fbpx
blog najib asaddok

Bapa Mertua Bayar Air Mata Saya

Hi saya Najib Asaddok..

Kepakaran saya adalah membantu USAHAWAN, menulis ayat copywriting beremosi tinggi yang MEMUKAU , menarik ribuan TRAFIK Fesbuk yang dasyat, menukar pelanggan ‘paling degil’ kepada pelanggan setia dengan EMEL untuk membolehkan mereka Meningkatkan jualan 300%, Menjimatkan kos pemasaran & menaikkan BRAND dengan pantas dengan 3 Formula SULIT Roket Emel di dalam Seminar & Training yang saya anjurkan.

1200x900

Alhamdulillah saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT kerana hari ini saya telah memiliki sebuah perniagaan dan team yang membantu saya menghasilkan jualan lebih RM700,000 dengan keuntungan bersih lebih 50% dan team yang menyokong dan sangat komitmen.

Impian saya sendiri sahaja tak penting, tapi IMPIAN orang yang paling saya sayang iaitu IBU saya jauh lebih penting. Betul kan? Beliaulah BIG WHY dlm hidup saya dan orang tak henti-henti mendoakan saya sepanjang masa.

Screen Shot 2016-03-21 at 7.20.31 AM

Syukur alhamdulillah sebab saya dapat membelikan sebuah rumah teres 2 tingkat untuk ibu saya pada tahun 2013 bersebelahan rumah IMPIAN saya yang saya tulis matlamatnya ketika IMKK April 2012.

Hidup ni jadi lebih puas bukan apa yang saya miliki tetapi apa yang saya dapat sumbangkan kepada ibu saya jauh lebih memberi kepuasan dan keberkatan yang ROI tak boleh dikira. Setuju ?

Saya juga sangat teruja & bersemangat untuk sentiasa berkongsi ILMU pemasaran online yang saya miliki kepada ribuan peserta yang pernah hadir ke seminar atau memiliki panduan yang saya berikan secara online. Ada dikalangan mereka yang konsisten menghasilkan jualan 5 angka setiap bulan.

Ada anak didik saya yang jual kain pasang dari Terengganu sales ustazah muda ni naik dari RM4000 sebulan ke RM98,000 bulan lepas. Yang buat servis ROADTAX online sales meningkat ke RM41,000 baru-baru ini..siapa sangka bisnes servis roadtax pun meletup guna cara online..

Anak didik yang buat bisnes keropok LEKOR sales meningkat RM300,000 hujung tahun lepas, selepas praktis ilmu yang beliau dapat dari seminar. Ustaz buat bisnes umrah sales meningkat dari 200 jemaah ke 1000 jemaah dihantar mengerjakan umrah tahun 2015…

Betullah apa mentor saya kata, What U Give, U Get Back!

Saya juga berjaya memiliki kereta impian saya iaitu Mercedes Benz C200 dan Toyota Vellfire pada 2012 dan 2014. Syukur juga pada 2015 saya berjaya memiliki kereta impian saya iaitu BMW 528i M Sport. 2016 saya baru sahaja membina sebuah pusat yang akan menjadi tempat lahirnya para jutawan yang saya namakan sebagai Momentum Internet Business School di Kluang Johor.

Tapi… Hidup saya dulu tak macam ni…

Saya berasal dari keluarga yang susah, Mak saya hanya seorang pekerja kilang selepas arwah ayah meninggal ketika saya berusia 11 tahun dan beliau terpaksa membesarkan kami 6 orang adik beradik dengan menumpang di rumah arwah atuk.

Gaji emak masa tu cuma RM300-RM450 sahaja di awal tahun 2000.

Emak ketika menunggu van kilang
Van kilang yang membawa mak ke tempat kerja

Saya terdorong untuk mula berniaga dengan terlibat dalam bidang sales pada 2006 sebelum mengalami kerugian sebab tiada ILMU. Jualan pun tak konsisten. 2009 saya mula berniaga secara ONLINE dan berjaya membina pendapatan 3000-20,000 sebulan.

Peringkat awal bisnes emak orang yang paling tak setuju dan sangat marah bila saya buat keputusan untuk fokus jalankan bisnes sepenuh masa. Katanya saya tiada masa depan disebabkan keturunan kami tidak ada yang berniaga. Dlm masa yang sama kehidupan keluarga saya sangat susah ketika itu yang rumah pun hanya menumpang rumah arwah datuk saya.

Dan perkara paling saya bimbang ialah keadaan rumah yang sudah uzur. Maklumlah rumah tu dibina awal tahun 50an. Emak saya sering meluahkan perasaan beliau alangkah indahnya kalau beliau dapat memiliki sebuah rumah milik beliau sendiri. Perkara ni sangat-sangat menyentuh hati saya. Bila melihat keadaan rumah yang UZUR ia membuatkan saya bertambah RISAU bimbang rumah akan roboh bila-bila masa.

rumaharwahatuk
Rumah saya yang uzur satu ketika dulu

Saya perlu pastikan saya kena berjaya cepat dlm perniagaan.

Berulang kali saya minta restu dari ibu supaya sentiasa mendoakan KEJAYAAN saya dlm bisnes & dapat capai impian beliau dlm masa 1-3 tahun.

Tapi nak berjaya bukan senang! Banyak cabaran saya perlu hadapi…

Cabaran saya tak habis kat situ jer, nak tau apa lagi cabaran yang saya hadapi ? Teruskan membaca…

Dulu saya tiada ILMU berniaga. Saya jual beberapa produk dari beberapa syarikat dan selalu bertukar produk sebab produk tak laku. Dalam fikiran mula menyesal sebab tak ikut kawan-kawan lain kerja makan gaji…

“Arrghhh…jangan layan suara budak kecik ni” itulah suara dalaman saya yang selalu berlawan sesama sendiri.

2009 tahun saya memulakan bisnes secara online. Berbulan-bulan saya terkial-kial untuk menghasilkan jualan pertama. Tapi masih tak berhasil. Ada orang-orang sekeliling mula melemparkan pelbagai tohmahan. Saya ni dikatakan MAKAN DUIT BINI sahaja.. Kerja malas! Harapkan isteri jer yang bekerja…

Huhhh….hanya Allah sahaja yang tahu perasaan sedih dan tertekan saya ketika itu. Isteri saya tak kurang juga merasai tempias tu dan kadang-kadang balik dari bekerja air mata beliau jadi peneman untuk melepaskan kesedihan diperli. Ia membuatkan ‘cerek’ makin ‘panas’ dan perlu mendidih segera untuk berjaya kerana saya tak tahan lagi melihat kesedihan orang yang saya cintai.

Bisnes yang saya bina bukan sahaja dengan keringat tenaga tapi tak kurang air mata yang selalu membasahi pipi ni mendepani perlian dan percubaan beberapa kali yang tak menjadi.

Bapa Mertua ‘bayar’ air mata saya

Saya bersyukur mempunyai ibu & bapa mertua yang memahami sebab semasa berkahwin dengan isteri, saya tak mempunyai apa-apa dan bisnes masih belum menentu. Jadi pernah satu ketika, saya memandu kereta membawa bapa mertua ke satu kenduri, kereta saya tiada minyak. Itu takper lagi, masalahnya poket saya tiada DUIT, saya berhenti si stesyen minyak & bapa mertua terus hulurkan RM50.

1119965_10201152752853978_187360461_o

Kalau saya tak ambil, memang tiada minyak lah kereta ni. Nak ambil MALU sebab sepatutnya saya yang hulur duit pada ayah mertua. Tapi saya terpaksa juga ambil dan ‘moment’ itu saya ingat sampai sekarang termasuklah lokasi ‘kejadian’ ni berlaku. Sebak di hati saya & saya perlu ‘move forward’ lebih pantas dlm bisnes.

Syukur selepas cabaran demi cabaran, bisnes saya mampu menghasilkan jualan sekitar RM20,000 pad tahun 2011. Tetapi timbul lagi masalah jualan saya hanya mendatar dan agak ‘mati kutu’ sebab tak tahu nak buat apa.

Pada 2014 sayabalas jasa bapa mertua saya dengan membelikan beliau sebuah kereta baru Nissan Almera sebab selama beliau hidup ni beliau tak pernah ada peluang merasa kereta baru. Hanya kereta terpakai yang selalu ada masalah.

1491606_836663543014720_482502736639217182_n

Yerlah saya dulu seorang Internet Marketer yang memasarkan produk fizikal & digital di internet. Circle saya juga dikelilingi oleh orang seperti saya yang mempunyai EGO sendiri. Rasa macam diri dah powerlah sangattt…

Memang selalu nampak iklan Dr Azizan Osman di media-media utama tapi sebab EGO & hanya pandang yang negatif sahaja menyebabkan saya tak pernah menghadiri program DAO.

Akhirnya setelah sedar yang tak salah untuk buang EGO dan sedar perlu ada MENTOR maka saya mula mengikuti program beliau bermula dengan Advanced Marketing Power (AMP) dan kemudiannya Intensif Mentor Kejayaan & Kekayaan  (IMKK) . Sekarang saya telah menyertai program eksklusif beliau iaitu Azizan Osman Titanium Partners & bestnya saya dapat join semua program berulang-kali & menguatkan kefahaman serta keyakinan saya menjalankan perniagaan.

12308267_1030265997005548_8530298164271425566_n

Bila menyertai program DAO saya akui bukan sahaja ILMU yang sangat ADVANCE saya pelajari tapi saya dapat CIRCLE mereka-mereka yang sangat BERJAYA sekaligus membuatkan saya keluar dari COMFORT ZONE selama ini & rasa terbakar dengan mereka yang mempunyai pendapatan jauh lebih besar dari saya.

IMG_5275

Saya juga dapat mengenali lebih rapat diri saya sendiri & Maha Pencipta. Semua perkara kita hanya perlu buat & serahkan 100% kepada Allah. Jangan banyak fikir & buat ‘kerja’ tuhan pulak untuk tentukan boleh ke tidak..Yang penting buat jer!

Saya sedar & faham ada banyak CARA/STRATEGI yang boleh saya implemen dlm perniagaan online saya. Walaupun hanya menggunakan beberapa STRATEGI DAO, pendapatan perniagaan saya meningkat ke 100k dlm masa yang pantas dan konsisten setiap bulan (dgn Izin Allah jua ). Terkini saya mampu hasilkan jualan lebih RM350,000 sebulan.

Ilmu yang kita miliki menentukan berapa pendapatan kita

Saya nampak arah yang jelas untuk membina EMPAYAR perniagaan yang besar dengan ILMU yang DAO perturunkan terutamanya dlm circle PLATINUM PARTNERS beliau. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada DAO dan bersyukur kepada Allah atas peluang ini. Saya juga pada 2016 telah menyambung lagi pengajian ilmu ni dlm CIRCLE Titanium Premier di mana saya sekali lagi akan dipandu secara rapat oleh mentor saya Dr Azizan Osman.

000_0365

Saya akan terus meneruskan visi bisnes saya iaitu membantu para usahawan untuk meningkatkan jualan mereka melalui training pemasaran online yang saya jalankan. Saya juga mensasarkan jualan RM6juta pada tahun 2016 dan mempunyai team terlatih serta komited dlm menambah nilai hidup orang lain.

Seminar Roket Emel
Seminar Roket Emel

000_0570

Syukur & saya sangat gembira bila melihat usahawan yang saya latih dapat meningkatkan VALUE hidup mereka & orang-orang yang mereka sayangi serta menjadi BIG WHY mereka.

Saya juga sangat Gembira melihat BIG WHY saya iaitu emak saya juga sangat bahagia & gembira sekarang. Saya dapat berikan beliau kasih sayang & sedikit sumbangan walaupun tak setimpal mana dengan apa pengorbanan yang beliau dah berikan pada saya dan adik-adik. Pernah tahun lepas saya jumpa, salam & cium emak saya, sepeti biasa saya kata pada emak

“Najib nak minta maaf sekali lagi mak, kalau-kalau ada perkara yang saya tak perasan dan emak ada terasa kecil hati” kata saya pada emak.

“Sebenarnya dah takder apa kau perlu minta maaf sebab sekarang mak rasa sangat bahagia lebih2 lagi lepas kau belikan mak rumah ni”.

Kata-kata mak tu betul-betul menyentuh hati saya sehingga sekarang & saya dapat merasakan kegembiraan beliau serta kebanggaan beliau pada saya. InsyaAllah selagi mana mak masih ada, saya takkan berhenti dlm MISI membahagiakan emak.

Semoga bisnes yang saya bina ni mampu menjadi jambatan saya membahagikan emak, isteri, ibu & ayah mertua serta semua orang-orang yang saya cintai di dunia ini.

Semoga anda dapat sesuatu dari perkongsian saya ni…

Najib Asaddok

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !