Najib Asaddok
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
Najib Asaddok
No Result
View All Result
Home 5pointbisnes

5 Tabiat Yang Boleh Menjadi Magnet Kekayaan & Kejayaan

Raihana Rahman by Raihana Rahman
September 3, 2021
in 5pointbisnes, Roket Content
0 0
0
Tabiat Yang Boleh Menjadi Magnet Kekayaan Dan Kejayaan
Share on FacebookShare on Twitter

Pandemik Covid-19 ternyata memberi impak kepada usahawan dan peniaga yang dah lama berniaga, boleh dikatakan hampir 80% bisnes terjejas tak kira dalam industri makanan, pelancongan, kesihatan, kecantikan, servis dan sebagainya. 

Ramai peniaga sedih dan tertekan apabila bisnes yang menjadi sumber pendapatan selama ni, terpaksa ditutup buat sementara waktu dan duit simpanan juga semakin berkurang. Macam mana nak survive?

Sebab tu penting untuk kita bertindak dari sekarang. Ada 5 point penting yang kami nak share tentang tabiat atau habit yang jadikan diri kita magnet kekayaan dan kejayaan pada apa yang kita nak capai. Korang ready ke ready ni?

  1. Tetapkan Matlamat Nak Capai

Perkara paling penting untuk usahawan capai kejayaan adalah tetapkan matlamat yang jelas. 

Tanpa arah tuju dan matlamat yang jelas, korang ibarat berjalan dan stuck pada level yang sama. Tak boleh nak berkembang dan pergi lebih jauh.  

  1.  Berdisiplin

Orang yang berjaya adalah orang yang ada disiplin diri yang tinggi, kita boleh tahu tahap disiplin diri dengan cuba duduk berseorangan. 

Adakah korang duduk baca buku, buat sesuatu yang beri manfaat pada masa depan atau main phone dan baring tengok video kucing di youtube?

Disiplin diri ni akan ada dalam diri orang yang ada matlamat hidup yang jelas. Dia akan utamakan apa yang lebih penting berbanding habiskan masa sia-sia. 

Korang okay ke okay setakat ni?

  1. Upgrade Ilmu

Lebih banyak ilmu yang kita ada, lebih kuat magnet untuk kita menarik kekayaan dan kejayaan. 

Kita tak boleh nak cakap kita dah berjaya kalau asyik 24jam mengeluh, tak ada usaha nak berjaya dan berputus asa untuk naikkan diri sendiri.

Korang kena sentiasa berfikiran terbuka untuk belajar benda baru sebab nak pergi lebih jauh kita perlukan ilmu, guru yang boleh bimbing.   

  1. Menepati Masa

Kunci utama untuk sentiasa dimurahkan rezeki adalah hargai masa yang kita ada, sebab biasanya orang yang tak berjaya adalah orang yang selalu buat perkata yang sia-sia.

Sebab tu penting untuk kita susun masa dengan baik, dahulukan kerja yang perlu disegerakan dan tinggalkan tugas yang tak penting untuk diselesaikan kemudian. 

  1. Berani Mengambil Risiko

Kita biasa dengar “high risk, high return” kan.. Tapi sayangnya ramai usahawan nak capai kejayaan yang tinggi melangit tetapi takut nak ambil risiko.

Biasanya orang tak berani nak ambil apa-apa risiko sebab takut pada kegagalan. Sebenarnya, tanpa kita sedar kegagalan paling besar dalam hidup adalah tak cuba sesuatu yang baru. 

Ingat ya, nak capai apa yang kita tak pernah dapat, kita kena buat apa yang kita tak pernah buat.

Setiap orang yang nak berjaya pasti akan melalui fasa kegagalan dalam hidup. Ada yang hilang segala-galanya, ramai juga yang berhenti tetapi orang yang berjaya tak akan pernah give up!

Nak ke nak kami beri lebih lagi? Apa kata buat tindakan sekarang dengan daftar kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) Strategi FB Ads Capai RM10,000 Pertama Relive yang bakal berlangsung pada 4 & 5 September 2021. Boleh daftar di —> www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments
Raihana Rahman

Raihana Rahman

Next Post
Dah bertahun berniaga tapi masih tak dapat .........

Dah Bertahun Berniaga, Tapi Masih Tak Dapat ___

Recommended For You

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

June 14, 2022
Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

June 8, 2022
Impian Vellfire bukan angan angan kosong

WOW!! IMPIAN KERETA VELLFIRE 2023, DAH CAPAI TAHUN NI?!

May 24, 2022
Lebih 15 Tahun Buat Bisnes, Sales Tak Bertambah, Hutang yang bertambah

“Saya duduk dekat belakang, nampak Tuan Najib kecil jer kat depan”….

March 29, 2022
Facebook Twitter Instagram

Tentang Kami

Saya seorang usahawan internet sepenuh masa & trainer kepada ribuan usahawan. Saya memulakan perniagaan internet ni sejak tahun 2009 hingga kini. Dapatkan Tips, Motivasi & Inspirasi dari Blog saya ini. Dinukilkan khas untuk anda!

Kategori

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In