fbpx
blog najib asaddok

Copywriting yang Jentik Emosi? Macam mana nak buat?

Copywriting Yang Jentik Emosi? Macam Mana Nak Buat?

Bila kita nak post sesuatu, kita mesti kena ada copywriting. Takkan nak post gambar je, gambar mana boleh bercakap.. Bila nak buat copywriting, mula stuck. Tak tahu nak mula macam mana..

Ada posting yang ada copywriting, tapi  tak ada pun orang beli.. Dah bagi harga diskaun semua.. Tapi sales masih sendu.. Jadi, macam mana kita nak buat copywriting power yang boleh buat pelanggan terpikat?

Macam mana nak buat pelanggan rebut produk kita.. Bukan cabut.. Bukan tinggal like je.. Tapi dia tertarik, jadi customer dan stay dengan kita.

Jom saya share sikit.. Baca sampai habis tau.. Harap dapat membantu kekusutan anda semua.

Copywriting yang Jentik Emosi? Macam mana nak buat?

1. Masalah

Apa masalah pelanggan yang kita boleh selesaikan? Kena tahu apa yang produk/servis kita boleh bantu.. Dan yang paling penting, kelebihan produk kita.. INGAT! Bukan FAKTA! Bukan segala jenis vitamin yang ada, bukan segala zat-zat dalam produk kita. Tapi apa yang pelanggan akan dapat selepas guna produk/ servis kita. Erti kata nama lain, kepuasan pelanggan.

‘Haa.. Habistu, kedai makan macam mana pulak.. Mana ada masalah kalau jual produk makanan?’ Soalan ni yang saya selalu dapat..

Siapa kata nak makan ni tak ada masalah? Nak pilih makanan pun susah, apatah lagi kalau kita suruh isteri kita decide nak makan mana? Susah ke senang nak decide?

Kita boleh kaitkan dengan masalah pelanggan untuk pilih tempat makan yang sedap, selesa, dan sesuai untuk family makan ramai-ramai..

Kalau makanan ringan pulak? Hmmm.. Tak payah cakap.. Siapa tak suka kudap-kudap? Lagi-lagi sekarang ni orang belajar dari rumah, kerja pun dari rumah. Mencari makanan je.. Betul ke betul? Orang lapar ke tak lapar ke, dia akan cari sesuatu untuk dikunyah.

Tak kesah anda buat bisnes apa pun.. Cari masalah pelanggan. Cuba tanya pelanggan yang sellau beli dengan anda. Mesti ada sebab..

Copywriting yang Jentik Emosi? Macam mana nak buat?

2. Kritikalkan masalah

Bila ada masalah, kita perlu kritikalkan lagi.. Bukan bermakna kritik dan terus kutuk.. Tapi kita risaukan lagi masalah yang dia akan hadapi.. Kalau dia tak selesaikan, apa yang akan jadi pada dia?

Contohnya, jual baju.. Masalah pelanggan, nak pakai baju yang tak jarang, tak panas.. Jadi, kita kritikalkan apa akibat bila dia pakai baju jarang.. Dah lah tak selesa, tak ada confident untuk pakai ke mall/mana-mana.. Sebab takut orang perhati je.. Dosa lagi satu hal..

Kaitkan dengan akibat bila dia tak selesaikan masalah tu..

Credit: Vinda Tissue Malaysia

Ni contohnya bila kita kritikalkan masalah

Tapi INGAT! Bila buat copywriting bukan bermakna kita boleh cakap lepas.. Jangan sesekali mengutuk!  Contoh.. Hei sis, muka sis teruknya.. Banyak jerawat tu.. Kulit kusam, jerawat penuh, gelap pulak tu.. Memang terasa lah pelanggan tu.. Jangan body shaming pulak ye..

Copywriting yang Jentik Emosi? Macam mana nak buat?

3. Story telling/Fakta

Apa beza story telling dengan fakta?

Fakta akan keluar bila kita start buat kelas science .. Mulalah ada yang jadi pakar segala jenis vitamin, bahasa saintifik. Yang sebenarnya ramai tak tahu.. Contoh produk makanan saya tidak mengandungi Monosodium Glutamate.. Apa kejadah tu? Dah dia ambil masa bukak google, carilah apa maksud MSG tu.. Rupanya wak aji atau nama lain penambah perasa..

Kan lebih senang bila kita sentuh emosi dia.. Makanan ini tidak mengandungi penambah perasa yang boleh membahayakan kesihatan kita. Waktu muda memang tka nampak lagi, bila dah tua.. Mula penyakit akan timbul satu persatu.. Dan ia sebenarnya boleh memendekkan umur kita untuk bersama keluarga tersayang…

Story telling ni lebih kepada penceritaan.. Penceritaan tentang kelebihan produk.. Apa produk kita boleh bantu.. Kaitkan dengan emosi pelanggan.. Please, tolong jangan menghina.. Dan cara ni, sesuai untuk copywriting sahaja ye.. Ia tak sesuai bercakap secara berhadapan.. Berbeza cara untuk kita sampaikan pada customer..

4. Solution and suggestion

Kita beri solution pada masalah yang customer. Solution dari segi produk/perkhidmatan yang kita berikan.. Apa kelebihan produk yang kita boleh bantu mengikut umur, mengikut saiz , atau apa-apa sahaja bergantung pada produk/servis yang kita buat.

Kita juga boleh beri suggestion kepada pelanggan. Suggestion macam mana? Contohnya, kita boleh

Contohnya anda jual produk kecantikan seperti make up.. Kebanyak perempuan pakai make up untuk tambah keyakinan.. Tampak lebih cantik, Muka lebih berseri.. Bukan setakat cik abang sayang je yang pandang, orang sebelah rumah pun pandang.

Come out with solution

5. CTA

CTA atau nama penuh dia call to action atau nama senang dia.. Apa yang kita nak buat pelanggan terus buat keputusan.. Apa tindakan mereka.. Jangan termati macam tu je.. Contoh CTA, jom cantikkan diri anda dengan tekan link di bawah.. Macam tu

Anda okay ke okay ni?

Buat copywriting memang kena belajar banyak kali.. Buat sekali takkan menjadi.. Sebabtu kita kene konsisten.. Kunci nak berjaya, kena konsisten. Dan upgrade ilmu.. Kalau konsisten tapi salah cara, tak boleh juga kan?

Sebenarnya banyak lagi yang saya nak share. Kita jumpa depan-depan dalam sesi Roadtour Momentum Bisnes 2022. Dapatkan tiket PERCUMA di www.MomentumBisnes.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !