fbpx
blog najib asaddok

7 SEBAB KENAPA BISNES BOLEH TERBUNGKUS KEJAP JERR..

Ok, nak tahu sebab dia? Cerr lihat pada setiap gambar ni ada 7 SEBAB KENAPA BISNES BOLEH TERBUNGKUS KEJAP JERR.

Kalau situasi yang berlaku sekarang ni, ramai orang mula berbisnes disebabkan keadaan yang berlaku hari ni. Samada kos sara hidup yang tinggi, tekanan hidup, keadaan cara hidup yang makin sempit dan macam-macam lagi sebab.

Tak kurang juga yang berlaku sekarang ni banyak bisnes mula ‘bungkus’, mula ‘krik-krik’ atau mula tutup.

Ya, asalkan mulakan bisnes jer, melingkup. Tukar produk lain pun sama juga, ‘terkubur’. Buat servis pun, takde siapa yang tahu akhirnya terpaksa senyap dari buat bisnes.

Nak berusaha dalam bisnes ni kena gigih buat sampai jadi. Kalau kita jenis mudah putus asa, berbisnes tak sanggup nak bersabar memang payah.

Bisnes bukan hari ni buka, esok terus jadi jutawan atau dapat sales beribu riban. Tak, perjalanannya sangat panjang.

So, anda kena cekal, tabah dan gigih berusaha berbisnes sehingga dapat hasil dan result. Bukan buat kerja separuh dan terus putus asa.

Dari tadika hingga ke peringkat Universiti, kita belajar demi sekeping sijil yang hanya bertujuan mencari kerja.Inikan pula kita nak berbisnes. Semuanya perlukan Ilmu dan Pengalaman. Sebab tu kalau nak berbisnes kena ada ILMU.

Kat mana nak belajar?

Carilah MENTOR yang boleh guide. MENTOR yang boleh bimbing bisnes anda satu persatu dengan lengkap dan teratur.

Perniagaan ni satu cabang yang tak banyak tempat boleh belajar. Subjek keusahawanan ni satu topik yang selalu berubah ikut zaman.

Jadi carilah MENTOR yang ada pengalaman jatuh bangun. Lagi teruk dia pernah jatuh dan bangkit berjaya, lagi power MENTOR tu. Sebab dia dah tahu selok belok bisnes ni.

Ramai orang tersilap bila dia fikir bisnes ni hanya tentang untung jer. Sibuk dia fikirkan macamana dia nak dapatkan untung maksimum dari setiap produk / servis yang dia jual pada pelanggan.Kawan-kawan, kalau itu jer yang anda fikirkan dalam bisnes, anda tersilap besar. Bukan itu caranya.

Dalam bisnes ada banyak perkara yang lebih besar dari untung.

APAKAH NILAI atau VALUE bisnes anda pada pelanggan anda?

Kalau anda dapat jawab soalan ini, anda akan tiba-tiba terfikir untung tu bukan persoalan utama bagi anda.


Nak berniaga atau berbisnes, mesti pandai mengayat untuk tarik prospek jadi pelanggan. Itu benda paling utama.Kena bezakan tau mengayat untuk tarik dan mengayat untuk suruh orang beli.

Mengayat untuk tarik tu kita boleh umpamakan marketing. Ramai orang tersalah sangka sales tu marketing, marketing tu sales.

Tak, itu salah tu. Marketing ni ibarat buat bisnes kita tu orang NAMPAK & KENAL.. Nak buat orang NAMPAK & KENAL mestilah ada tarikan buat orang perhati.

Jadi macamana nak mengayat pelanggan? Antara benda yang mudah kita kena faham emosi manusia. Dari situ barulah anda senang macamana nak tarik pelanggan.

Emosi penting sebab pelanggan kita semuanya manusia, bukan robot, jin atau pokok.. Kan..


Bisnes yang rugi, bila ownernya dia hanya tahu menjual.

Asalkan jumpa orang, menjual. Asalkan jumpa sedara mara, sebut tentang produk. Dalam iklan online, semuanya menjual.

Nak menjual tak salah, tapi cuba lah fikir logik skit. Sekarang ni terlalu ramai salesman atau bisnes yang terlalu sangat hard-selling atau bahasa jawanya terlalu menjual.

Orang dah makin menyampah dengan bisnes yang macam tu. Sebaliknya anda kena ubah cara.

Sekarang ni nak menjual, JANGAN MENJUAL.

Haa, macamana tu? Faham ke?

Maksudnya sekarang ni bukan zaman direct selling atau hardsell, tapi banyakkan berkongsi dengan prospek.

Dengan berkongsi, kita akan jadikan prospek tu nak tahu lanjut apa yang kita tawarkan. Lebih best, orang nak tahu dari kita apa solusinya.

Berkongsi hasilkan suasana yang orang nak tahu lebih lanjut. Kita kena buat orang excited, barulah kita bercerita tu takdelah penat sangat.

Banyakkan abang berkongsi kisah dengan 100 orang, berbanding menjual kepada 100 orang. Mana satu lebih penat?

Kan kan kan.. Jadi, banyakkan berkongsi. Jangan kedekut bercerita.


Zero Marketing ni ada 2 maksud.

Yang pertama
Dalam bisnes Marketing tu wajib buat. Tak boleh hanya menjual sahaja. Kan dalam gambar sebelum ni dah cerita apa beza marketing dan sales.

Yang kedua
Zero Marketing merujuk kepada Zero Cost Marketing, atau bunyi yang lain, FREE MARKETING.

Dalam bisnes, nak buat marketing semuanya perlukan kos. Kos untuk marketing ni perlu sebab kita nak buat marketing yang bagi orang nampak bisnes atau produk kita secara konsisten

Kenapa perlu konsisten?

Sebab kita nak bagi jenama / bisnes kita melekat dalam kepala orang ramai. Kita nak bina jenama yang orang boleh kenal dan ingat sampai bila-bila.

Macam contoh MILO, MAGGI, kan jenama tu tak putus buat orang nampak kan..

Kos Marketing adalah komitmen yang WAJIB. Bila orang mula ingat jenama anda. Perlahan-lahan orang akan mula jadi duta anda, siap bantu kawan dia yang lain dengan perkenalkan brand anda pada dia.

Zero Cost Marketing hanya datang selepas jenama kita dah kuat, dah power. Nak jadikan jenama kita power, mesti ada kos.

Faham ke faham ni?


Tak semua produk yang kita boleh berniaga dengan sewenang-wenang jer..

Dalam Facebook, nak berniaga kena ikut peraturan. Ada beberapa rules yang WAJIB dipatuhi antaranya anda DILARANG menjual produk berkaitan:

1. Produk berkaitan Seksual
2. Bahan terlarang seperti bom, senjata api.
3. Produk berkaitan beauty yang tidak mematuhi undang-undang
4. Dadah
5. Barang cetak rompak atau ciplak atau bukan ori.

Banyak lagi list yang DILARANG KERAS.

Dari segi undang-undang Malaysia pula, anda kena pastikan produk anda tu ada unsur-unsur keselamatan. Kalau produk kesihatan, pilihlah yang ada sijil dari KKM, Halal Jakim, atau cop SIRIM bagi barang elektronik.

Jaminan ini akan bolehkan bisnes anda kekal lama dalam pasaran. Bahaya kalau anda dah berniaga lama, tiba-tiba produk yang anda ambil tu diharamkan.

Ana juga kena pilih produk yang ada keuntungan yang besar. Untung besar ni supaya anda boleh ambil sedikit keuntungan tu jadi sebagai kos untuk buat marketing.

So bila pilih produk, jadilah owner bisnes yang bijak. Sementara kita boleh ada modal besar nak buat produk sendiri, tak salah kita pilih produk sedia ada yang terjamin.

User Feedback Blog

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !