fbpx
blog najib asaddok

TEBAL MUKA PINJAM AIR RUMAH JIRAN UNTUK MANDIKAN JENAZAH ARWAH IBU

Bayangkanlah hidup saya ketika arwah ibu meninggal. Nak mandikan jenazah ibu pun Tak ada air dirumah akibat kena potong. Terpaksa saya tebal muka, kena hina sebab terpaksa mandikan jenazah ibu menggunakan air jiran membuatkan saya bangkit serius untuk ubah hidup, ubah keadaan diri saya.

Assalamualaikum cikgu dan juga jutawan semua. Saya anggap liku perjalanan kehidupan saya amat-amat lah berharga dan tiada nilai yang boleh di gantikan dengan wang.

Pada tahun 2014 hingga 2015, saya di uji kehidupan saya bermula apabila bergelar ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak yang masih kecil. Adik beradik lain sudah berumah tangga dan juga bukan mempunyai kehidupan yang senang.

Ketika ni, saya berjinak jinak dengan jadi dropship menjual alat makeup di mana setiap barang yang saya dapat jual akan mendapat keuntungan RM1.

Ya, RM1 sahaja!!

Masa ni saya anggap RM1 sangat la tak berbaloi sebab kalau saya close sale sekadar RM200 jer. Kadangkan saya bukan di bayar dari segi wang tetapi barang, contoh macam bedak, maskara sebagai ganjaran bila saya dapat buat sale.

Akhirnya saya terpaksa stop dan cuba untuk cari supplier yang fokus barang make up dan belinya secara borong. Bermula kan modal dengan hanya RM200 itu juga, saya mula belajar cara sendri untuk buat bisnes dari zero.

Alhamdulillah bisnes berjalan dengan lancar sampai saya mampu buat sale harian saya boleh cecah sehingga RM500.

Tak cukup dengan itu, saya mula buat bisnes dengan menjual satay. Alhamdulillah satay mendapat sambutan yang luar biasa, sebab ada pelanggan yang viralkan satay saya di melaka

Saya terus tak menang tangan nak buat. Ketika ni saya memang zero tentang bisnes, semua saya nak buat sendiri, potong ayam, perap daging cucuk daging kalau boleh semua buat sendirii.

Hari demi hari satay makan maju sehingga sehari jualan cecah 2,000 cucuk. Waktu raya paling best sebab banyak job sehinggakan ada job untuk open house terpaksa tolak sebab tak cukup tangan dan masa.

Disini bermulanya ujian lain pula yang datang. Mak saya mula sakit-sakit yang teruk dalam sekelip mata. Bila keadaan mak makin serius saya dah mula tak boleh fokus dengan bisnes.

Sekejap buka sekejap tak buka sebab semua kerja bisnes saya yang handle. Owner stall tak suka sebab kejap buka, kejap tutup padahal ramai nak makan satay, akhirnya pelanggan jadi marah.

Mak saya mula masuk ICU pada bulan 8 dan ketika itu saya tak boleh nak berniaga lagi. disebabkan owner stall yang tak benarkan. Saya terpaksa bekerja sebagai pembantu di kedai makan dalam shopping mall dengan gaji sebulan tak sampai RM1,000

Ayah saya pun dah mula kerap masuk hospital. Sekali pergi hospital untuk dapatkan rawatan dan nasihat dah hampir 1 bulan.

Kondisi mak mula tak sedarkan diri akibat selepas jalankan operasi angiogram, usus mak bocor dan berlaku pendarahan. Hari demi hari keadaan mak makin teruk, saya terpaksa ke hospital jam 3-4 pagi semata-mata untuk tandatangan untuk benarkan hospital buat pembedahan emergency.

Selepas pembedahan, Alhamdulillah hati saya rasa senang dan bersyukur. Keadaan mak makin stabil, makan dah banyak. boleh bergurau, boleh bercakap. Siap mak pesan saya bersihkan rumah dan minta tikar semua basuh sebab dalam 2-3 hari lagi mak dibenarkan balik.

Tapi malam itu juga, saya dikejutkan berita paru-paru mak dipenuhi air, dan keesokannya hospital telefon beritahu kondisi mak sedang tenat dan akhirnya mak menghembuskan nafasnya yang terakhir..

Ketika ini perasaan saya hampir-hampir nak menjerit seperti orang gila. Macam-macam perasaan yang datang ketika itu dan saya lost tak tahu nak luahkan pada siapa. Mak lah satu-satunya tempat yang banyak saya luahkan perasaan, tempat bercakap tapi semua itu sudah tiada, mak dah tak ada lagi. Boleh bayangkan perasaan itu?

Semasa nak bawa balik jenazah mak ke rumah, sebenarnya elektrik yang rumah saya pakai bukanlah kami punya, kami curi bekalan elektrik. Air dah lama kena potong sebab tak bayar. Bila tiba jenazah dirumah, saya terpaksa tebal muka mohon air dari jiran sebelah. Alhamdulillah, jiran sebelah mengizinkan guna air untuk menguruskan jenazah dan sepanjang kenduri tahlil untuk arwah mak saya.

Walaupun mendapat kebenaran menggunakan air dari jiran, tapi perkara ini sangat dibenci oleh anak-anaknya. Ketika nak guna air, anak-anak jiran akan menjerit seolah-olah saya sedang mencuri air padahal dah dapat kebenaran. Tak cukup dengan itu, siap menghina & memaki saya dan arwah mak saya secara berdepan dan juga dalam whatsapp. Berbakul makian saya terpaksa tahan.

Saya tak kisah orang bercakap dan menghina saya, tapi bila melibatkan arwah mak saya yang sudah pergi, saya rasa macam terbakar, bengang, sangat marah..

Disini saya tak pernah nak membalas dendam ataupun memarahi orang yang pernah menghina saya,tetapi saya sangat berterima kasih atas penghinaan nye,saya berada di tahap ini sekarang ni,dan saya memaafkan beliau bagi pihak arwah mak saya dan jugak keluarga saya.

Alhamdulillah bila saya berguru dengan sifu Najib Assadok pada bulan November 2019 disini bermula nya bisnes saya yang sebenar. Saya balik saya buat jer. Saya mula betulkan ayat copywriting bisnes saya dan beberapa perkara lain lagi, sales saya tiba-tiba naik ke RM17,000 pertama dan saya capai sales ini dalam tempoh sebulan sedangkan sifu Najib Asaddok suruh target untuk RM10,000 yang pertama.

Bila saya dapat result yang pertama, saya langsung tak fikir panjang dan terus follow Sifu Najib Asaddok dalam siri-siri program yang seterusnya. Alhamdulillah sales saya terus meningkat dan paling tinggi saya dah pun cecah sales RM30,000 sebulan.

Bila saya ada ilmu di sini seperti sifu pesan, kita kena beri manfaat kepada orang diluar sana dan saya berazam saya akan terus bantu orang di luar sana yang ingin memulakan bisnes tapi tak tahu cara dan dari mana nak mulakan bisnes. Saya tak nak mereka alami pengalaman perit seperti saya, kalau boleh saya nak bantu mereka supaya dapat keluar dari masalah hidup yang mereka sedang alami.

Terima kasih Sifu Najib Asaddok dan cikgu-cikgu dalam Team Momentum Internet yang sentiasa bersusah payah upgrade ilmu dan berikan terbaik untuk kami..

Best ke best bila anda baca story yang diceritakan sendiri oleh Pn Linda yang merupakan salah seorang yang dulunya struggle tapi berjaya capai impian hasil daripada ILMU yang betul.

Anda teringin untun berjaya sama seperti Pn Linda? Mulakan langkah anda yang pertama dengan mudah iaitu klik jer pada “SAYA NAK” yang diberikan dibawah ni. Segera lakukan tindakan PERTAMA anda..

—-> SAYA NAK

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !