fbpx
blog najib asaddok

HURU HARA ORANG SABAH MENUNGGU ROTI AUNTIE NAD GARA GARA NAJIB ASADDOK

Saya ambil alih 1 bakery sebelah berhenti dari kerja engineering consultancy. 1 Tahun aku menjadi BOSS besar dalam rumah sampai tahap boring.Pandai pandai Nad ambil bakery tanpa sembarangan ilmu perniagaan, memang habis lah aku

Satu jak prinsip saya..kalau sudah diamanahkan, perlu dibuat betul betul. Staff yang kurang berdisipin, suka hati guna facility kedai untuk buat cake personal, duit hilang.macam macam saya jumpa. Dengan 0 knowledge dalam bakery, saya habiskan masa tahun awal untuk belajar SENDIRI ,esin ,esin yang ada di kedai dan bahan bahan..

Time itu, saya Cuma tau tepung gandum, apa ke benda tu high protein flour, low protein, superfine, caster sugar..Aduiii…Punya lah banyak benda saya mau belajar nie. But dengan otak yang dikurniakan oleh Allah swt, boleh bah kita buat. Janji PASSION. Sehingga lah satu persatu staff lama lari. Terus terang, memang macam neraka time tu. Dah lah aku Cuma tahu bikin cheesecake. Fondant cake Cuma tinguk jak. Waktu itu ada juga penyesalan. Roti main agak agak sebab selalu join staff buat kerja di dapur.

Long story short. Staff mula dilamar oleh bakery lain, siap ambil resepi kedai. Apa ko rasa? Curry Chicken? Rendang Ayam. Then Sulu attack ke Sabah disusuli dengan GST. Business tak pernah kembali. Hari hari kita kena control apa staff buat. Sampai kena tuduh oleh staff KEDEKUT sebab kita kawal stok. Kita sebagai majikan hari hari lihat cake tidak dijual dibuang, sedangkan kita dah brief mesti mau control.

Rupanya dalam diam diam staff SABOTAJ dan mula racun mind staff lain. Bayangkan dari 7 orang staff, sekarang kami hanya bertiga termasuk. Hubungan suami isteri pun menjadi terlalu tegang sebab suami kena transfer kerja ke daerah lain. Kadang ada juga penyesalan ambil kedai ini. Ayah pernah mengkritik sales kedai bakery tak sehebat kedai makanan Bak Kut Teh. Dah lah sales bakery tak pernah pulih, pandai pandai pulak buka baking studio dengan adik lelaki.

Datuk mula sakit tua. Masih teringat yang mak cakap datuk selalu mencari Nad. Nad memang rapat sangat dengan mendiang Datuk. Dulu kecil selalu tidur atas lantai bilik atuk sambil mendengar lagu opera Cina. Yang sedih dan rasa penyesalan sampai ke hari nie, Nad dan suami ada melawat atuk di rumah. Waktu itu atuk tengah tidur lena dan mak bagitau jangan kacau.

Tau tau jak atuk dah Kembali jumpa sang pencipta pada keesokan hari. Penyesalan itu tetap melekat sampai hari ini sebab tidak panggil atuk sedangkan atuk nak sangat jumpa Nad antara cucu cucu yang lain. Dari sanalah, Nad bertekad tidak akan melambatkan apa apa kerja yang nak dibuat. Jika Nad tegur atuk malam itu, atuk pasti akan pergi dengan senang hati. Semoga atuk bersemadi dengan aman dan gembira.

2019, sewa kedai pulak naik. Cuba untuk berbincang dengan pemilik kedai. Tapi semua orang pun cari makan. Waktu ini memang Allah swt maha pendengar yang sangat power. Syukur alhamdullilah dapat juga kedai lain yang sewa 50% lebih murah.

Tiktok…tiktok… Kami berpindah ke lot baru dengan jarak around 10-15 km jak dari tempat lama. Nad kena mula dari bawah. Perlu mencari pelanggan baru dan buat database yang baru. Apa lagi kena jadi kuli balik dan kena kerja kuat SEKALI LAGI. Nad betul betul rasa tidak adil dan menyesal.

Nad dah penat sangat dan selalu tidak pernah luangkan masa untuk diri Nad dan suami. Suami yang selalu menjadi pembimbing dan penasihat. Nad jenis orang yang ego dan keras kepala. Tiba tiba pulak staff kitchen buang surat. Tinggal lah staff sorang nie. Dia memang banyak membantu Nad. Sampai sekarang masih dia bekerja dengan saya dan bertahan dengan perangai gila gila Nad. Sampai customers sangka dia ialah anak saya.

Pertengahan 2019, adik lelaki watsapp yang dia tak nak kongsi bayar sewa studio. Bagaikan kepala dihempap dengan kayu pun ada. Jantung Nad terhenti sekejap sebab tak sangka adik sanggup buat gitu. Dulu dia yang beria- ia buka studio.

Sekarang tanpa apa apa persediaan, terus adik lelaki cabut talian hayat. Bayangkan hari hari bergaduh suami isteri gara gara kena bayar sewa untuk dua lot kedai. Ambil sales dari bakery tutup sewa studio. Pengajaran kepada diri Nad ialah tolong diri sendiri dulu sebelum tolong orang lain.

Penghujung 2019, Nad memang tak tahu macam mana nak cover semua dah. Nad sangka dengan menambah beberapa jenis benda di kedai akan dapat naikkan sales. Rupa rupanya Nad yang bodoh dan salah. Then I join my friend’s punya business class under Cik Bibi Akhtar dari Richgrads Sekolah Usahawan.

I WAS SO WRONG AND I KNOW NOTHING ABOUT BUSINESS.

Selama ini, Nad hanya focus kepada RND resepi dan bukan buat marketing pun. Adui, banyak pulak benda saya ndak tau pulak. Iklan Najib Asaddok pulak balik balik lalu Lalang bikin semak jak. Jadi, laki bini dua orang ini macam tailingong (orang bodoh) masuk RPM.

Lain pulak energy motivation talk. Takut actually sebab macam ritual. Tapi AURA kelas RPM Najib Asaddok memang superb. Kami masuk lagi kelas ARB Jan 2020. Saja konon nak tahu lebih. Pesan boss besar berkali kali jangan terperangkap. Last last hari kedua ARB dah join Platinum.

Waktu PKP ini adalah ujian kepercayaan kami terhadap Sifu Najib Asaddok. Ternyata tidak menyesal sebab ilmu yang Nad dapat dari Najib Asaddok dan team momentum memang banyak membantu Nad. Bermula dengan membantu sumbangan kepada Frontliners, ramai yang memberikan sumbangan.

Lama kelamaan ramai mencari roti sedangkan Niat Nad ialah membantu frontliners untuk mendapatkan makanan simple jak. Sementara orang lain pening pasal tak boleh buka, I pulak pening tak cukup tangan, tepung tak cukup. . Setiap ada yang watsapp tanya. Nad percaya waktu PKP penting untuk membina branding untuk Bakery Nad.

Syukur alhamdullilah Nad buat jer apa cikgu Fikry selaku mentor Nad. Jangan fikir banyak, kita buat jak. Selain daripada tu, Nad bukan sahaja mampu memberikan apa saja untuk mak dan ayah, tetapi mampu berkongsi rezeki dengan yang memerlukan.

Kami berdua pun semakin dekat dengan Allah dan hubungan pun lebih tenang. Nad berharap semoga Branding Auntie Nad akan terus menjadi kuat dan Nad berbangga dapat suntikan ilmu dari Tuan Haji Najib Asaddok , cikgu momentum dan circle team yang mantap. saya sangat paham konsep itu sekarang.

Syukur alhamdullilah. Kita hanya mampu merancang, Allah swt adalah perancang yang maha mengetahui. Amiin

Adakah anda juga nak dibantu sama seperti Pn Nad yang berjaya capai peningkatan dalam bisnes beliau?

Jika anda betul-betul nak buat perubahan dalam bisnes anda, segera klik pada “Saya Nak Dibantu” dibahagian bawah ini.

—> Saya Nak Dibantu

Tahniah kerana anda dah buat 1 tindakan yang pantas untuk capai result pada bisnes anda..

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !