fbpx
blog najib asaddok

5 Tips Pn Nadiah Buat Hingga Mampu Capai Sales RM100k Sebulan

Sebagai founder kepada sesuatu produk, bukan mudah nak bina bisnes. Nak buat bisnes memang senang tapi nak ‘sustain’ dalam bisnes tu satu perkara yang bukan mudah untuk dilalui. Kalau takde cara yang betul, owner tu sendiri yang akan give up.

Takkan nak buat bisnes ni sekadar tempat percubaan je. Kalau jadi teruskan, kalau tak, terus tak nak buat dah.

Bagi Pn Nadiah, founder kepada Nurell Food, bukan mudah nak rekrut ejen. Tapi berkat kesungguhan dan benda betul yang dia buat, dia mampu untuk jana sales yang tinggi setiap bulan dan sudah ada 600 ejen setakat ni. Dahsyat betul kan !

Dia hanya jual satu produk je (pes telur masin) tapi mampu buat sales gila-gila. Nak tahu tak apa tips yang Pn Nadiah ni buat sampai mampu capai sales 100k sebulan?

Tambah bilangan fans. Bawa masuk fans ke dalam page kita. Dengan like marketing la kita mampu tarik pelanggan yang tepat. Kalau sekadar invite sesuka hati untuk like page kita belum tentu dia tu salah satu target market yang betul. Kalau tersilap, memang merugikan kos. Konsisten untuk buat like marketing ni setiap hari. Bila dah ada bilangan fans yang ramai, baru fokus untuk buat sales pulak.

Bila sebut pasal live, automatik semua akan geleng kepala. Masing- masing malu untuk bersuara. Kalau usahawan di luar sana nak tahu, live ni mampu buat pelanggan kenal dengan produk kita.

Ingat tau, FB Live ni adalah peluang terbaik untuk anda berinteraksi dengan audiens anda dengan cara yang paling mudah sekali. Cuma gunakan fon anda sahaja. Tapi, jangan membebel sorang-sorang pulak. Buat persediaan dan mesti audiens anda akan beri respon positif.

Cara ni mampu menarik minat pelanggan untuk beli produk kita. Jangan jual satu, tapi buat tawaran combo 2 atau 3 produk dan letak harga yang nampak lebih menjimatkan. Sesekali buat tawaran harga yang berbeza dari hari yang biasa. Anda perlu ingat, pelanggan ni lebih tertarik kepada promosi. Mereka akan lihat perkataan promosi itu membuatkan harga tampak lebih murah.

Siapa kata belajar ni perlu sekali je. Makin banyak kita belajar, makin banyak perkara baru yang kita akan dapat. Setiap ilmu yang kita belajar pasti berbeza. Kalau anda tengok ramai orang yang berjaya, mereka sentiasa konsisten untuk upgrade ilmu. Sebab apa? Sebab mereka nak tahu banyak benda lagi.

Setiap bisnes mesti ada cabaran yang tersendiri. “Ejen lari la, ejen buat lain seperti yang diajar”, dan lain lain lagi. Setiap usahawan akan mengalami situasi yang berbeza. Tapi apa yang penting ialah cara kita hadapi situasi tu. Kalau kita mampu lawan cabaran tu, percayalah cabaran yang akan datang akan membuatkan kita tak mudah nak rasa putus asa.

Nak berjaya ni tak mudah, tapi kalau seiring dengan usaha dan kegigihan, kita mampu capai kejayaan yang diimpikan tu.

Kalau korang nak tahu Pn Nadiah ni pon bermula dari journey RPM jugak tapi sekarang mampu lahirkan ramai ejen yang berjaya.

Anda dapat sesuatu?

Nak upgrade ilmu lagi?

Jom join Kelas Roket Pemasaran Momentum Nak Tarik Pelanggan Edisi Khas Ejen!

Jom klik –> www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !