fbpx
blog najib asaddok

Bila Mak Kata Saya Dah Cukup Gemuk….

Bila Mak Kata Saya Dah Gemuk

Tajuk hari ni santai je pasal mak saya bebel. Biasa lah mak saya kalau dah tegur, memang zasss tapi saya tak kecil hati pun.. Dia berhak untuk tegur. 

Sebenarnya saya ni orangnya jarang bersenam dan saya baru tahu cara minum air masak yang betul daripada seorang nurse di klinik swasta. Korang nak ke nak saya share tips ni?

Cara minum air masak yang betul adalah sejam satu cawan, insyaAllah boleh dapat 8 hingga 9 cawan sebab kalau kita minum banyak sekaligus nanti kita akan cepat buang air kecil yang sangat banyak. 

Bukan saya nak cakap buang air tak bagus tapi bila kerap sangat buang air kecil, air tu tidak menyerap ke dalam badan dan macam yang kita semua tahu badan memang memerlukan air yang secukupnya. 

Kemudian, kita kena minum duduk mengikut sunah Rasulullah tapi ramai yang ambil ringan termasuk saya sendiri. Alhamdulillah sejak saya diperingatkan dengan ilmu, saya mula amalkan minum duduk. 

Kita kena belajar berlapang dada, jangan la marah bila orang kata kita gemuk. Sebenarnya bila kita ditegur itu adalah rezeki daripada Allah swt. 

Korang dapat sesuatu? Nak ke nak tahu macam mana saya boleh terima pandangan mak saya? Saya kongsikan semua dalam video ni..

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan guidance daripada saya. Segala info dan maklumat lanjut ada di Telegram saya di —> www.TelegramNajib.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !