fbpx
blog najib asaddok

7 Jenis CONTENT Untuk Bisnes KECANTIKAN Supaya Pelanggan Lebih Teruja!

Content

Kebanyakkan peniaga mungkin dah ada produk kecantikan atau perkhidmatan yang bagus tetapi berapa ramai pelanggan yang dah beli produk dia? Produk hebat macam mana pun tetapi jika tak ramai yang datang dan membeli dengan kita memang bisnes tu tak akan kekal lama, memang “nyawa-nyawa ikan” dan tinggal nak meninggal terus.

Jika anda sebagai seorang ejen dan stokis kecantikan nak orang kenal bisnes anda, anda kena cari atau guna STRATEGI marketing yang luar biasa. Baru lah bisnes tak STUCK pada level yang biasa-biasa.

Punca utama ejen dan stokis gagal dalam bisnes kecantikan adalah mereka tak tahu apa yang mereka tak tahu, semua benda bergantung dengan HQ semata-mata. Anda tak fikir ke yang selama ni walaupun anda cuma ejen dan stokis sebenarnya anda adalah owner untuk bisnes anda sendiri.

Ada kenal bisnes owner yang macam ni? Sampai bila ejen dan stokis nak gunakan cara lama dan 80-an? Marketing bukan setakat kempen di surat khabar, radio dan tv tetapi marketing ni luas dan anda boleh tarik lebih ramai pelanggan secara online dengan “content marketing” yang power.

Kalau ejen dan stokis kecantikan masih lagi blur-blur katak tak tahu nak buat content apa? Anda WAJIB teruskan baca untuk dapatkan idea 7 jenis content yang anda boleh post kalau anda dalam bisnes KECANTIKAN supaya pelanggan teruja!

Okay ke okay?

1.Konsisten Buat Video Live

Kebanyakan ejen dan stokis nak naikkan sales tapi masih lagi ego dan malas untuk konsisten buat LIVE di FB page. Jangan dengar kata “BIAWAK” yang selalu halang anda daripada lakukan sesuatu sebab malas dan ego takkan bawa apa-apa keuntungan tapi bawa kerugian.

Macam mana nak buat video live yang bagus adalah kita senaraikan dulu apa masalah kritikal pelanggan dalam bidang kecantikan. Contohnya wanita mengalami masalah muka berjerawat, gemuk, rambut gugur, bau badan dan sebagainya.

Ejen dan stokis boleh buat live untuk tunjukkan apa yang kita boleh bantu, apa yang akan jadi sekiranya pelanggan ni tak dibantu dan apa akibatnya bila mereka terus berdiam diri. Faham ke faham ni?

2.Share Tips Kecantikan Dalam Bentuk Infografik

Punca utama pelanggan bosan dan cabut lari daripada bisnes anda adalah kebanyakan ejen dan stokis share tips membuta tuli tanpa selitkan gambar info yang menarik. Tak penat ke buat bisnes berpuluh tahun tapi content masih bosan dan hambar? Lebih mudah nak buat orang tertarik bila ada infografik yang menarik.

Ejen dan stokis akan berjaya dalam bisnes bila mereka berusaha untuk tidak berada pada level yang biasa-biasa. Pelanggan akan tertarik dan suka bila kita banyak share tips yang memberi manfaat dan dapat menyelesaikan masalah mereka. Lagi best bila content tu menarik dengan adanya infografik.

3.Share Kepakaran Dalam Bidang Kecantikan

Produk dan perkhidmatan dah hebat tetapi ejen dan stokis ni masih malu-malu nak tonjolkan diri. Kalau dibiarkan memang bisnes bakal ketingalan jauh dalam pasaran dan pesaing.

Buang sifat malu tu dan tonjolkan diri, tunjukkan apa kepakaran anda dalam bidang kecantikan ni, apa manfaat yang anda boleh beri dan apa yang anda boleh bantu. Paling penting kita kena sentuh emosi pelanggan. Jadi bila satu hari nanti pelanggan ditimpa masalah, mereka akan terus ingat kita.

Pelanggan akan cari dan kejar anda sampai tak cukup tanah nak lari beb! Sebab tu penting untuk terangkan kenapa produk anda ni berkesan dan boleh bantu ramai orang.

4.Beri Penerangan Yang Jelas Dan Betul

Sekiranya ejen dan stokis nak terus meroket dalam bisnes, anda kena sentiasa ingat bila kita beri lebih, kita akan dapat lebih. Tak rugi pun kalau anda berusaha untuk bantu pelanggan dengan beri penerangan sebab setiap pelanggan anda ni tak sama, semua orang ada masalah yang berbeza jadi step penggunaan produk juga akan berbeza. Faham ke faham ni?

Jadi, beri lah penerangan mengenai kecantikan tu lebih jelas, mendalam dan apa step tambahan yang pelanggan perlu ikut untuk dapat result yang terbaik. Baru lah pelanggan suka dan percaya pada kita.

5.Buat Sesi Q&A Mengenai Kecantikan

Ramai ejen dan stokis buat silap dalam bisnes bila mereka hanya menjual dan buat layan tak layan je bila pelanggan tanya soalan. Ini lah salah satu punca bisnes meninggal bila ada sikap bodoh sombong dalam diri ejen dan stokis.

Ejen dan stokis boleh jer buat sesi Q&A yang santai-santai supaya mereka dapat tarik lebih ramai fans yang kemudian berpotensi untuk menjadi pelanggan. Q&A ni tak semestinya mengenai produk anda sahaja tetapi cuba untuk pergi lebih jauh dengan menjawab apa apa sahaja soalan berkaitan kecantikan.

6.Buat Talkshow Mengenai Kecantikan

Anda kena sentiasa ingat manusia ni ada dua sifat iaitu mudah lupa dan cepat bosan, jadi anda kena fikir cara macam mana kita nak beri kelainan supaya content marketing tu tak hambar dan membosankan.

Nak berjaya dalam bisnes perlu sentiasa bersedia untuk buat benda yang baru, jadikan bisnes kita ni lain daripada yang lain dengan buat talkshow. Contohnya, anda boleh jemput orang luar untuk sama-sama join sesi live anda dan buat sesi sharing untuk beri manfaat pada orang lain.

7.Share Result Orang Yang Dah Berjaya

Content marketing akan jadi lebih power dan bermakna bila anda bakar semangat follower dengan tunjuk result orang yang berjaya selepas menggunakan produk kecantikan anda. Dari situ kita boleh tarik ramai fans dan buat orang lebih percaya.

Tanpa sedar ada orang yang kecam bila kita susah, ada juga yang kecam bila kita senang. Alang-alang kena kecam tu apakata kita bagi paling senang dan terus pecut laju ke depan. Jangan takut dengan apa yang orang lain kata sebab anda yang nak berjaya. Jadi, kita tutup mulut haters ni dengan tunjuk result dan testimoni pelanggan yang dah berjaya. Faham ker faham ni?

Sampai bila nak STUCK pada sales bawah RM10,000? Kalau anda salah seorang ejen dan stokis apakata beri peluang dan ruang untuk anda belajar tarik lebih ramai pelanggan dan naikkan anda punya sale.

Saya nak spend masa dengan anda satu hari dalam sesi Roket Pemasaran Momentum Edisi Khas Ejen. Nak ke nak saya ajar anda bina 3,000-5,000 fans atau follower yang bakal menjadi pelanggan anda dan nak ke nak saya ajar COPYWRITING yang power?

Apa salahnya spend satu hari untuk betulkan kesilapan yang anda dah buat selama bertahun-tahun. Boleh terus daftar kelas secara online di www.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !