Jadi ejen ni senang ke susah? Cuma post terus dekat sosial media je ke? Kalau kawan-kawan tak beli, macam mana nak buat? Pesaing dah ramai, macam mana nak bagi orang nampak?
Mesti banyak lagi yang korang masih blur dalam bisnes online ni kan? Mula-mula blur, lepas tu tak tahu nak buat apa.. Main buat je sampai habis melebur duit dan lama-lama, terus give up. Tak nak buat apa-apa.. Berserah terus.
Tapi korang kena ingat, kalau korang tak tahu.. Korang kena tanya.. Dapatkan solution dalam setiap masalah korang. Setiap masalah mesti ada solution.. Korang kena cari je..
Ni saya ada kumpul sikit soalan yang biasa korang tanya pada saya.. Harap sedikit sebanyak dapat bantu korang.. Baca sampai habis tau!

1. Boleh ke start bisnes dengan jadi ejen jer?
Mestilah boleh. Jadi ejen ni adalah bisnes yang paling senang nak mula. Dah lah tak memerlukan kos yang tinggi. Dan tak perlu nak hire orang untuk tolong kita buat bisnes ni. Tapi… Satu je. Tolong buat bisnes ni dengan lebih serius. Ramai yang saya jumpa, buat bisnes ni untuk saja-saja je.. Buat duit kocek katanya.. Tolong jangan ada sikap macam tu tau.. Jadi ejen, buat bisnes giler-giler.

2. Perlu ke ejen buat Facebook Page?
Perlu. Facebook Page ni ibarat kedai online yang kita bina. Kita kena buat pelanggan tahu kita ni wujud dalam pasaran. Tapi saya nak bagitahu, tolong jangan letak nama produk atau brand dalam nama Facebook page. Kalau tak, korang kena ban sama ada Facebook ban atau HQ yang ban sebab ada copyright. Buka Facebook page, setup cantik-cantik tau.. Buat pelanggan suka masuk page korang.. Sediakan content yang best-best dalam ‘kedai online’ kita.

3. Kategori produk berlainan HQ bole ke buat dalam satu Facebook Page yang sama?
Tolong elakkan! Tak boleh! Jangan! Saya dah kata banyak kali. Fokus pada satu produk/brand sahaja. Jangan sesekali buat dua tiga kerja.. Korang kena buat pilihan. What you focus, will expand. Fokus je satu dulu. Faham ke faham ni?

4. Macam mana nak buat Like Marketing? Saya nak tarik ejen dan tarik customer
Tolong lah, jangan campur dalam satu tempat. Nanti korang yang pening nak handle macam mana.. Dengan posting, copywriting, gambar.. Tak tahu nak layan pelanggan macam mana.. Sekejap tanya nak ejen, sekejap nak beli barang.. Kalau dapat tapis awal-awal kan lebih bagus. Dia nak jadi sebahagian daripada kita atau nak beli produk kita? Fokus dan pilih sama ada B2B atau B2C je. Faham ke faham ni?

5. Perlu ke ejen buat branding sendiri?
Branding adalah perkara yang paling penting dalam bisnes. Kita sebagai ejen, kena bina branding sendiri. Sebab ada ramai lagi orang yang jual produk yang sama dengan kita. Kita kena bagitahu orang lain yang kita ni ejen kepada sesuatu produk tu. Cuba kira berapa ramai pesaing yang ada dalam pasaran ni? Sedangkan dalam produk yang kita jual pun dah ramai, apatah lagi pesaing dari brand lain.. Berapa ramai kita nak kena bersaing? Bina fans dan buat dia tahu yang kita jual produk apa. Dan elakkan untuk letak nama produk/brand pada nama page.
Haa.. Amacam? Korang dapat ke dapat apa yang saya sampaikan ni? Semoga dapat mengurangkan sikit kekusutan dalam kepala korang. Semoga bisnes korang lebih berjaya..
Kalau betul korang nak upgrade ilmu, nak sesuatu yang lebih besar berlaku dalam bisnes korang.. Korang memang kena keluar dari zon selesa. Cari solution.
Jumpa dalam kelas ROket Pemasaran Momentum (RPM) Nak Tarik Pelanggan & Capai RM10,000 Pertama Edisi Khas Ejen pada 27 mac ni. Segera daftar di www.NakTarikPelanggan.com