fbpx
blog najib asaddok

ERTI HIDUP PADA MEMBERI

SHAH ALAM – Seramai 160 orang anak yatim dan asnaf dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hicom dan Rumah Safiyyah diraikan dalam program Iftar Akbar Momentum Internet, semalam.

Program bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) itu bermula dengan maulid dan tazkirah ringkas tepat jam 6 petang disusuli majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan duit raya.

Turut diraikan adalah usahawan dan peniaga yang mengikuti kelas bimbingan Momentum Internet melalui penyampaian duit raya dan hamper.

Hadir menyampaikan sumbangan adalah Pegawai Eksekutif Momentum Internet, Najib Asaddok.

Najib berkata, program masuk tahun ke-2 ini adalah meraikan golongan kurang berkemampuan dengan pelbagai latar belakang membantu membuat persiapan perayaan.

“Program hari ini (semalam) dianjurkan oleh Momentum Internet, disokong oleh usahawan di bawah bimbingan kita yang telah berjaya. Mereka turut menyumbang kepada golongan yang memerlukan ini.

“Program tanggungjawab sosial akan diteruskan dalam masa terdekat apabila pasukan saya akan ke Johor Bahru pada 29 Mei ini untuk menyalurkan sumbangan kepada fakir miskin dan Rumah Kasih yang baru ditubuhkan,” katanya.

Katanya, persepsi negatif pihak yang mempersoal usahanya membantu usahawan tidak melemahkan semangatnya untuk fokus misi melahirkan lebih banyak usahawan berjaya.

“Apa yang Rasulullah buat sehingga sekarang pun tak pernah orang berhenti berkata. Niat saya mahu membantu usahawan yang memerlukan bimbingan dan sokongan, keluar dari kepompong kemiskinan.

“Saya tak kisah apa orang nak kata asalkan perniagaan saya mengikut hukum Islam, tak langgar undang-undang negara, penyumbang sebagai pembayar cukai maka fokus saya adalah membantu usahawan,” katanya.

Lebih 38,000 usahawan hadir ke program Momentum Internet sejak 2015 dan berjaya lahirkan 100 usahawan raih pendapatan RM1 juta pertama.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !