fbpx

7 JENIS CONTENT YANG ANDA PATUT SHARE KALAU ANDA DALAM BISNES KEWANGAN


Ramai orang salah sangka dalam online ni kita hanya fokus pada sales disebabkan orang kata mudah nak buat sales dalam online.


Sebenarnya nak onlinekan bisnes kewangan perlukan banyak perkongsian berbanding menjual. Anda kena professional dengan setiap copywriting, tak boleh overclaim atau hype dalam copywriting.


Jadi, siapa yang terlibat dalam bisnes kewangan ni? Antara bisnes yang terlibat dalam niche kewangan antaranya adalah:

1. Takaful
2. Hibah
3. Wealth Planner
4. Unit Trust


So, untuk orang yang terlibat dalam industri ini, anda tak boleh buat cara seperti anda buat dalam offline marketing. Anda sesekali tak boleh approach orang dan terus promote produk anda.


Dalam online marketing, cara anda approach orang ramai adalah sangat berbeza. Anda kena banyakkan berkongsi dari sebut produk anda. Kan dalam offline orang ramai lari sebab nak elak dari booth produk-produk sebegini, inikan pula dalam online.


Bila anda banyak berkongsi, anda lebih mudah tarik crowd berbanding promote tentang produk anda. Inilah namanya Content Marketing, teknik menjual tanpa menjual.


Content Marketing adalah kunci untuk bisnes anda grow. Content marketing yang berkesan boleh jadikan anda ada keunikan yang membezakan jenama anda dan orang lain.


So apa benda content yang anda patut share? Kat sini ada 7 idea atau benda yang anda WAJIB share supaya anda kelihatan lebih pakar dan menarik.

Anda kena cerita kepakaran anda dalam bidang kewangan. Dalam kewangan, ada banyak cabang-cabang.


Jadi anda kena pilih topik untuk anda fokus. Ceritakan kenapa anda pilih takaful (sebagai contoh), siapa yang anda dah bantu dan apa yang anda telah berjaya bantu.


Anda kena cerita semuanya supaya orang tahu anda ni memang expert dalam hal ini.

Mahu tak mahu, semua bisnes melibatkan kewangan kesemuanya bertujuan selamatkan kewangan pelanggan.


Jadi anda kena beri tips, info untuk bagaimana dia nak menguruskan kewangan dengan bijak.


Anda boleh share pelbagai info, fakta atau story yang mengkisahkan kehidupan real life, golongan yang struggle dengan kewangan.


Ceritakan bagaimana golongan ini mampu survive dan keluar dari kemiskinan dengan pengurusan kewangan yang betul.


Kan orang suka dengar tips..

Anda kena jadi advisor, kalau tahap income dia level begini, apa yang dia patut control kewangan dia. Anda kena beri cadangan kereta jenis apa yang sesuai dengan level kewangan dia.


Anda boleh beri cadangan lifestyle macamana yang dikatakan ok, berpatutan dan berbaloi.


Jadi penasihat yang terbaik untuk prospek dan pelanggan anda. Orang akan terkesan dengan nasihat anda.

Anda kena buat FB Live untuk anda beri khidmat nasihat tentang kewangan.


Benda paling penting dalam video adalah orang boleh nampak anda, kenal anda dan anda boleh sampaikan mesej dengan jelas.


Dalam Facebook Page, anda lebih mudah reach pada ramai orang (dengan syarat Likers ramai) dan kebarangkalian untuk jadi lebih viral.

Benda ni sangat penting. Anda kena share story pelanggan-pelanggan anda yang dah dapatkan khidmat nasihat dari anda.


Anda kena bina kredibiliti supaya orang lebih mudah percaya. 


Bila anda share story, anda boleh menarik perhatian orang ramai yang ada masalah serupa dengan pelanggan yang anda story tadi.


So, anda boleh buat interview, rakam dan share.. Supaya orang boleh feel.

Video Live ni penting untuk bina engagement dengan audience anda. 


Engagement penting untuk pastikan topik yang anda share ketika live kekal relevan dan orang benar-benar faham apa yang anda sampaikan.


Selain bina trust, engagement adalah elemen yang penting supaya anda tak syok sendiri. Lagipun kan orang suka kalau anda dapat berinteraksi dengan dia.

Benda ni paling best dan sangat menarik yang ramai orang tak buat dan dalam TV pun takde.


Kalau anda dapat buat rancangan atau show anda sendiri tentang kewangan memang power.


Anda boleh buat percuma dalam Facebook Page. Anda tak perlu bayar mahal-mahal untuk masuk TV.


Anda boleh decide sendiri apa tajuk yang anda nak sampaikan. Cuma pilih hari dan masa, buat teaser dan buat live.


Facebook Page adalah tempat paling power anda buat rancangan anda. Boleh viral dan view akan jadi tinggi kalau anda konsisten buat tanpa henti.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !