fbpx
blog najib asaddok

Cara Hasilkan Ayat Power Buat Pelanggan Terpukau

Cara Hasilkan Ayat Power Buat Pelanggan Terpukau

Kenapa penting ayat power dalam bisnes? Kalau ayat copywriting lemau boleh ke dapat pelanggan?

Copywriting ayat power sebenarnya akan jadi “senapang” penting dalam mana-mana bisnes yang gunakan online sebagai tempat berniaga..

Sebab apa? Sebabnya adalah anda pasti akan baca setiap ayat untuk dapatkan information atau rujukan kepada gambar yang disediakan, betul ker betul ?

Kalau penggunaan ayat copywriting tu biasa-biasa jer, mesti ramai yang akan baca separuh jalan.. Silap-silap tak baca langsung apa yang korang tulis panjang-panjang tu.

Sentap ke? Tak apa, sentap untuk buat korang sedar. Tak ada niat buat korang sentap sebab nak jatuhkan atau nak buat orang murung sepanjang masa.

Korang mesti tertanya-tanya bagaimana cara nak hasilkan copywriting ayat power… Yelah, kan nak tarik ramai pelanggan ni.. Meh sini tengok point supaya korang faham.

Cara Hasilkan Ayat Power Buat Pelanggan Terpukau

Penggunaan Headline.

Headline ni sangat-sangat penting untuk permulaan nak hasilkan copywriting. Headline yang power ni, boleh buat orang stop untuk membaca. Orang panggil headline ni sebagai ” Main Attraction “

Tak caya ker? Korang punya headline kalau dah cukup power, orang akan baca dan beli. Tapi apa yang berlaku sekarang? Faham-faham lah yer, korang kena improve lebih lagi dalam bahagian headline.

Headline ni kalau korang nak tahu, korang boleh jer guna apa isu pelanggan. Kalau korang tak tahu isu, korang boleh juga buat headline yang berbentuk tips cuma pastikan ada nombor dibahagian depan.

Cara Hasilkan Ayat Power Buat Pelanggan Terpukau

Sub Headline

Sub-headline ni adalah ayat support, ayat bantuan yang diguna untuk kukuhkan lagi ayat headline korang tu.

Bahagian sini kalau panjang pun takper, atleast 2-3 baris satu perenggan. Sebab nak terangkan tetang headline korang tu.

Kalau pada bahagian ni tak berkaitan atau tak berkait rapat dengan headline, orang akan confuse dan tak faham tentang apa point yang korang cuba sampaikan pada mereka.

Pastikan ayat korang bersesuaian dan relate dengan headline yang korang bina. Baru lah kukuh rumah tu bila ada tiang untuk support.

Cara Hasilkan Ayat Power Buat Pelanggan Terpukau

Mula Kongsi Point

Biasanya pada bahagian ni, korang dah boleh mula untuk kongsikan apa point yang korang nak sampaikan.. Contohnya tentang tips tadi, korang dah boleh mula untuk berikan point 1 hingga habis.

Korang boleh explain dengan lebih detail lagi pada setiap point yang korang kongsikan tu.

Jangan risau kalau rasa point tu simple, sebab apa? Sebab sebenarnya tak ramai lagi tahu. Jadi korang teruskan jer dengan kongsi value pada yang lain.

Offer

Lepas habis jer point korang kongsikan, korang dah boleh mula untuk bagitahu apa offer atau tawaran yang korang sediakan untuk pembaca, pelanggan dapatkan.

Jangan lupa untuk buat ayat yang lebih kepada penjimatan. Manusia ni pantang tengok ayat “Jimat”. Maklum lah, rugi kalau tak beli.

CTA

Ni adalah perkara wajib perlu korang buat selepas berikan offer atau tawaran. Korang cepat-cepat bagitahu kat mana perlu mereka pergi atau dimana perlu mereka dapatkan.

Kalau ada link, berikan link. Kalau nak suruh mereka komen “Nak” buat ayat sesuai untuk pembaca komen di bahagian posting korang. Dalam mana-mana posting , sangat diutamakan CTA.

Ouh kejap, mungkin ada yang tak tahu apa itu CTA? CTA adalah Call To Action, kita nak pelanggan kita atau pembaca buat tindakan dengan klik atau komen di ruang yang disediakan.

Amacam, baru lah lengkap ayat korang. Berstruktur dan menarik. Orang pun akan lebih minat dan tak jemu dengan ayat korang. Dia akan baca sehingga habis.

Info lanjut korang boleh dapatkan tawaran terkini di link –> www.NakTarikPelanggan.com

Tak rugi korang upgrade ilmu, the more you LEARN the more you EARN ! Semoga bermanfaat. Kongsikan artikel ni juga pada rakan peniaga supaya mereka belajar sesuatu. Semoga bermanfaat !

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !