fbpx
blog najib asaddok

5 Content Buat Orang Engage Dengan FB Page Kita

5 Content Buat Orang Engage Dengan FB Page Kita

Ramai peniaga yang onlinekan bisnes tak tahan lama, lagi-lagi waktu PKP ni. Korang jangan stress, mesti ada cara terbaik untuk buatkan orang stop baca posting dekat FB Page korang. 

Jangan give up terlalu awal, jom hidupkan semula FB Page korang yang bersawang tak ada engagement, sunyi dan sales pun jadi ‘krik-krik’.

Jadi, untuk nak kurangkan kadar ‘kematian’ bisnes online korang ni ada beberapa tips mudah dan simple untuk anda nak hasilkan content power yang korang boleh follow. Pastikan korang scroll setiap gambar dalam ni ya.

Supaya bisnes korang tahan lama, keluarga korang boleh rasa rezeki hasil dari bisnes, supaya orang yang tersayang sentiasa bahagia. Sebab korang selalu share content..

Jadi, korang tahu macam mana nak hasilkan konten yang POWER dan ada engagement yang tinggi? Ok, scroll habis gambar-gambar bawah ni, ada 5 tau. Nampak simple tapi sebenarnya sangat berkesan..

5 Content Buat Orang Engage Dengan FB Page Kita

1. Artikel

Nak tulis artikel mudah je, susah tu hanya berlaku bila anda tak pernah menulis langsung. Sudah tentu anda semua pernah menulis sekurang-kurang tulis karangan masa SPM kan..

Kan biasanya cikgu suruh tulis karangan berdasarkan beberapa persoalan yang biasanya setiap hari kita gunakan dalam kehidupan. Ingat lagi? Eh, korang tak akan tak ingat lagi?

Ok, biasanya apa persoalan yang selalu kita gunakan? Asas je ni, iaitu

  1. Kenapa? Why?
  2. Bila? When?
  3. Siapa? Who?
  4. Bagaimana? How?
  5. Kat mana? Where?

Inilah asas nak menulis. Kalau kita ada topik, kita boleh tulis berdasar 5 soalan asas ni. Jadi, sekarang ni dah nampak?

5 Content Buat Orang Engage Dengan FB Page Kita

2. Isu Semasa/Viral

Isu semasa ni mostly orang tahu, macam contoh sekarang isu di bumi Palestin. Apa content yang kita boleh buat adalah mendoakan saudara kita yang berada di sana. 

Isu PKP pun kita jadikan content yang kita boleh sampaikan kepada orang lain supaya kita sentiasa mematuhi SOP. Jelas ni?

5 Content Buat Orang Engage Dengan FB Page Kita

3. Quotes

Kalau bisnes korang jenis training, korang ejen atau stokis produk, korang ada pusat tusyen, ada klinik, korang memiliki bisnes consultant ataupun ejen takaful dan sebagainya, apa yang korang boleh buat ialah buat satu poster yang ada gambar muka korang, lepas tu ada tulisan kata-kata positif, motivasi, galakan dan apa-apa sahaja yang baik-baik.

Posting poster bergambar dengan kata-kata ataupun poster quotes ni sangat penting nak bina kredibiliti. Bila kita buat macam ni, secara tak langsung korang bina engagement dengan followers untuk bersetuju dengan kata-kata baik dari korang. Tak akan followers korang tak nak setuju pula kan?

Tapi ingat, posting quotes yang baik-baik pun sebenarnya korang bantu sebarkan kebaikan sebab kita kena jelas peranan kita adalah jadi peniaga/usahawan yang beri manfaat pada seramai manusia yang boleh..

4. Video

Korang memang sengaja cari pasal kalau korang tak gunakan video sebagai bahan content marketing. Video ni sangat powerful, sangat memberi kesan yang mendalam pada penonton sebab dia akan menusuk masuk kepada 3 point utama manusia iaitu kinestetik, auditori dan visual.

Macam-macam video korang boleh buat dan pelbagai teknik yang korang boleh guna untuk hasilkan video. Sama ada korang rakam sendiri, atau upah orang luar buatkan video, korang boleh pilih. Faham ke faham ni?

5. Testimoni

Kenapa testimoni penting? Selain nak beri gambaran produk atau servis korang selesaikan masalah orang, tapi peranan paling besar testimoni adalah beri keyakinan pada orang lain bahawa produk adalah real, dan juga boleh naikkan kredibiliti brand bisnes korang.

Bila penonton dapat dengar, lihat dan rasa boleh rasa kesusahan dia, orang boleh feel bahawa masalah dia ni sama dengan aku, orang boleh feel yang dia ada harapan dapat perubahan yang lebih baik dan orang masih ada harapan untuk keluar dari masalah.

Lagi banyak korang dapat testimoni, lagi banyak orang yang korang boleh bantu. Dapat sesuatu??

Korang boleh ubah nasib bisnes korang walaupun PKP berlaku, tak akan nak duduk diam tunggu apa je yang datang? 

Come on bertindak!! Sekarang kita dah tak ada masa. Kalau anda lambat anda tertinggal kebelakang. Tak nak jadi macam tu kan??

Sebab tu, anda download dulu 6 E-Book Copywriting Yang Buatkan Orang Rebut, Bukannya Cabut yang bernilai RM699 secara PERCUMA di www.nakbimbingan.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !