Najib Asaddok
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
Najib Asaddok
No Result
View All Result
Home #roketcontent

ERTI HIDUP PADA MEMBERI

Mohd Najib by Mohd Najib
May 29, 2019
in #roketcontent
0 0
0
ERTI HIDUP PADA MEMBERI
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seramai 160 orang anak yatim dan asnaf dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hicom dan Rumah Safiyyah diraikan dalam program Iftar Akbar Momentum Internet, semalam.

Program bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu bermula dengan maulid dan tazkirah ringkas tepat jam 6 petang disusuli majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan duit raya.

Turut diraikan adalah usahawan dan peniaga yang mengikuti kelas bimbingan Momentum Internet melalui penyampaian duit raya dan hamper.

Hadir menyampaikan sumbangan adalah Pegawai Eksekutif Momentum Internet, Najib Asaddok.

Najib berkata, program masuk tahun ke-2 ini adalah meraikan golongan kurang berkemampuan dengan pelbagai latar belakang membantu membuat persiapan perayaan.

“Program hari ini (semalam) dianjurkan oleh Momentum Internet, disokong oleh usahawan di bawah bimbingan kita yang telah berjaya. Mereka turut menyumbang kepada golongan yang memerlukan ini.

“Program tanggungjawab sosial akan diteruskan dalam masa terdekat apabila pasukan saya akan ke Johor Bahru pada 29 Mei ini untuk menyalurkan sumbangan kepada fakir miskin dan Rumah Kasih yang baru ditubuhkan,” katanya.

Katanya, persepsi negatif pihak yang mempersoal usahanya membantu usahawan tidak melemahkan semangatnya untuk fokus misi melahirkan lebih banyak usahawan berjaya.

“Apa yang Rasulullah buat sehingga sekarang pun tak pernah orang berhenti berkata. Niat saya mahu membantu usahawan yang memerlukan bimbingan dan sokongan, keluar dari kepompong kemiskinan.

“Saya tak kisah apa orang nak kata asalkan perniagaan saya mengikut hukum Islam, tak langgar undang-undang negara, penyumbang sebagai pembayar cukai maka fokus saya adalah membantu usahawan,” katanya.

Lebih 38,000 usahawan hadir ke program Momentum Internet sejak 2015 dan berjaya lahirkan 100 usahawan raih pendapatan RM1 juta pertama.

Facebook Comments
Mohd Najib

Mohd Najib

Next Post
7 JENIS PROMOSI YANG BUAT PELANGGAN NAK REBUT

7 JENIS PROMOSI YANG BUAT PELANGGAN NAK REBUT

Recommended For You

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

June 14, 2022
Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

June 8, 2022
Impian Vellfire bukan angan angan kosong

WOW!! IMPIAN KERETA VELLFIRE 2023, DAH CAPAI TAHUN NI?!

May 24, 2022
Lebih 15 Tahun Buat Bisnes, Sales Tak Bertambah, Hutang yang bertambah

“Saya duduk dekat belakang, nampak Tuan Najib kecil jer kat depan”….

March 29, 2022
Facebook Twitter Instagram

Tentang Kami

Saya seorang usahawan internet sepenuh masa & trainer kepada ribuan usahawan. Saya memulakan perniagaan internet ni sejak tahun 2009 hingga kini. Dapatkan Tips, Motivasi & Inspirasi dari Blog saya ini. Dinukilkan khas untuk anda!

Kategori

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In