fbpx
blog najib asaddok

3 Perkara Usahawan Ketinggalan Dalam Pasaran dan Menyebabkan Kecelakaan Pada Bisnes.

pasaran bisnes

Ramai sebenarnya usahawan yang tak sedar bisnes mereka sedang sakit, tenat dan bertambah teruk bila usahawan tak tahu yang mereka dah jauh tertinggal dalam pasaran dan pesaing.


Berniaga dah lama tapi masih kekal pada level yang sama dan tak nampak peningkatan pun dalam bisnes. Tanpa sedar founder dah tepu macam mana nak majukan bisnes sendiri.


Ada kenal orang yang macam ni? Duit dah banyak lebur tapi bisnes masih STUCK pada level yang sama.


Punca founder bisnes tertinggal jauh di belakang sebab kealpaan dan terlalu leka dalam zon yang selesa. Bertambah parah bila usahawan tidak ada ilmu dan guru yang boleh bimbing sebab bila takde ilmu menyebabkan mentol kita tidak akan menyala, terbakar dan gelap terus bisnes. Amacam? Setuju ker setuju?


Sampai bila usahawan nak STUCK di tempat yang sama? Dalam bisnes pasti berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran. Lebih teruk lagi bisnes yang diusahakan akan mudah tumbang dan tertinggal dalam pasaran bila usahawan terus buat 3 kesilapan ini:

Punca utama terkuburnya bisnes bila tak berniaga secara online. Apa maksud online dekat sini? Bisnes yang diusahakan wajib sekurang-kurangnya ada di satu platform sosial media.
Benda utama ni kalau usahawan pandang sebelah mata memang meninggal lah bisnes tu.

.
Apa yang best kalau usahawan online kan bisnes mereka? Pelanggan akan nampak dan di saat mereka ada masalah yang di fokuskan tu, masa tu orang akan teringat pada brand yang dia pernah nampak dekat facebook. Boleh faham ke faham? Itu maksud online kan bisnes.


Usahawan perlu melengkapkan diri dan meningkatkan pengetahuan agar sentiasa bersedia
untuk seiring dengan perubahan semasa. Jangan jadi seperti katak di bawah tempurung. Jauh ketinggalan dalam bisnes.

Tak ramai usahawan faham betapa pentingnya brand untuk orang kenal dan tahu. Macam mana nak terus bertahan berpuluh tahun lamanya kalau brand pun takde? Jangan sampai anda hilang pasaran dan menyebabkan pelanggan anda pergi pada pesaing dan tinggalkan anda jauh jauh.


Usahawan berjaya akan berusaha keras untuk kuatkan imej mereka dalam sosial media, sebab tanpa sedar usahawan sedang bercerita tentang branding dan branding yang kuat, dia ada imej yang sangat kuat. Ini akan buatkan bisnes anda jadi lebih kuat dan bertahan lama dalam pasaran.

Marketing adalah tunjang kepada sesebuah bisnes untuk pastikan bisnes boleh terus
berkembang maju tapi ramai usahawan yang tidak ada kempen pemasaran.

Kebanyakan usahawan ingat bila buat iklan boleh tarik ramai pelanggan dan naikkan sales.
Itu bahaya untuk usahawan! Jangan buat iklan kerana pelanggan akan bosan dan lari tinggalkan kita jauh jauh.


Lebih bagus kalau anda buat kempen. Apa maksud kempen di sini adalah brand promise yang kita beri kepada pelanggan, senang cerita macam akur janji, janji brand kita. Kempen jualan ni wajib dilaksanakan sebab ini yang akan tarik perhatian untuk beli dengan kita.


Anda dapat sesuatu?


Okay anda nak lagi ilmu? Tak mahal pun, free jer ni.


Pergi ke website –> 50kusahawan.com dekat sini banyak video FORMULA yang saya nak
bagi secara PERCUMA!

Grab sekarang!!

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !