fbpx
blog najib asaddok

5 Sebab Utama Kenapa Ejen Produk Selalu Gagal

5 Sebab Utama Kenapa Ejen Produk Selalu Gagal

Siapa dekat sini Ejen / Stokis atau Dropship produk? Bisnes anda buat masa ni macam mana? Bagi yang baru nak berjinak – jinak untuk buat bisnes mesti pening kepala nak fikir kan. Pening nak fikir produk ni sesuai tak produk tu boleh laku tak. 

Anda tak perlu risau tentang produk pon sebenarnya. Kalau kena dengan strategi yang kita guna, tak kisah lah jual produk apa pon mesti pelanggan nak beli. Tapi, masalah yang berlaku dalam kalangan Ejen produk ni, terlalu bergantung dekat HQ dalam semua benda. 

Kalau nak tahu HQ ni fokus untuk supply barang dan bahan marketing, selebihnya anda yang kena usaha sendiri tau. Nak tahu apa sebab utama Ejen produk selalu gagal dalam bisnes? Meh baca sampai habis!

5 Sebab Utama Kenapa Ejen Produk Selalu Gagal

1. Tak Tahu Objektif

Bila anda buat bisnes, anda perlu tahu apa matlamat yang anda nak capai. Kenapa nak berniaga. Paling penting kena tahu big why. Big why ni penting untuk kita tahu tindakan yang kita buat ni untuk apa dah untuk siapa. 

Setiap yang kita lakukan mesti ada sebab bukan hanya sekadar suka suka sahaja. 

5 Sebab Utama Kenapa Ejen Produk Selalu Gagal

2. Hilang Fokus 

Lari fokus atau hilang fokus ni selalu sangat berlaku dalam kalangan Ejen atau Dropship. Mereka suka sangat tengok result orang lain dan mudah terpengaruh. Tengok orang lain berjaya jual baju, mula nak jual baju. Tengok orang lain jual makanan dia pun nak jual benda yang sama jugak. 

Untuk permulaan ni, anda perlu belajar sabar, fokus dan konsisten. Buat sesuatu tu biar sampai habis dan sampai jadi. 

5 Sebab Utama Kenapa Ejen Produk Selalu Gagal

3.  Tak Ada Ilmu

Ilmu marketing dan sales ni sentiasa berubah. Sentiasa upgrade ilmu dan pergi belajar. Nak jadi doktor kena belajar nak jadi cikgu pon kena belajar jugak kan. Jadi nak jadi seorang peniaga yang berjaya, anda perlu lah belajar untuk elak berlaku kerugian dan ketinggalan zaman. 

Tak kan lah nak tengok pesaing maju ke hadapan dan bisnes anda tetap pada tahap yang sama jer. 

4. Banyak Alasan 

Bila produk tak terjual dan tak laku, mula salahkan pelanggan dan produk tu sendiri. Cakap produk ni orang tak suka lah, produk ni tak pergi jauh la. Banyak lagi alasan yang anda selalu bagi. 

Orang tak beli dengan anda, sebab anda tak tonjol kan diri. Tak bagi orang nampak dan kenal bisnes anda. Orang membeli sebab tertarik dengan emosi bukan hanyak FAKTA. Cara marketing yang belum tentu betul atau salah. Jadi, tak semestinya salahkan produk. 

Stop untuk bagi alasan yang terlalu banyak dan menyebabkan anda tak buat apa-apa tindakan pun. 

5. Tak Kenal Pelanggan

Kebanyakan Ejen tak kenal siapa pelanggan yang betul. Bukan semua orang yang ada di Malaysia ni pelanggan anda tau. Fokus untuk kenal siapa pelanggan anda. 

Kalau dah kenal baru lah senang nak buat content yang sesuai untuk tarik minat mereka. Boleh ke boleh ni? 

Saya harap anda baca dan faham point ni satu persatu. Elakkan untuk buat silap yang sama berulang kali. Anda nak lagi info yang menarik untuk bantu dari segi tips dan ilmu untuk bisnes anda? Jom klik www.TelegramNajib.com.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !