fbpx
blog najib asaddok

5 Punca Usahawan Ketinggalan Dan Gagal Capai Impian Dalam Bisnes

usahawan bisnes

Dalam bisnes kenapa ramai sangat usahawan yang ketinggalan walaupun produk dia bagus dan hebat? Kebanyakan orang buat silap bila mereka rasa pelanggan akan suka bila produk dia bagus, hebat dan banyak testimoni. Memang silap!

Cara yang betul untuk buat pelanggan suka dan jatuh cinta adalah jangan ada jurang dan jarak yang besar dengan pelanggan. Belajar tentang karakter pelanggan dan macam mana nak buat pelanggan ni rebut produk kita dengan menggunakan strategi yang betul. Baru lah anda boleh pecut laju, bukan tersungkur dan tertinggal di belakang pesaing. Faham ker faham ni?

Sampai bila usahawan nak terus berada dalam golongan yang ketinggalan, jauh kebelakang dan paling teruk bila jualan bisnes jatuh menjunam, tak capai target.. Kalau perhatikan betul-betul ada ke usahawan yang sanggup untuk hidup dia terus dalam keadaan yang stress, dalam keadaan yang tertekan hidupnya.

Usahawan berjaya akan teruskan usaha dan perjuangan supaya mereka dapat capai impian. Korang nak ke nak capai impian dan berjaya dalam bisnes? Jangan jadi seperti hangat-hangat tahi ayam, tak bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.

Jadi jangan terus terperangkap dalam bisnes sendiri sebab sampai bila bila pun anda takkan berjaya dan merdeka. Ini sangat penting untuk anda yang buat bisnes, anda WAJIB baca kalau anda nak tahu titik-titik kelemahan yang menyebabkan kenapa anda tertinggal ke belakang.

Boleh ker boleh?

Bilangan Follower Terlalu Sikit

The first rule dalam facebook marketing adalah tarik pelanggan ibarat tarik mereka masuk dalam kolam kita, daripada laut sungai besar masukkan dalam kolam kita sendiri sebab lebih senang lah kita nak yakinkan dia bila dia dah duduk dalam kolam kita. Kalau tidak dia bukan duduk dalam kolam, dia duduk dalam lautan luas lebih kurang ada dalam 2.4  juta pengguna facebook di Malaysia. Faham ker faham ni?

Kebanyakkan usahawan ketinggalan ke belakang bila mereka takde follower dan bilangan fans terlampau cinonet. Isu paling kritikal sekali adalah pelanggan tak kenal dan tahu pun kewujudan brand, produk dan perkhidmatan yang diusahakan.

Tarik fans ni sangat penting dan bila ini tak dibuat, tak dilakukan, sampai bila bila pun, anda akan duduk di belakang. Sampai bila-bila pun anda punya sales akan drop dan sampai bila-bila pun stok anda tak akan habis. Adakah anda sanggup nak biarkan macam tu je?

Tak Kenal Pelanggan

Dalam business paling penting adalah usahawan kena tahu siapa sebenarnya pelanggan. Kalau tidak sampai bila-bila pun usahawan akan buat silap.. Memang semua orang buat silap tapi kalau selalu sangat buat kesilapan yang sama tu namanya tak berapa cerdik.

Ada segelintir usahawan yang tak tahu siapa pelanggan, dia anggap semua orang adalah pelanggan dia. Ini lah ciri-ciri perniagaan yang nak meninggal, tutup, lingkup. Ini lah ciri-ciri perniagaan yang dia sanggup untuk hidup terus berhutang.

Anda kena ingat, pelanggan takkan suka jenama bisnes anda bila anda sendiri tak kenal siapa target pelanggan ni dan tak ada benda yang anda boleh bantu.

Salah Copywriting

Copywrting ni bukan kita lahir lahir je terus dah ada bakat, dah ada talent. Dia adalah satu benda yang boleh di develop dan usahawan perlu asah baru lah boleh buat ayat copywriting yang power dan beremosi.

Ramai isu terbesar usahawan adalah sangat lemah dalam menulis copywriting. Menyebabkan nampak produk ni bagus dan terbaik tapi kenapa tak boleh nak jual, tak boleh nak buat sale dan tak boleh nak meyakinkan pelanggan disebabkan dia punya copywriting sangat lemah.

Mindset

Punca ramai usahawan ketinggalan adalah ada mindset yang lemah, Selalu sangat rasa tak boleh, tak yakin dan cepat rasa nak give up. Yang lebih parah lagi, bisnes tu sedang dibiarkan ‘terkubur’ dengan sendiri.

Nak meroket dalam bisnes, usahawan mesti ada mentaliti nak berjaya Sentiasa upgrade cara kita berfikir sebab sampai bila usahawan nak kekal kolot dan tak maju?

Tidak Ada Ilmu

Usahawan berjaya akan bawa bisnes dia ke satu level yang baru dan mereka ni bersungguh-sungguh nak belajak banyak benda. Kita tahu dengan cari ilmu kita boleh capai banyak benda, tapi kalau kemahuan pun takde, niat pun takde. So, macam mana kita nak capai banyak perkara?

Tanpa sedar ramai usahawan ketinggalan dan terkebelakang dalam hidup. Benda paling penting adalah usahawan perlu kejar untuk cari ilmu, cari guru dan cari persekitaran yang mampu memberi kita semangat keyakinan untuk meroketkan bisnes.

Ini sebab pentingnya ilmu sebab kalau kita adjust, kita twist dia sikit. Kita akan ke depan, sikit demi sikit kita akan potong pesaing kita. Faham ker faham ni?

Sampai bila usahawan nak ketinggalan dalam pasaran, pesaing dan hidup berhutang keliling pinggang. Ambil peluang untuk datang belajar dan ubah hidup anda dariapada terus hidup biasa-biasa je.

Ramai dah usahawan yang saya bantu hanya dari kelas RPM je, tapi mampu buat sales berpuluh ribu.  Nak ke nak saya bantu untuk capai jualan dari sebelum ni empat angka kepada lima angka pertama?

Apa kata luangkan masa untuk upgrade ilmu dalam Kelas Roket Pemasaran Momentum. Daftar di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !