fbpx
blog najib asaddok

Facebook Page Lemau, Tak Hasilkan Jualan

Facebook Page Lemau

 

Yer, ramai orang tak tau pun yang dia buat silap sampai Facebook page lemau. Ulang-ulang benda yang sama tapi harapkan sales naik berkali ganda. Boleh jadi tu kerja giler..

So apa yang korang buat selama ni? Cerr scroll ke bawah artikel ni untuk tahu lebih lanjut..

 

 

Facebook Page Lemau

 

Kesalahan paling utama bila usahawan onlinekan bisnes dalam Facebook Page Lemau bila dia tak tarik followers.

Ramai orang tak faham kenapa kena tarik followers baru atau likers baru sebab itulah nyawa bisnes anda dalam Facebook. Kita bina orang-orang atau satu kumpulan yang minat pada produk atau servis kita.

Bila dia dah minat, baru senang kita nak tukar dia jadi pelanggan. Kalau tak tarik followers, sebab tu bisnes anda dalam Facebook ni takde jualan.

Kan senang kalau kita ada ramai prospek berbanding takde ataupun sikit. Lama-lama nanti dia beli lah dari kita..

 

 

 

Ni memang banyak berlaku. Asalkan online jer rata-rata ramai usahawan suka tayang produk. 

Bukan tak boleh tayang produk, masalahnya orang tak suka kalau diri didatangi dan terus menjual. Macamlah korang pergi pasaraya atau shopping complex, korang suka ke kalau salesman datang approach terus promote produk? Mesti korang lari punya..

Macam tu juga kat Page, kurangkan tayang produk. Sebaliknya tonjolkan jenama anda dan kepakaran anda.

 

 

 

Antara perkara paling penting, macamana korang tulis ayat nak tarik pelanggan tu.

Korang main bedal je ker atau korang faham macamana nak tulis?

Tulis dan bercakap untuk tarik pelanggan sama jer.. Mesti menarik, mesti ada emosi dan anda sendiri kena berjiwa bila menulis. Sebab orang boleh rasa.

Paling best ada orang guna software nak tulis copywriting. Ehhh..! Come on lah, yang nak tarik orang ni manusia ke robot? Of course lah manusia.

Bila korang tulis dengan ikhlas, orang dapat rasa tau jiwa korang yang ikhlas.. Lebih ramai mudah tersangkut beli dengan anda..

Sebab tu kena ada emosi, kena ada jiwa.. Baru real orang tak sabar nak beli.

 

 

Facebook Page Lemau

 

Satu kelemahan paling ketara bila korang lambat sangat respon. Dia memang sangat bunuh mood atau suasana orang yang bersungguh nak beli.

Orang dah tak sabar nak beli nih, tapi kau plak lambat reply atau suka menangguh nak reply.. Memang mati lah mood pembeli tu.

Lebih baik cari peniaga yang jual mahal tapi servis cepat and tip-top..

 

 

Facebook Page Lemau

 

Ramai orang meniaga ni macam ‘slow’ sikit. Selalunya suka menjual dan kedekut bila tiba bab nak sharing.

Korang kena banyakkan sharing konten yang dapat bantu dia. Macam contoh korang share beberapa tips camne nak jaga muka, nak elak susu berkurang dan macam-macam lagi.

Pastikan korang sharing benda yang ada kaitan dengan bisnes korang. Jangan plak berniaga servis spa tapi cerita tentang pelaburan emas..

Orang akan nampak bisnes kau ni selekeh macam takde fokus. Nak share biar berkait dengan bisnes. Baru nampak strong, orang suka dan mudah terpengaruh..

Barulah bisnes kau ni orang refer pada orang lain untuk beli.

 

 

Jadi sekarang korang dah tahu kenapa Page korang LEMAU kan.. Lepas ni cepat-cepat perbetulkan keadaan ni. Kalau lambat bertindak, orang lain akan mendahului anda dan sebabkan bisnes online anda terkubur.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !