5 Taktik Roket Untuk Jadi Market Leader Dalam Industri Anda

 

 

5 TAKTIK ROKET UNTUK JADI MARKET LEADER DALAM INDUSTRI ANDA

.
Sekarang ni semakin ramai orang mula onlinekan bisnes mereka dalam media sosial terutamanya facebook. Hari-hari iklan berlalu dalam screen handphone. Ramai juga yang mengadu bisnes mereka krik krik bila dia mula onlinekan.

.
Yang lagi best, banyak yang mengadu bisnes terpaksa bersaing dengan jenama terkemuka.

.
Persaingan semakin sengit. Ramai risau bisnes mereka akan jatuh. So apa nak buat?

.
Ok, sini ada 5 langkah yang WAJIB anda buat, untuk jadikan bisnes anda terkedepan, atau jawanya MARKET LEADER dalam industri anda.

 

 

 

1. BRAND

Brand amat penting untuk tampil menonjol dikalangan produk / servis yang ada dalam pasaran. Ia mudah, brand adalah identiti, ia adalah mesej, ia adalah satu entiti yang anda nak bawa supaya orang ramai ingat.

Sebab itu bila dah ana jenama @ brand, langkah seterusnya adalah brand awareness. Brand awareness adalah proses menanam mesej ke dalam minda separa sedar prospek pelanggan. Bisnes yang kuat biasanya mempunyai jenama yang hebat. Jenama ini bawa kemana, orang akan kenal.

Brand juga memudahkan proses jualan melalui 4 konsep ini. 4 konsep yang dimaksudkan adalah NAMPAK, KENAL, SUKA & PERCAYA. Lengkap 4 proses ini, semakin mudah orang membeli tanpa ragu-ragu.

 

 

 

2. USP

Bila sudah ada brand, langkah seterusnya adalah mencari USP, atau dengan nama lainnya “Unique Selling Proposition”.

Apa benda USP ni?

USP adalah satu teknik dimana anda menonjolkan keunikan produk / bisnes / servis anda berbanding yang lain. Produk / servis anda selesaikan masalah apa? Produk / servis anda beri manfaat apa?

Pastikan ianya terfokus dan bukan pukul semua benda produk / servis anda boleh selesaikan. Semakin fokus USP anda, secara tidak langsung bisnes anda akan ada raving fans yang setia, fanatik & beli dari anda berulang kali.

Sekali dapat, berulang kali dia beli. Conversion pun semakin tinggi.

 

 

 

3. KEMPEN MARKETING

Setelah anda ada brand, ada USP, barulah anda WAJIB merangka apakah kempen marketing anda. Kalau bisnes anda berkaitan produk kuruskan badan, mungkin anda boleh buat kempen jaga kesihatan badan

Kempen akan menjadikan bisnes anda tidak kelihatan menjual. Sebaliknya ia menjadikan anda orang / bisnes yang terkenal dengan kempen-kempen yang positif.

2017, bukan lagi hardselling seperti dalam offline. Malah dalam online pun belum tentu anda dapat menjual.

Tak percaya? Cuba buat..

 

 

4. STRATEGI MARKETING

Bila bisnes anda dah ada kempen marketing, apa nak buat selepas itu? Sudah tentu anda kena ada strategi. Marketing anda perlu tersusun dan terarah. Bukan dah buat kempen lepas tu main blast kat semua platform marketing. Itu kerja-kerja bakar duit, kan MEMBAZIR..

Strategi mestilah ada aliran, atau bahasa jawanya, flow. Dengan kata lain, anda perlu ada SALES FUNNEL. Dengan sales funnel, anda tidak akan sunyi tanpa sales. Bisnes anda akan meriah dengan sales.

Anda boleh susun sales dari jualan produk yang paling murah, hingga produk yang paling premium. So, satu pelanggan yang beli, tidak berhenti disitu. Sales funnel akan sebabkan dia beli lagi produk lain yang lebih mahal & premium.

Nampak tak proses dia?

Jangan buat kalau anda tak nak pening kepala stok tak cukup. Nanti takut kena marah customer.. Kan susah.. Gurau je.

 

 

5. CONTENT

Content Marketing penting bila anda ada kempen marketing. Kempen tanpa content / isi ibarat tulang tanpa badan, kosong. Ia menjadikan kempen marketing anda sempurna dan lebih bermakna pada audience anda.

Bila sebut tentang content marketing, ianya lebih pada sharing info, knowledge, dan pelbagai maklumat yang bersifat santai dalam bentuk tulisan, video, gambar dan pelbagai lagi kreativiti supaya mesej content anda sampai pada audience.

Content marketing juga menjadi salah satu teknik menjual tanpa menjual. Teknik halus tanam brand anda pada orang ramai. Makin banyak anda share content marketing, makin naik brand dikalangan audience anda.

Conent pula mesti berkaitan dengan niche bisnes anda. Kalau anda share perkara yang mengarut, ia akan jatuhkan kredibiliti bisnes anda. Kalau anda share content yang berkualiti, pelanggan anda makin percaya dengan anda.
.
.
.
Bila anda buat 5 langkah ini, iaitu; BRAND, USP, KEMPEN & STRATEGI MARKETING & CONTENT, insyaAllah bisnes anda akan huru hara. Malah anda terpaksa tambah staf, bisnes anda terpaksa masuk ke fasa ‘Growth’ dan anda terpaksa pening kepala dengan isu stok tak cukup. Bersedialah untuk MEROKET!!

 

 

5. AGGRESIF & KONSISTEN (BONUS)

Ramai orang FAIL separuh jalan dalam Bisnes sebab dia tak kekalkan Momentum atau Konsisten dalam pemasaran. Bila marketing mula kuat, sales mula meroket. Tapi disebabkan dia dah rasa best sales naik, kebanyakkan usahawan buat silap dengan kurangkan kos marketing. Tapi apa yang berlaku lepas tu adalah sales dia makin kurang sebab marketing dan berkurangan. Bila dia upkan balik bajet kos marketing, dia tak dapat momentum sales seperti sebelum ni sebab ‘dah sejuk’

Sebab tu Marketing perlu aggresif dan konsisten supaya bisnes anda boleh jadi market leader. Anda akan menjadi trend setter, anda buat sesuatu, orang lain semua mengikut jejak langkah anda. Tapi anda tak perlu risau kalau ramai tiru. Anda ada strategi, tapi orang lain tiru tak faham strategi bisnes anda. So anda still menang dan terus ke depan dalam niche bisnes anda. 

 

 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !