fbpx
blog najib asaddok

7 TIPS Untuk Ejen Dan Dropship Bina RM10k Pertama!

Anda ejen bisnes pakaian, kesihatan, kecantikan atau mana-mana bahagian bisnes boleh baca dan faham dengan setiap point yang diberikan ni. Jangan terkejut bila anda apply ilmu ni boleh berikan result pada bisnes anda.


Ramai ejen-ejen atau dropship sekarang asal terima bahan daripada HQ jer terus buat post pada social media. Lagi-lagi mesti anda pernah post dalam Facebook Profile kan? Mungkin ada yang membeli, tapi tak berapa ramai pelanggan yang akan beli produk yang anda jual.


Untuk anda sebagai ejen yang nak break RM10k pertama anda pastikan lepas baca ni, apply terus ilmu ni.. Ada kisah dimana Pn.Diana Dyan yang dulu hanya menjadi Agent kemudian upgrade pada Stokis. Nak tahu apa pencapaian beliau?


Klik sini untuk anda baca kisah & apa perkara yang beliau lakukan hingga capai result sekarang –> https://www.najibasaddok.com/tiada-tempat-mengadu-dihina-gemuk-dan-hanya-ada-secawan-beras-untuk-sara-anak-buat-dyan-terus-bangkit/


Bagi anda yang nak tahu apa strategi atau cara untuk anda capai RM10k pertama anda, jom teruskan..

1)Kenal Pasti Siapa Pelanggan Anda

Sesuatu bisnes tak kira lah anda sebagai ejen ke dropship ke, anda perlu tahu siapa sebenarnya bakal pelanggan anda. Siapa sebenarnya target audience untuk bisnes yang anda jalankan sekarang. Ramai usahawan sekarang tak peka dengan perkara ni.. Bila silap audience, anda sebenarnya dah rugikan cost marketing anda!


Baru perasan ke yang anda pernah buat silap? Atau selama ni, anda ingatkan semua pelanggan untuk bisnes anda?

Sebabtu ler sampai sekarang bisnes anda tu susah nak grow. Takpa-takpa, itu proses untuk pembelajaran.

2) Buat Orang Nampak Brand Anda

Manusia beli disebabkan juga tentang BRAND.. Kalau brand anda baru jer muncul dalam industri, orang akan tertanya-tanya produk ni bagus ke? Amacam, pernah alami situasi macam ni?


Contoh produk baru dari brand GUKKI vs GUCCI .. Agak-agak ada ke yang membeli brand baru tu? Pasti TAK! Antara sebab kenapa mereka kurang minat adalah mereka kurang nampak BRAND yang baru tu.. Ni nak tanya, pernah ke BRAND Milo stop dari buat orang nampak dia? Tiap hari kempen dia berjalan tau!


Nak buat orang percaya dengan sesuatu brand, kena buat orang nampak selalu brand kita. 77 kali nampak baru orang tu akan percaya! Persoalannya Anda dah buat orang nampak berapa kali?…

3) Tahu Emosi Pelanggan

Manusia memang beli produk yang dijual dalam pasaran tapi mereka terdetik untuk beli disebabkan emosi.. Kalau anda tak faham dengan emosi pelanggan, susah nak dapat pelanggan.


Contoh yang paling terbaik kita lihat iklan Dynamo, bila masa iklan Dynamo keluar sebut sabun dia “mengandungi vitamin A atau ada mengandungi bahan hydrophobik yang kuat?” Tapi apa yang dia sebut yang buat orang boleh ingat “Hanya dengan satu penutup”. Tu je yang dia sebut dan orang beli dari dulu sampai beberapa generasi.


Jadi apa emosi disebalik produk anda tu? Ke selalu sebut “Produk saya boleh selesaikan macam-macam masalah”? Kalau anda sebut macamtu, lari beb pelanggan sampai tak cukup tanah nak lari.

4) Networking

Kenapa “networking” tu penting? Networking ataupun bina hubungan dengan orang yang dah berjaya supaya anda dapat ilmu daripada mereka. Apa perkara mereka buat silap, apa perkara mereka buat betul. Tu semua anda perlu tahu! Yang bestnya bila kita dengar perkongsian daripada mereka yang dah berjaya.


Dengar dan ambil point betul-betul tentang apa perkara yang mereka buat. Dah kalau silap tu, jangan lah buatkan.. Nampak ker nampak anda sebenarnya dah pun dapat jalan pintas! Dapat jawapan untuk bisnes anda.


Sebabtu penting bila kita bina hubungan dengan orang lain. Share ilmu, knowledge dan paling mahal sekali pengalaman!

5) Gunakan Copywriting Yang Sesuai

Copywriting yang tuju khas pada target anda. Jangan terlalu fakta. Kalau disebabkan fakta, tu yang buatkan pelanggan anda lari. Bila ayat atau copywriting anda bawakan secara sempoi jer, orang yang baca pun rasa mudah jer..


Baru lah anda target pada audience anda. Sebagai contoh produk kecantikkan. Mestilah gunakan ayat “hey SIS”… Tuju pada seseorang tu, kalau Ibu-ibu mestilah penggunaan “Mommy”


So dapat sesuatu melalui perkongsian ni? Kita sambung lagi untuk next point!

6) Keunikan atau Unik

Apa yang bezakan bisnes anda dengan bisnes orang lain ? Cari satu perkara yang buat bisnes anda berbeza. Mungkin hanya dengan sekadar layanan yang sangat-sangat hargai kedatangan pelanggan anda. Itu jer akan tonjolkan perbezaan anda dengan orang lain.


Kalau anda ejen pada produk XYZ.. Agak-agak anda, apa yang bezakan anda dengan ejen produk XYZ? Renung-renungkan..


Nak nampak unik, buat marketing cara yang berbeza daripada ejen lain.

7) Jangan Takut Invest Pada ILMU!

Jap nak tanya banyak ke banyak ilmu baru yang anda dapat setakat ni? Advance tau ni.. Jadi perkara paling penting sekali anda sebagai ejen atau dropship wajib untuk invest diri anda pada ilmu. Tak rugi kalau kita invest dalam ilmu. Banyak perkara yang silap dapat atasi dengan pantas.


Lebih bagus invest pada ilmu daripada rugi sebab asyik buat silap. Buang masa beb! Cer bagitahu antara point di atas ada ke ada perkara yang anda pernah buat silap atau anda baru jer tahu tentang itu dalam bisnes? Kalau anda baru tahu itu bagus untuk ada, kiranya anda dah jimat kos kerugian.. Tapi untuk yang dah lama bina bisnes baru nampak perkara silap dia…


Itu bahaya untuk anda! Jangan bina Kerugian dalam bisnes, kita bina Keuntungan dalam bisnes. Segera buat tindakan untuk belajar mendalam lagi tentang marketing online supaya anda tidak buat silap dalam bisnes anda.


Klik pada link diberikan ni untuk anda dapatkan ilmu supaya dapat bina lebih daripada RM10k anda –> www.NakTarikPelanggan.com


Anda boleh juga join group komuniti supaya tahu tentang trending marketing, tak terkubur dengan marketing cara 80-an –> www.telegramnajib.com


Pssttt, jangan lupa kongsikan pada rakan tentang perkara ni. Lebih ramai yang tahu tentang ini, lebih banyak manfaat yang anda terima. All the best!

www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !