fbpx
blog najib asaddok

“BISNES DAH NAK TUTUP PUN! TAPI…..”

First time beb driving kat semenanjung dan sampai ke perak pulak tu semata-mata nak cari ilmu. Tuan Zulfiqry yang berasal dari Sarawak sebenarnya tercari-cari siapa yang boleh bantu untuk naikkan balik bisnes beliau.

Pada mulanya waktu ni sedang menjalankan bisnes insurans renew roadtax cuma waktu tu bisnes pun ala-ala je, kejap ada kejap takde. Apa tu? customer la apa lagi. Anda ada situasi yang sama?Kalau rasa down sorang-sorang di Sarawak, buat air 3 in 1 guna cawan momentum untuk dapatkan semangat. Sampai macam tu sekali beb! Betul la cakap Tuan Najib circle dan surrounding main peranan juga. 

Memulakan sesi ‘bertalaqi’ bersama Tuan Najib pada tahun 2017 dan pada waktu tu nama pun lain, tak sama dengan sekarang tapi ada satu persamaan dari dulu sampai la sekarang “YANG BERTINDAK PASTI BERJAYA!” Kali pertama join kelas terus grab seat depan sebab masa tu ada sesi  soal jawab dan dapat duduk depan sebab sayang la  datang jauh-jauh duduk jauh takut tak fokus dan tak faham.

Pada awal tahun 2018  Tuan Zulfiqry mula hilang fokus dan tidak on track pada bisnes sebab ambil alih syarikat ibu beliau iaitu Mawarten yang menyediakan perkhidmatan kanopi. Bisnes dah nak tutup pun dan antara faktornya adalah hilang keyleader yang dah hampir 10 tahun bersama kerana meninggal dunia dan banyak lagi cabaran. Tuan Zulfiqry sanggup belajar dari bawah cara pemasangan kanopi, operation dan still keep belajar lagi sampai sekarang sebab macam-macam trend kanopi sekarang. 

Tuan Zulfiqry mula datang balik ke kelas pada tahun 2019 sebab rasa ketinggalan banyak sangat ilmu, sale stuck, dan tak tahu direction nak buat apa dan kemana arah tuju bisnes ni. Macam mana pulak keadaan bisnes anda tu? Ada yang sama dengan kisah ni? First time program Najib Asaddok dan daftar untuk ke next program sebab tak nak ulang kesilapan yang sama macam dulu sebab stop belajar dan stop update ilmu. Ibu Tuan Zulfiqry siap tegur lagi “Kenapa tak pergi belajar dengan Tuan Najib Asaddok lagi?” 

Alhamdulillah bila diberi peluang untuk join circle yang diimpikan ramai orang, Tuan Zulfiqry akhirnya berjaya buat jualan RM1.2 juta pertama dibawah kendalian beliau pada tahun 2019. Mula-mula nervous juga takut tidak layak dan tak diterima tapi bila yakin tu sampai, semua benda pun mudah dan yang paling penting sebelum bertindak adalah ILMU.

Anda nak ke ilmu yang sama macam Tuan Zulfiqry? Serius ke tu?
Pergi ke www.50kusahawan.com untuk dapatkan video panduan yang bernilai RM999 secara PERCUMA bagaimana nak onlinekan bisnes anda. Jangan tangguh masa kita untuk berjaya.  

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !