fbpx
blog najib asaddok

Sifu Najib Buat Orang Kelam Kelibut dan Terpaksa Pecat Bos

Assalamualaikum.. Syukur Alhamdulillah. Allah  permudahkan dan lancarkan urusan  perniagaan ‘Butik ONLINE’ kami  dibawah jenama  NURAISY.  Rasa syukur sangat ke hadrat Illahi kerana diberi  peluang untuk bangkit berniaga.

10501845_10202637293763061_8029080576210191380_n

Macam mana boleh terjebak dengan perniaggaan Online? Sebelum berkecimpung dalam bidang ni saya dan suami masing-masing bekerja. Saya dalam bidang kewangan dan suami dalam bidang automotif.

Kami masing-masing sibuk dalam menguruskan kerjaya masing-masing.Alhamdulillah kami berjaya dalam kerjaya masing-masing.Tetapi apa yang kami terpaksa korbankan adalah masa bersama keluarga dan masa bersama anak. Suami keluar pagi balik malam, saya keluar pagi balik lewat petang. Anak terpaksa hantar ke pusat jagaan.Sebenarnya isu masa yang menjadi titik tolak bagi kami untuk mencari peluang perniaggan yang boleh mencapai matalamat kami iatu TIME FREEDOM & MONEY FREEDOM.

Bagi suami pula,titik tolak bagi beliau adalah apabila anak sulung kami yang masih kecil kurang rapat bersama suami.Sebagai contoh ketika bangun dari tidur,nak tidur, mandi dan menyusu anak kami tak mahu  suami yang menguruskannya.Hal ini sangat menyentuh hati encik suami dan membuatkan suami berfikir utk melakukan satu tindakan diluar zon selesa kami. Kami mula mencari sesuatu..pencarian kami adalah berdasarkan konon  rasa bijak dan rasa pandai sendiri. Ego sangat tinggi dalam diri kami..

Dalam pencarian tu,saya diberi peluang oleh seorang  pemilik butik vendor untuk meletakkan produk pakaian. Saya mula terfikir tentang batik. Memandangkan Suami berasal dari Kelantan dan mempunyai kawan-kawan dalam perniagaan batik, saya menyarankan kepada suami untuk berbincang dan minta bantuan dari dengan kawan-kawanya.

Alhamdulillah kami diberi bantuan. Kami dapat stok kain batik lukis tangan dengan kos yang rendah. Kami terus beli dengan harapan yang tinggi akan dapat jual dengan mudah dan dapat untung  untuk repeat order. Rupanya bisnes pakaian tak seindah khabar..

Nak jadi kisahnya, kami  yang dulu pernah langgar dinding, mana taknya bila kos untuk sewa vendor sahaja RM700 sebulan tapi hasil jualan nak tampung separuh jumlah sewa pun tak lepas. Kami letak Kaftan Batik di Butik Vendor,  kononnya bercita-cita nak brandkan Batik Nuraisy Eksklusif, cabarannya adalah bila sales kurang dan bila nak restock ada masalah dengan design.

Pandai sangat nak berniaga waktu itu.Sedihhh…Rasa down sekejap tapi saya fikir tak boleh jadi macam ni..Suami saya  cari punca masalah dan cara nak atasi masalah ni..Cari punya cari terjumpa iklan yang terus menyentap emosi pada waktu tu…Iklan Seminar Roket Emel.Tanpa fikir panjang..terus register VIP time tu jugak sebab apa yang diceritakan dalam minisite memang trigger emosi dan tepat-tepat kena pada masalah yang kami hadapi.

Kisahnya sangat berbeza bila kami terfollow  Seminar Roket Emel oleh Tuan Najib Assadok. Lepas seminar Roket Emel terus sign up Pakej Platinum…Tak tunggu lagi dah..dah rasa sangat dah Tuan Najib ni mampu bagi kaedah penyelesaian. Kami memang kena cari ilmu dan cari mentor untuk berjaya dalam bidang perniagaan ni. Sebab bila buat tanpa ilmu dan mentor sebenarnya sangat susah dan menyedihkan.

11796343_10204406741318144_4036183407977209091_n

Dengan ilmu yang kami dapat dari kelas Sifu Najib, Kami dah tinggalkan dunia batik dan cuma jadi agen Dropship pakaian muslimah kepada salah seorang pelajar elite Tuan Najib  dan beberapa butik online yang lain sahaja. Kami nak cari ilmu perniagaan pakaian ni betul-betul . Dari segi iklan dan sales closing kami perlu dapatkan rentak dan faham apa kehendak pelanggan.

Siapa cakap tak ada produk  tak boleh berniaga…kami dah buktikan..MEMANG BOLEH! Alhamdulillah kami TERPAKSA  jadi AGENT OF THE MONTH dengan menggunakan ilmu yang diberi dan dikongsi tanpa henti oleh Sifu Najib.

Kami terpaksa follow apa yang di ajar pada Sesi Intensif dan bermula lah saat itu kehidupan kami mula huru hara dan kacau bilau. Jualan pada awalnya lingkungan RM1k – RM3k, titik berlepas kami ialah pada page LIKE 10K jualan terus meningkat ke RM 6k. Bayangkan betapa seronoknya bila PM dan Whatsappp yang masuk tak berhenti-henti.  Kalau dulu sibuk tengok FB Personal je…sekarang ni FB personal tu dah macam rumah terbiar je…hehe

Allah permudahkan perancangan kami di tahun 2016 ni, dapat pula ilmu bukan calang-calang dari Sifu Najib, rasa sayang kalau tak de produk sendiri. Berkat kegigihan dan sesi pembelajaran berterusan dengan Mentor, kami dah pun berjaya keluarkan produk sendiri. Kami post pre-launch produk kami di page, dan hasilnya belum run apa-apa iklan dan stok pun belum ready lagi tapi dah ramai yang PM dan whatsapp nk order dan booking. Fuhh..best ke best?

Strategi kami 5 hari sebelum bekalan pakaian siap, kami dah buat BUZZ marketing dan Run iklan untuk OPEN DROPSHIP pada hari Sabtu dan Ahad, hasilnya lagi sekali sentiasa menghuru harakan hidup kami anak beranak. Tepat-tepat pada hari pertama produk kami dilancarkan iaitu hari Isnin dan kami terus dapat jualan  dan mempunyai Agen Dropship berdaftar seramai 30 orang dan dalam 5 ke 7 orang dah aktif bawa masuk jualan.

Alhamdulillah..Setakat DUA MINGGU  pelancaran produk kami sendiri hasil jualan dah mencecah RM13K++ dan Agen Dropship seramai 80 orang. Dan yang paling best, da kena restock barang, customer berebut-rebut nak order . Sibuk tak sibuk la, dan betapa huru haranya keadaan sekarang, ini rupanya penangan beriklan dengan ilmu dan buat secara konsisten.

Best betul  belajar  dengan Guru yang bagitau Teknik yang betul dan dah PROVEN SUCCESS..Akibatnya kita pun terpaksa kelam kelibut..Alhamdulillah walaupun belum banyak sangat tapi bagi kami yang kali pertama hasilkan design dan produk sendiri, hal ini sangat memberi semangat pada kami. Alhamdulillah juga sekarang ni kami dah buat satu ruang ofis di rumah yang lengkap dengan keperluan ofis untuk operasi kami. Kami dah boleh bekerja sebagai  1 family.Best dan indah sungguh dapat kerja sama-sama dengan suami dan anak. Terima Kasih Allah.

Kami dah taubat, tak nak langgar dinding lagi, formula kami just ikut sahaja apa yang Sifu suruh buat, tah payah percaya, buat je dulu ..lepas tu baru tahu..hehe. Dan kami follow rapat Mentor kami  serta kami follow rapat-rapat  senior kami di ROKET EMEL yang sangat awesome. Kami nak keje senang, kita ikut je cara mereka yang dah berjaya, ikut jalan dan kaedah yang diorang praktikkan. Tak payah nak buat jalan sendiri, duit habis bayar tol je nanti. Hehe..

zaifanpemasaraninternet

Terakhir, kami panjatkan Syukur  dan terima kasih pada pada Allah s.w.t  dan Terima Kasih kepada Tuan Najib Asaddok ,Tuan Syakirin,Tuan Fendy,Tuan Ridzuan dan Tuan Naz..Tidak ketinggalan kepada Puan Nahdiah yang banyak memberi sokongan dan dorongan serta  rakan-rakan seperjuangan dalam Roket Emel yang sangat positif dan supportive.

 

Kami  mohon doa dari anda semua agar kami terus berjaya dalam perniagaan ini dan dapat buka butik fizikal kami sendiri..Aminn. Pesanan kami, untuk memulakan dan  berjaya dalam perniagaan kita perlu ada 4 perkara wajib iaitu ILMU,MENTOR,SISTEM & KOMITMEN.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !