Pernah terfikir, kenapa kena keluarkan duit untuk buat marketing? Tak boleh ke buat marketing secara PERCUMA jer?
Saya selalu dengar keluhan, peniaga takut nak keluarkan duit untuk buat marketing. Sedangkan marketing adalah jantung dalam bisnes. Kalau tak ada marketing, alamatnya ‘MATI’lah sesebuah bisnes tu…
Bila buat marketing cara lama, kos memang tinggi. Tak tahu ada hasil ke tak.. Tapi secara online lagi mudah, cepat dan murah untuk kita sampai pada customer.
Dan bila guna Facebook sebagai platform/kedai online, kita kena tahu cara marketing guna Facebook. Facebook dah sediakan satu kemudahan yang sangat mudah dan berguna untuk peniaga iaitu Facebook Ads.
Meh saya share apa sebenarnya Facebook Ads ni! Baca sampai habis tau…

1. Banyak jenis
Facebook Ads ni, ada orang nak guna jalan mudah. Apa yang dia nampak, terus tekan Boost post. Dan itu adalah cara yang salah.. Sebab tak boleh buat pelanggan nampak, kenal, suka, percaya.
FB Ads ada banyak, saya akan terangkan di next point. Baca sampai habis tau!

2. Ada do and donts
Facebook ni orang punya. Nak guna mesti ada syarat. Faceook sangat menjaga kualiti dan kepuasan pelanggan. Facebook sediakan platform untuk kita sentiasa berhubung tak kira di mana-mana pun.
Sama macam kita masuk rumah orang, kita perlu minta izin. Tak boleh nak ceroboh terus duduk dekat meja makan.. Mesti tuan rumah marah kan?
Kita kena tahu Facebook Policy yang dibenarkan dan tidak dibenarkan. Boleh baca di sini -> https://www.facebook.com/policies/ads/
3. Ada method untuk buat
Lain button, lain functionnya untuk buat Facebook Ads ni. Tolong jangan main tekan, takut melebur duit..
Nak tarik lebih ramai followers, kena buat like marketing.. Buat pelanggan datang dekat masuk dalam Facebook Page kita.
Nak buat pelanggan nampak berkali-kali, kena buat brand awareness.. Ni ibarat Billboard online.. Lebih murah tapi hanya kepada yang lebih dari 3,000 followers.
Nak buat sales, kena buat campaign sales.. Terus share link kepada pelanggan.. Tukar followers kepada pelanggan..

4. Mudah untuk reach customer
Facebook Ads ni sangat mudah untuk reach kepada customer sebab kita dah pilih mereka guna Facebook Ads. Kita dah tapis dulu siapa yang jadi follower kita.
Mudah untuk tukar mereka kepada pelanggan. Buat mereka nampak berkali-kali dan dapat yakinkan mereka.

5. Buat sales secara online jer
Boleh naikkan sales secara online. Tak perlu berjumpa sebab kita dah bina trust diorang. Boleh buat sales sebab follower ramai.. Kena tarik follower yang betul guna Facebook Ads.
Pastikan diorang stay dengan kita, share content dan mudah untuk tukar mereka jadi pelanggan.
Saya harap korang faham concept ni..
Nak dapatkan lebih details, kami ada readykan 7 Video secara details untuk start mulakan Marketing secara online di Facebook
Dapatkan secara PERCUMA di www.NakTarikPelanggan.com/fb-ads
Harap dapat bantu anda semua