5 Kesilapan Yang Membunuh Bisnes Baru Nak Up Atau Lama

Baru jer buat bisnes? Dah bertahun bisnes? Eh kenapa masih biasa-biasa lagi? Yang lebih sedih terpaksa bungkus!

Kan banyak situasi macam ni yang kita tengok berlaku pada bisnes orang lain atau bisnes kita sendiri. Kenapa berlaku macam tu?

Kalau nak tahu, bisnes ni bukan terlalu seni, dan bukan terlalu fakta. Ada masa dalam bisnes kena berseni, ada masa kena follow step by step. Nasib badan, kalau jumpa cara, untunglah. Kalau tak jumpa, boleh merana bisnes tu.

Jadi, ditengah-tengah isu usahawan yang baru nak up, atau usahawan lama sekalipun, ni ada 5 KESILAPAN YANG MEMBUNUH BISNES BARU NAK UP ATAU LAMA.

Anda kena baca sampai habis dan fahamkan supaya anda semua boleh elak kesilapan ini yang memakan banyak bisnes. Dunia bisnes tak semudah ABC, sebaliknya penuh kekejaman jika anda tak bersedia..

Dah ready??

 

 

Belanja ikut kepala sendiri ni sebenarnya ramai jer usahawan buat. Dia dapat sales RM100 hari tu, hari tuh juga dia spend belikan susu dan pampers anak.

Ramai yang buat camtu. Sepatutnya dia boleh ambil gaji pada hujung minggu.

Eh, gaji?? 

Yerlah, owner bisnes mesti ada gaji. Bukan semua duit dalam syarikat ko yang punya. Ada gaji pekerja, ada duit maintenance kat situ dan macam-macam kos lagi. Kena kira semua tu.

Janganlah spend lebih dari gaji sendiri. Tak cukup duit, ambil duit syarikat. Tu zalim namanya..

 

 

Ada usahawan memang ambil gaji tetap dan hidup seperti orang kebanyakan yang makan gaji, cumanya dia owner bisnes. Tapi dia punya spending atau belanja syarikat dia, MasyaAllah.. Habibi banyak.

Dia banyak bazir duit syarikat pada perkara-perkara tak perlu, kadang-kadang boleh serahkan pada orang lain untuk buat dengan murah.

Satu lagi beli peralatan yang mahal-mahal tapi tak optimumkan penggunaannya untuk hasilkan sales.

Bahaya tu. Kebanyakan owner bisnes terperangkap dengan cara fikir begini. Bila tak jaga cashflow, lama-lama sok bila audit hujung tahun, syarikat rugi. Naya beb. Dah penat-penat berniaga setahun, hujung tahun tengok report, pengsan.. Sebab banyak duit belanja keluar. 

Wajib perhatikan keluar masuk wang syarikat setiap hari, minggu, bulan dan tahun.. Baru tahu kapasiti sebenar syarikat.

 

 

Banyak usahawan abaikan marketing. Paling ketara salah faham tentang marketing setakat ni ramai usahawan tak dapat bezakan antara marketing dan sales. Salah faham tu satu hal. Hal yang paling besar, tak sanggup spend untuk marketing. Ni paling malang.

Setiap bulan, WAJIB ada peruntukan untuk marketing. Berapa banyak? Itu bergantung pada berapa target sales yang kita nak untuk bulan tu.

Andaikata kita sales sebulan ketika tu RM10,000, so minimum yang wajib kita spend adalah RM1,000. Kos marketing yang terbaik 10% dari jumlah sales yang kita target.

Marketing WAJIB ada kos. Sebab marketing adalah nafas. Peringkat awal bisnes, anda tak boleh abaikan benda ni.

 

 

Ni satu lagi perkara yang ramai usahawan buat. Dia tak peduli makan minum team atau staf dalam syarikat dia. Masalah ni nampak macam takde apa-apa kan? Tapi, banyak orang abaikan team dia sampai bisnes dia boleh huru-hara ribut. Habis bisnes menjunam.

Team atau staf syarikatlah yang wajib dibela sebelum pelanggan. Richard Branson kata, orang yang patut diutamakan bukan pelanggan, tapi team atau staf dalam syarikat.

Kenapa camtu?

Sebab yang jadikan sales masuk, team korang. Yang uruskan order, team korang. Yang menjadikan kau boss, pun team korang. Dah tu team korang dah banyak buat semua kerja untuk mudahkan korang goyang kaki sikit.

Apa salahnya kalau bagi bonus extra, bagi extra komisyen, bagi kenaikan gaji. Team korang pun ada nak kahwin, ada anak bini kena tanggung. Jangan fikir diri sendiri. Sebaliknya tanya apa keperluan team dan bantu realisasikan.

Lagi banyak korang beri, lagi banyak sales akan masuk. Sebab tu, bela team syarikat sendiri dulu sebelum orang lain.

 

 

Ada otai lama dalam bisnes pernah cakap, pendapatan owner bisnes ditentukan oleh berapa banyak Ilmu yang dia ada. Betul.. Kalau sales bulanan anda sukar nak pecahkan RM10,000, tu disebabkan korang hanya ada ilmu dan tahu setakat buat RM10,000 jer.

Kalau nak pecahkan sales RM10,000, korang kena berusaha cari lagi ilmu yang boleh sebabkan korang boleh capai RM50,000 atau hingga RM100,000.

Setiap level ada ilmu berlainan yang kau kena tahu dan bertindak. Kalau hanya kekal begitu dan asyik buat benda sama, macamana nak naikkan sales?

Buat benda sama berulang kali dengan mengharapkan result yang berbeza, itu kerja gila. Berterus terang dengan diri, “berapa nilai ilmu yang aku ada sekarang ni?”..

 

 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !