes anda.

Ingat! Kita saling mengingati atas dasar Islam, bukan sebab duit. Betulkan niat..

Bagaimana anda nak engage dengan audience anda?

Cara paling berksan adalah anda share story.

Story apa?

Story atau kisah ni boleh pelbagai. Bergantung kepada anda apa mesej yang anda nak bawa.

Story boleh dalam bentuk kisah peringatan, kisah kejayaan, kisah kesedihan, kisah kasih sayang dan pelbagai lagi.

Bergantung pada kreativit anda untuk olah supaya pembaca faham mesej anda dengan jelas.

Content terbaik yang anda boleh berikan sempena Ramadhan adalah berbentuk tips, berbentuk nasihat.

Orang yang baik akan sukakan nasihat. Audience yang baik akan dengar nasihat anda. 

Bila anda sharing, orang nampak anda caring. Sebab tu the more you share, lagi banyak akan datang.

Jangan fokus menjual sahaja sedangkan bila anda bagi nasihat, anda sedang bina kepercayaan orang ramai pada anda dan juga bisnes anda.

So, berikan nasihat yang baik-baik, tips-tips yang terbaik.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !