fbpx
blog najib asaddok

5 PUNCA EJEN SUSAH NAK PECAHKAN SALES RM10,000 SEBULAN

5 Punca Ejen Susah Nak Pecahkan Sales RM10000 Sebulan

Realiti ramai Ejen, Stokis atau Dropship tak kisah la sama ada dah bertahun atau baru berniaga, susah nak pecahkan sales 5 angka atau tak lebih dari RM10,000 sebulan.

Bila sales rendah, tak capai target.. Haaa, mula la rasa give up dan nak tukar bisnes lain. Bahaya sebenarnya kalau korang ada mindset macam ni.. Jangan terus give up tapi kaji balik mana yang salah dah cuba perbaiki 10 kali ganda lebih baik.

Check balik apa yang menyebabkan korang susah nak pecahkan sales RM10,000 sebulan. Jom teruskan baca apa lagi perkara asas yang korang belum buat atau masih belum improve. Pastikan korang baca sampai habis tau.

PUNCA EJEN SUSAH NAK PECAHKAN SALES RM10,000 SEBULAN

1) 24 JAM IKLAN

Dah berbuih dah mulut ni cerita pasal marketing.. Rata-ratanya suka marketing tapi tak berhenti iklan atau promosi. Sampai pecah telinga pelanggan dengar Ejen ni promote, promote dan promote.

Marketing ni korang kena bagi pelanggan nampak, kenal, suka dan percaya dulu.. Macam mana orang nak beli kalau kenal pun tidak.

Bukan tu je, marketing ni adalah proses nak bagitahu orang brand kita ni wujud untuk selesaikan masalah mereka. Bukan iklan 24 jam. Faham ke faham ni?

PUNCA EJEN SUSAH NAK PECAHKAN SALES RM10,000 SEBULAN

2) COPYWRITING TAK POWER

Masalah utama Ejen, Stokis atau Dropship ni tak tahu nak pujuk pelanggan beli dengan ayat power dan memukau. Senang citer mulut tak manis.

Macam mana orang nak tertarik dengan produk kalau copywriting tu ke laut, tak ada emosi langsung. Korang mungkin boleh sentuh emosi pelanggan dengan tanya apa masalah pelanggan dan terangkan apa kesan bila mereka tak selesaikan masalah tu.

Kemudian, baru la cerita apa solusi yang korang boleh bagi.. Tapi kena ingat, copywriting jangan terlalu overhype dan tidak menipu sebab orang boleh tahu bila saat kita menipu.

PUNCA EJEN SUSAH NAK PECAHKAN SALES RM10,000 SEBULAN

3) TAK TARIK FANS

Berniaga online tahun 2021 ni tak sama dengan 5 atau 10 tahun lepas. Dulu orang datang singgah beli di kedai tapi sekarang semua dah di hujung jari, orang order makanan pun online dah sekarang.

First rule dalam Facebook marketing adalah korang kena tarik fans daripada lautan besar masuk ke dalam kolam sendiri.

Bila fans dah masuk dalam kolam korang maka lebih senang untuk nak yakinkan bakal pelanggan ni nanti. Potensi untuk follower di Facebook page membeli produk atau servis korang juga akan tinggi.

4) MALAS BUAT CONTENT

Satu lagi masalah ramai Ejen atau Stokis ni selalu tunggu Founder atau HQ yang suap. Tak nak buat content atau sharing di Facebook Page sendiri.

Kalau korang nak tahu, content ni ibarat isi selepas kita ada kulit (branding). Tanpa isi ni of course la bisnes tu tak ada kualiti.. Sebenarnya, makin banyak share content, makin ramai orang mula kenal dan akhirnya percaya dengan apa yang korang share..

Jadi korang jual produk atau servis apa pun orang akan berminat nak beli. Haaaa, jadi masih malas lagi ke nak buat content? Baik korang bertindak sekarang.

5) TAK KUMPUL DATABASE

Database tu apa? Penting ke? Mesti la penting sebab dengan database ni la korang boleh follow up pelanggan sehingga dia tersangkut nak beli.

Database ni boleh dalam pelbagai bentuk contohnya korang boleh dapatkan nama, emel dan no telefon pelanggan. Nak dapatkan semua ni macam mana? Korang boleh dapatkan melalui:

  1. Bagi e-book percuma
  2. Bagi freegift atau diskaun
  3. Dapat sendiri daripada pelanggan

Mudah je kan? Jadi, mulai hari ni dapat dan kumpulkan sebanyak mungkin database yang ada. Jangan main-main tau dengan database sebab “DATABASE IS KING”.

Nak ke nak kami bantu lebih lagi? Dah lama bisnes tak kan tak ada impian untuk pecahkan sales RM10,000 sebulan? Apa kata korang join kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM). Kelas ni dah banyak membantu student kita untuk onlinekan bisnes mereka sehingga dapat menghasilkan result-result yang dahsyat, dan paling penting korang tahu apa teknik dan strategi dalam online bisnes.

Daftar Roket Pemasaran Momentum (RPM) Nak Tarik Pelanggan & Capai RM10,000 Pertama Edisi Khas Ejen pada 27 Mac ini di –> wwww.NakTarikPelanggan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !