fbpx
blog najib asaddok

Betulkan Cara Fikir Untuk Menarik Rezeki & Keberkatan

Betulkan Cara Fikir Untuk Menarik Rezeki & Keberkatan

Di musim PKP ni sebenarnya ada banyak peluang dan benda yang usahawan boleh sama-sama improve supaya dapat capai lebih banyak kejayaan, rezeki yang melimpah ruah dan keberkatan daripada Allah swt. 

Masalah utama usahawan masih lagi stuck adalah lalai dan terleka sampai lupa tujuan asal mereka berniaga. 

Jadi hari ni saya nak share dengan korang benda yang saya rasa boleh berikan satu impak yang sangat besar dan menarik lebih banyak rezeki dan keberkatan. Korang ready ke ready ni?

Point penting yang saya nak cakap adalah..

  1. Buat Sesuatu Lillahi Taala

Usahawan kena sentiasa ingatkan diri bahawa setiap benda yang dia buat ni sebab apa? Apa sahaja yang korang buat, kena berpegang kerana Allah, utamakan mulut dan hati tak lari dari menyebut Allah Yang Maha Esa.

Ini nombor satu yang usahawan kena betulkan, baru lah boleh menarik lebih banyak rezeki sebab yang menentukan rezeki ini adalah Allah swt.

  1. Segala Bantuan Adalah Daripada Allah

Ingat ya, segala bantuan yang kita nak minta adalah daripada Allah swt, bukan daripada manusia dan bukan daripada alat. Jadi bila kita nak minta pertolongan sentiasa ingat nombor 1 adalah Allah, kemudian baru orang sekeliling dan peralatan. 

Faham ke faham saya cakap ni.. Ini lah yang akan bantu kita tarik lebih banyak rezeki.. dan akan tarik lebih banyak keberkatan insyaAllah.

  1. Niat Untuk Beri Manfaat

 Beri manfaat bukan hanya derma sahaja, itu adalah salah satu cara. Perkara paling penting ialah kita berniaga untuk bantu menyelesaikan masalah pelanggan.

Kadang-kadang saya tahu ramai yang berniaga hanya fikirkan diri sendiri. Jadi hari ni saya nak mengajar korang untuk tukar cara fikir bahawa berniaga ni bukan untuk kepentingan diri sendiri tapi kita berniaga sebab kita nak tolong ramai orang. 

  1.  Utamakan Orang Lain

Kalau usahawan pentingkan diri sendiri, memang tak menarik rezeki dan keberkatan lah jawabnya. Utamakan orang lain seperti mana kita menelusuri sirah baginda Rasulullah saw yang sentiasa mementingkan umatnya, umat baginda Rasulullah.

Bantu orang melebihi diri sendiri, insyaAllah banyak gila rezeki Allah taala akan beri. Paling penting berkat.

  1. Nak Senang Kena Ready Dengan Cabaran

Setiap benda yang senang itu, Allah swt akan hadirkan kesusahan sebagai pemangkin dan jalan kepada kesenangan. Jadi usahawan kena ready dengan cabaran dulu. Fikir apa solution nak buat bila berhadapan dengan cabaran yang datang.

Korang dapat sesuatu daripada perkongsian saya??

Haa, ada benda special nak bagi dalam masa terdekat ni. Saya nak guide korang selama 30 hari bermula daripada 3 Jun 2021 dan berakhir pada 3 Julai 2021.

Kepada mereka yang dah download 6 E-Book Copywriting Yang Buatkan Orang Rebut Bukan Cabut, mereka akan menjadi yang terawal untuk dapatkan tawaran pada harga RM10 sahaja!!

RM10 sahaja untuk bimbingan selama 30 hari. Amacam? Macam mana nak jadi yang terawal? Korang boleh pergi ke link www.NakBimbingan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !