Najib Asaddok
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami
No Result
View All Result
Najib Asaddok
No Result
View All Result
Home #roketcontent

5 Pembunuh Utama Dalam Bisnes! Jika Tak Dibendung, Bisnes Meninggal Beb!

Suhadah Razak by Suhadah Razak
September 4, 2020
in #roketcontent, 5pointbisnes
0 0
0
Pembunuh
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa dekat sini dah buat bisnes lebih dari 10 tahun tapi perniagaan masih di tahap yang statik? Tak berkembang dan tidak ada peningkatan pun dari semasa ke semasa. Bahaya kalau terus dibiarkan macam ni sebab bisnes yang diusahakan boleh terus lingkup. 

Sedangkan bisnes yang lama bertapak dan berilmu pun boleh kecundang di tengah jalan, inikan pula bisnes yang baru nak naik dan masih tiada ilmu.

Ramai yang tidak sedar sebenarnya pembunuh utama kepada bisnes bukan orang lain, bukan pesaing dan bukan juga jiran tetangga tapi pembunuh utama kepada bisnes adalah founder tu sendiri. Masalahnya usahawan sendiri yang tubuhkan bisnes ni dan mereka sendiri yang bunuh bisnes tu.

Dalam bisnes, manusia mana yang tak buat silap tapi kalau asyik melakukan kesilapan yang sama, tu namanya tak berapa nak cerdik.

Jadi sebelum anda menjadi pembunuh utama dalam bisnes anda sendiri, adalah bagus kalau anda baca dulu “5 Pembunuh Utama Dalam Bisnes! Jika tak dibendung, bisnes meninggal beb!” yang kami nak kongsikan ni.

Okay ke okay?


1.Sikap Bodoh Sombong

Pembunuh utama nombor satu kebanyakan founder atau kebanyakan orang yang berniaga ni adalah mereka ni berada di tahap bodoh sombong.

Kebanyakan usahawan bodoh sombong tak mahu pergi belajar, dan kebodoh sombongan ini yang menyebabkan bisnes bungkus dan meninggal awal sebab tak kira berapa sepatutnya margin keuntungan.

Orang yang berjaya tak boleh ada perangai yang macam ni. Mereka perlu rendahkan ego, benamkan kesombongan dan ready untuk terus belajar. Usahawan perlu ada mentaliti untuk belajar dan belajar.

2.Tiada Ilmu

Salah satu pembunuh utama bisnes adalah tiada ilmu sebab tanpa ilmu kita tak ada kemahiran dalam bisnes, pemasaran, training dan skill yang kita boleh develop. Semua kemahiran ni boleh ditingkatkan dengan syarat ada ilmu.

Macam mana bisnes owner nak kurangkan isu langgar dinding kalau ada sifat sombong dan taknak pergi belajar.

3.Tiada Guru

Dalam bisnes perlukan bimbingan yang jelas sebab anda nak ke bisnes anda terus langgar dinding dan lingkup? Tidak ada benda yang kita boleh pandai sendiri.

Orang yang berjaya mesti ada guru yang bantu dan membimbing sebab kadang-kadang terlampau banyak ilmu menyebabkan kepala otak kita full sehingga keliru yang mana satu nak mula ni. Mana satu ilmu yang berkesan.

Punca utama bisnes meninggal adalah usahawan tiada ilmu sebab tu penting kita kena ada guru atau coach yang berpengalaman untuk lebih cepat kita nak buat sesuatu perkara.

4.Rasa Diri Hebat

Bila rasa diri terlalu hebat, pandai dan ada ilmu yang banyak. Itu pun adalah pembunuh utama dalam bisnes.

Usahawan yang berjaya tidak akan rasa diri dia hebat sebab dia sentiasa ingat hidup ni kita takkan sentiasa berada di atas. Jadi, ingat balik asal usul di mana kita bermula.

5.Strategi dan Ilmu Tak Update

Kebanyakkan usahawan di luar sana tak update ilmu dan strategi yang sedia ada. Tanpa sedar, benda yang kita buat tahun lepas belum tentu boleh dapat hasil yang sama kalau kita buat tahun ni.

Tak kisah ada ilmu banyak macam mana tapi sangat penting untuk anda update ilmu yang sedia ada. Usahawan kena ubah sikit strategi tu contohnya strategi fb live, content, database dan sebagainya.

Rumusannya, cuba cari jalan penyelesaian untuk hapuskan pembunuh utama dalam binses. Saya percaya semua usahawan mesti taknak bisnes yang diusahakan terus bungkus dan lingkup. Bertindaklah dari sekarang untuk selamatkan bisnes anda. 

Ramai dah usahawan yang saya bantu hanya dari kelas RPM je, tapi mampu buat sales berpuluh ribu.  Nak ke nak saya bantu untuk capai jualan dari sebelum ni empat angka kepada lima angka pertama?

Apa kata luangkan masa untuk upgrade ilmu dalam Kelas Roket Pemasaran Momentum Edisi Khas Ejen. Terus daftar di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments
Suhadah Razak

Suhadah Razak

Next Post
usahawan bisnes

5 Punca Usahawan Ketinggalan Dan Gagal Capai Impian Dalam Bisnes

Recommended For You

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

Raih RM30 Sehari, Bisnes Satay Celop dan Roti Canai Terus “Bungkus”

June 14, 2022
Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

Mana nak letak muka, bila bisnes anda terpaksa tutup?

June 8, 2022
Impian Vellfire bukan angan angan kosong

WOW!! IMPIAN KERETA VELLFIRE 2023, DAH CAPAI TAHUN NI?!

May 24, 2022
Lebih 15 Tahun Buat Bisnes, Sales Tak Bertambah, Hutang yang bertambah

“Saya duduk dekat belakang, nampak Tuan Najib kecil jer kat depan”….

March 29, 2022
Facebook Twitter Instagram

Tentang Kami

Saya seorang usahawan internet sepenuh masa & trainer kepada ribuan usahawan. Saya memulakan perniagaan internet ni sejak tahun 2009 hingga kini. Dapatkan Tips, Motivasi & Inspirasi dari Blog saya ini. Dinukilkan khas untuk anda!

Kategori

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

No Result
View All Result
  • Utama
  • Kisah Inspirasi
  • Hubungi
  • Tentang Kami

MOMENTUM INTERNET (1079998-A) © 2021 ALL RIGHTS RESERVED​

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In