fbpx
blog najib asaddok

7 sebab paling asas kenapa bisnes tak boleh cecah sales RM10,000 keatas

 

Realiti yang ramai usahawan hadapi sekarang ni, tak kisahlah samada yang dah bertahun atau baru berniaga, sales dia tak boleh nak pecahkan 5 angka, atau tak lebih dari RM10,000.

Bahaya sebenarnya kalau buat bisnes tapi tak boleh nak lepas RM10,000 sebab kos living ataupun sara hidup makin lama makin naik. Kalau sebut sales, mesti belum lagi tolak dengan macam-macam kos sebelum dapat untung bersih.

Kalau sales rendah bawah RM10,000 macamana dengan untung bersih? Berapa untungnya? Berapa kos marketing? Berapa simpanan untuk emergency keluarga?

Banyak masalah berlaku selagi sales kita berada bawah paras RM10,000. Memang kritikal.

Jadi apa masalah bisnes yang salesnya bawah RM10,000? Apa benda yang kebiasaan bisnes yang sales bawah RM10,000 ni tak buat?

Jom klik pada setiap gambar yang ada dan tengok sendiri apa yang korang masih belum buat atau masih belum improve lagi.

 

 

A. Branding

Salah satu sebab paling utama adalah branding tak betul. Branding yang betul akan nampakkan bisnes kita level antarabangsa, atau kalau tak kene cara, boleh nampak brand tu level kampung je.

Bila sebut branding, ada 2 perkara yang biasa kita akan hadapi, iaitu pemilihan nama dan juga logo untuk servis atau produk. Kalau anda pemilik produk atau owner bisnes yang tawarkan servis, anda boleh decide sendiri berdasarkan konsep yang sesuai dengan niche bisnes anda. Boleh je jumpa designer professional untuk designkan logo berdasarkan nama brand sendiri.

Setiap orang yang buat bisnes mesti ada nama brand sendiri walaupun anda ejen atau stokis kepada produk besar. Sebab kalau anda nak onlinekan bisnes anda, kat sini ada kesan untuk jangka masa panjang.

Saya bagi contoh paling mudah, En. Kamarul merupakan ejen kepada produk XYZ yang sangat terkemuka di Malaysia. Brand XYZ ni sangat terkemuka, siap masuk TV, keluar Radio, Billboard bersepah dan siap iklan dia terpapar pada kapal terbang AirAsiaBagus. Tapi bila En. Kamarul nak keluar buat brand sendiri patutkah dia letak nama brand ‘Ejen XYZ Selangor’, ‘Kamarul XYZ’ atau apa-apa sahaja nama brand tapi ada termasuk XYZ dalam nama brandnya?

Kat sini yang banyak anda perlu tahu kalau anda letak nama brand begitu. Cuba bayangkan suatu hari nanti Kementrian Kesihatan Nepal kata produk XYZ ni guna bahan terlarang, ataupun terlibat dalam scam ataupun apa sahaja yang boleh sebabkan XYZ ni gulung tikar, apa yang En. Kamarul nak buat?

Kalau En. Kamarul tak letak nama branding yang ada kaitan dengan XYZ, dia masih boleh teruskan bisnes macam biasa dengan gunakan produk dari syarikat ABCekodok yang ada sijil Halal Nepal, SIRINepal dan macam-macam lagi kelulusan. Dia masih boleh survive dengan jual produk lain yang berkaitan. En. Kamarul dah jimatkan masa, kos dan masih boleh kekalkan kepercayaan pelanggan pada bisnes dia, bukan produk dia.

Ni citer panjang-panjang ni korang faham ke? Tak faham meh datang Seminar Roket Bisnes untuk ulasan lanjut.

 

 

 

B. Marketing

Dah berbuih mulut kalau citer bab marketing ni. Banyak usahawan negara Nepal Timur ada satu masalah yang paling degil dan paling susah nak makan saman. Rata-rata usahawan sana suka buat marketing tapi ceritanya asyik-asyik promosi je. Sampai pecah telinga prospek dengar dia promote, promote dan promote.

Marketing, bukanlah nak bagitahu kat orang kita ni sedang buat promosi. Itu bukan buat marketing nak oi. Itu buat sales, nak suruh orang beli. Marketing tak macam ni. Marketing buat orang nampak produk atau servis kita. Ni tahu pun tidak, kenal pun tidak apatah lagi orang langsung tak tahu brand dia tapi dah terus suruh orang beli. Marketing adalah proses nak bagitahu ke orang ramai brand ni wujud, brand aku ni wujud untuk selesaikan masalah korang.

Satu lagi perkara paling usahawan Nepal Timur suka buat marketing ialah dia tak nak keluarkan kos untuk marketing. Dia rasa bisnes dia sangat ‘magic’ sekali dia keluarkan, orang ramai terus beli dengan dia, siap berebut. Dia sangka produk atau servis dia semua rakyat Nepal Timur tahu dan kenal tanpa sebarang usaha marketing.

Itu masalah yang biasa usahawan Nepal Timur buat. Marketing bagi dia cukup sekadar keluarkan produk, buat flyers dan bagitahu mulut ke mulut dah boleh jadi jutawan. Usahawan Malaysia tak macam tu, semuanya ikut sunnatullah, semuanya keluarkan kos. Sebab tu ramai jutawan produk kat Malaysia ni.

Kalau korang tak faham apa yang disebut ni, memanglah korang cari nahas. Sindiran ni memang ditujukan kepada korang.

 

 

 

C. Copywriting

Masalah utama yang kebiasaan usahawan hadapi ialah cara nak pujuk prospek membeli dengan ayat power yang memukau. Dia takde pengalaman menjual secara offline iaitu melalui bercakap. Kebanyakan usahawan yang online tidak ada latar belakang salesman. Sebab kebiasaan orang salesman yang bagus, dia ada kemahiran bercakap pengaruh orang untuk beli guna ayat power. Senang citer mulut dia manis.

Asas copywriting adalah bercakap dengan gaya bahasa yang menawan dan boleh pengaruh pelanggan. Dari situ barulah diterjemahkan kepada bentuk tulisan yang power. Kalau anda takde pengalaman salesman, anda biasanya sukar untuk menulis.

Jadi macamana nak tulis copywriting power yang memukau?

Ok, anda boleh mula dengan menguasai emosi manusia. Anda perlu fahamkan produk atau servis anda sendiri sebenarnya bantu selesaikan masalah apa. Ok katalah produk atau servis anda selesaikan masalah sekian, anda perlu tanya lagi, apa yang akan berlaku kalau orang lain tak selesaikan masalah tu? Apa worst case senario yang orang tu akan hadapi? Adakah ianya beri kesan pada kehidupan? Adakah melibatkan kebahagiaan bersama keluarga atau orang tercinta? Setiap kesan ada natijahnya, anda kena cerita begitu.

Barulah anda ceritakan solusinya apa dia, apa kesan yang dia dapat elakkan dan apa hasil yang dia dapat bila dia dah selesaikan masalah dia. Semua ini perlukan emosi.

Anda kena faham, fakta tidak menjual, ia hanya memberitahu. Emosi yang sebenarnya menjual. Tapi ingat, copywritng yang bagus tidak terlalu melampau dalam penulisan, tidak terlalu overhype, dan tidak menipu. Orang boleh tahu bila saat kita menipu. Yang pastinya itu adalah haram.

 

 

 

D. Content

Satu lagi masalah yang ramai usahawan malas nak buat adalah banyakkan sharing. Dia rasa bisnes dia buat tu tak perlu sharing, ataupun lagi malang, dia rasa takde kepentingan nak sharing dengan orang ramai. Sebab tu dia tak tulis content untuk share kepada orang ramai.

Content ibarat isi selepas kita dah ada kulit (branding). Tanpa isi sudah tentu bisnes tu takde kualiti, tak hidup, cuma yang tinggal asyik menjual je. Kalau nak tahulah, Content yang power, yang ramai orang suka akan buatkan brand korang terkedepan.

Macamana tu? Macamana content yang aku buat boleh naikkan bisnes aku?

Dia sebenarnya macam ni. Bila anda tulis satu content (boleh dalam bentuk tulisan artikel bergambar, infografik, video ataupun gambar sahaja), orang akan lihat dan baca. Sudah tentu anda gunakan copywriting dan gambar yang menarik. Bila orang suka apa yang dia lihat dan baca tu, dia akan share. Manusia sifatnya memang tak suka duduk diam, sukakan hebahkan perkara yang dia suka dan juga suka menyibuk macam-macam hal. Bila dia share, kemudian makin ramai pulak share. Lama-kelamaan content tu jadi viral dan dengan mudah brand atau bisnes anda orang mulai kenal.

Makin anda banyak share content, makin ramai orang mula kenal dan akhirnya percaya dengan apa yang anda share. Sikit-sikit sharing, lama-lama jadi bukit kepercayaan orang ramai.

Ni yang ramai usahawan tak nampak. Sebab dia punya fahaman, berniaga nak cepat kaya jadi takde masa nak share. Anda memang boleh cepat kaya, tapi bisnes korang tak tahan lama bila takde content.

Percayalah, content dah menjadi trend negara Amerika, Eropah dan juga trend dikalangan company-company yang besar. Sebab tu dah ada nama khas, ‘Content Marketing’. Korang tak buat, cepat-cepat ‘kapan’ dan ‘talkin’kan bisnes korang tu ye.

 

 

 

E. Sales

Nak buat sales ada syarat-syarat yang wajib dipenuhi. Ibarat sebelum solat, wajib ambil wudhu, barulah solat. Kalau solat 80 rakaat tapi takde wudhu’ memang solat tu tak sah. Macam tu juga dalam sales. Sebelum buat sales ada perkara perlu buat terlebih dahulu.

Apa syarat dia?

Haa, point-point yang diberi tadi tu tolong pastikan dah buat. Kalau tak anda iklankan posting untuk sales, pasti ‘krik-krik’ dan kos untuk iklan tu lebur.

Apa akan terjadi bila anda dah buat step diatas tu?

Yang ni part paling best, anda sebenarnya buat orang tak sabar dengan bisnes anda. Semua berebut nak beli hingga anda terpaksa kehabisan stok dan order berulang-ulang kali. Sebenarnya sales tak boleh berdiri dengan sendiri tanpa support atau sokongan dari Branding, Marketing, Copywriting dan juga Content sebab kesemua ini akan menguaatkan antara satu sama lain.

Selain tu, anda perlu kreatif dalam promosikan produk atau servis anda. Samada anda nak pakejkan, beri diskaun, berikan freegift atau apa sahaja yang kelihatan menarik supaya menarik orang untuk beli dari anda, bukan dari orang lain.

 

 

 

F. Database

Database selamanya jadi king segala marketing. Sebab dengan databaselah kita mudah nak pengaruh diaorang ni. Database ni boleh pelbagai bentuk yang anda boleh dapatkan. Bila sebut database, maklumat yang anda perlu ada baru dikira database adalah Nama, Emel dan No. Telefon. 3 ni perkara yang paling asas yang wajib ada.

Ada beberapa cara untuk dapatkan database, antaranya:

  1. Dapat melalui mereka yang dah jadi pelanggan
  2. Pemberian kupon percuma
  3. Pemberian ebook percuma
  4. Pemberian freegift ataupun diskaun

Pelbagai cara kreatif untuk dapatkan database. Dah dapat barulah kita follow up database ni sehingga tersangkut dengan kita. Conversion yang anda mampu dapat sekiranya anda guna betul-betul database adalah sebanyak 30%, paling tinggi dalam banyak-banyak teknik marketing lain.

Samada anda nak guna nombor telefon atau emel auto-responder itu terpulang, tapi berbanding telefon, emel marketing lebih berkesan dan jauh lebih baik.

Jadi, mulai hari ni, dapat dan kumpul sebanyak mungkin database yang ada. Nak tahu lebih lanjut, anda boleh follow Kelas Automate Your Business, salah satu kelas advanced yang Sifu Najib Asaddok anjurkan untuk topik database.

So, sekarang jangan main-main dengan database. Sebab tu orang jawa kata; “DATABASE IS KING”

 

 

 

G. Followers @ Raving Fans

Nak berniaga online hari ni, tak sama macam berniaga online 5 atau 8 tahun lepas. Dulu orang boleh singgah dan beli dari kedai online anda. Tapi sekarang, kalau anda tak create satu kumpulan, satu group followers, anda tak boleh buat sales melebihi RM10,000 sebulan. Kalau anda boleh buat tanpa kumpul atau bina followers, sales anda tidak akan konsisten.

Sebab tu dalam Facebook ada satu jenis marketing yang dinamakan sebagai LIKE MARKETING. Marketing khas untuk bina followers yang akan menjadi raving fans.

Perasan ke perasan, bila anda buka Page dalam Facebook, dia ada function iklan semata-mata nak cari Like untuk Page. Ada orang kata kena belilah, susahlah sebab kena keluar kos. Tapi yang paling rugi yang dia tak perasan adalah kos yang dilaburkan tu adalah suatu pelaburan.

Kat sini yang kita akan buat macam-macam ‘membasuh’ minda followers dengan konten yang power, copywriting yang berpengaruh, branding yang tidak putus-putus dan teknik sales yang buatkan orang tak sabar nak beli produk dari anda. Dengan gabungan teknik-teknik ini yang sebenarnya jadikan bisnes anda konsisten buat sales.

Anda tambah followers anda, anda sebenarnya tambahkan lagi potensi sales anda. Amacam sekarang, dah nampak ‘BIG PICTURE’ online marketing?

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !