fbpx

“ANGGAP KAWAN TAPI CAKAP BURUK BELAKANG KITA”

Masih terngiang-ngiang lagi,bila dengar cerita ade orang yang kita anggap kawan tapi cakap buruk blakang kita “Berapa sen sangatlah Fizah tu dapat” – kawan Fiza

Sebelum berhenti kerja fiza merupakan seorang Technical Trainer di syarikat solar.Kemudian,Fiza aktif ceburkan diri dalam Direct Selling pada tahun 2012 sehingga akhir tahun 2014.Hujung Tahun 2014 tu,bisnes direct selling jatuh teruk.

Nak bayar duit kereta pun dah tak lepas,buatkan suami & fiza banyak bergaduh bile cakap pasal duit. Akhirnya suami paksa cari kerja. Fiza dpt kerja part time di butik baby untuk nak tampung duit bulanan kereta walaupun waktu tu kami dah ade bibik jagakan anak2.

Tuan rumah pergi cari kerja part time yg gaji cukup-cukup bayar duit kereta aje. Kelakar rasanya! Haha..Bibik hari2 siapkan bekal tengahari untuk fiza makan kat tempat kerja.

Banyak yg Fiza belajar masa buat direct selling dulu terutamanya tentang ilmu perniagaan.Bila jatuh terduduk dlm bisnes ni,Fiza sendri tak mampu nak tgk kesusahan kakak sendri yang waktu tu dia merupakan salah seorang downline Fiza.

Hidup mereka sempit sangat. Hari-hari Fiza doa teresak2 supaya Allah bantu kakak & keluarga.Tak mampu nak tgk kesusahan yang mereka hadapi waktu tu. Alhamdulillah, pengalaman lepas buat mereka terus kuat untuk teruskan hidup hingga sekarang.

Gambar Pn Fiza Bersama Anak

Fiza tinggalkan dunia tunjuk “lifestyle”. Fiza lebih banyak nak betulkan diri sendiri dulu.

Fiza bermula dengan modal RM70 drp duit simpanan Fiza waktu genting dulu untuk beli kain & jahit.Tak pernah terfikir nak menjahit pun. Fiza belajar drp youtube je camna nak jahit headband.

Bukan la sekali jahit terus jadi. Fiza cuba & cuba & cuba & terus cuba sehingga dpt hasikan headband yang kemas & ready untuk jual.Mesin jahit pun mak yg hadiahkan kat Fiza. Kasih seorang mak bila nak anaknya sungguh2 nak buat.Ingat lagi,Mak bayarkan lebih kurang RM1500 untuk beli mesin jahit portable waktu tu.

Fiza penah dicaci oleh kawan keluarga terdekat. Fiza ingat sehingga sekarang. Keluarga sendiri pun ada yang mengata jugak.Buatkan fiza meronta-ronta nak ubah hidup waktu tu.

Gambar Pn Fiza Sekeluarga

Fiza gunakan sebaiknya mesin jahit pemberian mak. Waktu bekerja sebagai pembantu butik di kedai baby tu,Fiza dah start hantarkan stok2 headband untuk dijual disana. Alhamdulillah,ramai yang beli. Fiza nampak peluang & start cari guru untuk nak kembangkan bisnes.

Alhamdulillah Fiza pernah hit hampir 10k jualan masa tahun 2016 waktu tu. Tapi lama kelamaan cara yang fiza gunakan seperti tak relevan lagi. Sales takda. Fiza jadi bingung. Dah berniaga hampir 5 tahun,tapi duit simpanan pun takda.Fiza tetibe rasa macam loser sgt. Malu dengan suami & anak2. Fiza tak dpt nak sumbang banyak dalam family sendri.Banyak yang dah Fiza korbankan bila bekerja bersama anak2 & buatkan fiza terfikir,takkanlah aku nak macam ni sampai bila-bila.

Sehinggalah hujung tahun 2019, Fiza nekad untuk datang ke seminar sifu Najib Assadok di Shah Alam. Fiza beli tiket untuk kakak sekali. Kami sama2 pergi. Semangat fizah jadi melonjak2 lepas balik seminar RPM waktu tu.

Fiza betul2 takda duit nak sambung belajar.Hanya waktu tu rasa datang nak tambah ilmu & buat dulu. Rezeki tak penah salah alamat. Kakak offer hadiahkan tiket untuk ke ARB,kelas yang lebih advance tentang online marketing.

Memang bersyukur sangat fiza hadir seminar ARB (Advance Roket Bisnes ) tu. Kat sanalah fiza nampak semula jalan untuk fiza kembali kuat dalam bisnes & nak pergi lebih jauh.Sifu Najib & Team momentum sangat banyak membantu. Mereka tak pernah lokek ilmu,tak pernah berlagak sombong & sentiasa mencari jalan untuk bantu kami.

Alhamdulillah, Fiza dikelilingi dengan aura yang positif. Buatkan fiza terus kuat & banyak berfikir untuk bantu lebih ramai ibu-ibu diluar sana.

Selain drp ilmu bisnes, Sifu Najib & trainer Momentum Internet sentiasa ingatkan kami dengan Pencipta Allah yang Maha Kuasa. Jangan membelakangkan Allah.Pendekatan yang begini,buatkan hati fiza kuat mengatakan this is the best team! Allahuakbar.

Best ke best bila anda juga berjaya capai satu per satu impian sama seperti kisah Pn Fiza.. Apa kata anda beri peluang pada diri anda dengan hadir ke program RPM ( Roket Pemasaran Momentum ) untuk anda jadi sama seperti Pn Fiza.

Segera Klik pada link dibawah ini untuk anda dapatkannya..

www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !