fbpx
blog najib asaddok

Bermula Dari Kelas RM2, Hariz Mampu Buat Sales RM10,000

Bermula Dari Kelas RM2, Hariz Mampu Buat Sales RM10,000

Pengorbanan yang kecil membawa satu perkara dan perubahan yang besar dalam diri seorang peniaga. Tak semua peniaga mengalami nasib yang sama. Naik turun semangat sebagai seorang peniaga tu normal dalam sesuatu bisnes. 

Ada sesetengah peniaga terpaksa keluarkan modal yang besar untuk berjaya. Tetapi ada sesetengah daripada tu hanya memerlukan modal yang kecil untuk berjaya. Korang pernah mengalami nasib yang macam ni? 

Bermula Dari Kelas RM2, Hariz Mampu Buat Sales RM10,000

Bagi Hariz Hamizan pula, dia tak sangka dengan pencapaian yang dia capai pada harini. Pada mulanya kawannya yang ajak untuk pergi kelas untuk dapatkan ilmu dalam bisnes. Jelasnya,waktu tu dia hanya join kelas yang yurannya hanya RM2 sahaja. 

Selepas tamat belajar, dia mengambil keputusan untuk buat bisnes. Dia merupakan Founder kepada ChocoTary. Nak tahu kenapa dia berminat ceburkan diri dalam bisnes? Dia pernah ada pengalaman dimana dia kerja bawah orang dan diambil kesempatan oleh orang sekeliling nya. Sebab tu dia berazam untuk bina environment kerja yang dia suka. 

Selain itu, yang buat dia kuat dan berusaha bersungguh sungguh kerana kehilangan arwah ayahnya. Dia sangat terkilan dan menyesal kerana tak buat yang terbaik semasa orang kesayangan nya masih hidup. Arwah ayahnya penguat untuk dia lakukan perubahan ke arah yang lebih baik. 

Bermula Dari Kelas RM2, Hariz Mampu Buat Sales RM10,000

Alhamdulilah, berkat ilmu yang dipelajari, dia mampu buat sales lebih RM10,000. Memang satu pulangan yang sangat banyak dan berbaloi. Siapa sangka dia dapat pulangan yang berlipat kali ganda dari hasil usahanya. 

Perkara yang paling best dan membanggakan dalam hidupnya, dia dapat hire staff dalam bisnes. Sangat seronok bila dapat berkongsi rezeki dengan orang lain. Sekarang team dan Ejen nya semakin ramai. Dia pegang kata-kata yang Tuan Najib Asaddok cakap “bila kita buat benda yang kita tak pernah buat, kita akan dapat benda yang kita tak pernah dapat”. 

Banyak yang dia dapat hasil daripada didikan dan bimbingan dan antaranya ialah, baiki hubungan dengan orang sekeliling terutamanya keluarga. Untuk mahir dan pakar dalam sesuatu bisnes tu, kita memang perlukan bimbingan yang dapat beri tunjuk ajar yang betul. 

Dia juga dah ada office sendiri. Satu pencapaian yang mengagumkan buat pemuda ni. “Banyak peristiwa yang berlaku semasa saya dalam perjalanan nak hadir program RPM pertama saya di Shah Alam. Saya tahu perjalanan saya dalam bisnes ni masih baru dan banyak lagi saya kena belajar dan lalui proses jatuh bangun”, ujarnya.  

Saya doakan semoga Hariz terus maju dan lebih banyak lagi pencapaian yang dia akan capai pada masa akan datang. 

Kejayaan datang dari usaha dan tindakan. Sesuatu yang menarik menanti anda. Segera dapatkan secara PERCUMA di www.naktarikpelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !