fbpx
blog najib asaddok

3 Tips Onlinekan Bisnes Bantu Rancakkan Sales Anda

3 Tips Onlinekan Bisnes Bantu Rancakkan Sales Anda

Ramai betul yang berniaga secara online sekarang ni. Ada yang guna platform Facebook, Instagram, Shopee, Lazada. Rancak buat promote sana sini tapi sales kelaut. Sedih rasa kalau dah usaha buat bisnes online ni tapi sales pun masih sendu. 

Lagi stress bila tak ada sales ni, nak bayar gaji pekerja lagi, mungkin ada antara anda yang nak kena bayar sewa kedai lagi, nak sara keluarga lagi. Peningnya fikir… Ingatkan senang je nak buat bisnes online ni. 

Haa jangan give up dulu. Sebenarnya ada cara nak rancakkan sales bila bisnes secara online ni. Meh follow 3 tips ni…

  1. Sediakan Content Yang Menarik

Kalau hari – hari asyik post content yang sama dekat media sosial tu orang pun naik meluat tengok. Boleh buat mereka cabut dari follow kita. 

Sebab tu, anda kena pelbagaikan content – content menarik yang buatkan followers anda suka dan ternanti – nanti.

Banyak tau jenis content yang anda boleh buat sebenarnya macam content Tips bagi value dekat pelanggan, Quote untuk bagi kata – kata semangat, Video untuk entertain followers dan juga Live nak bagi orang lebih percaya.

  1. Mula Buat Ads

Bila anda dah konsisten buat content best – best kat sosial media tu, boleh mula untuk laburkan sikit duit buat Ads. 

Benda best bila buat Ads ni anda boleh tetapkan sasaran pelanggan. Masa nak buat Ads tu kan anda boleh tetapkan target dari segi umur, jantina, kawasan tempat tinggal. Jadi sasaran pelanggan tu jadi lebih tepat. Kena pada orang yang betul mesti akan ada orang yang Whatsapp atau PM anda.

  1. Bagi Layanan Kepada Pelanggan

Buat bisnes online ni kan tak jumpa pelanggan secara depan – depan, macam mana nak layan pelanggan tu ? Haa bisnes online ni pun anda kena ada servis yang baik dan laju. Bila ada orang komen dekat platform sosial media tu cepat – cepat balas. 

Sama juga bila ada pelanggan Whatsapp atau PM tanya pasal produk. Bila anda balas dengan cepat, makin tinggi peluang nak buat closing. Kalau lambat respond, risau orang tu akan rasa kecewa dan cari penjual yang lain. 

Amacam ? Follow tips ni tau lagi – lagi anda yang tengah stuck dalam bisnes online ni. Mesti anda punya sales tu boleh meroket lebih jauh lagi.

Nak tambah ilmu lagi untuk rancakkan sales dalam online bisnes? Apa kata anda rendahkan ego dan rebut peluang untuk berjumpa depan-depan! Jumpa dalam sesi Momentum Bisnes 2022. Daftar PERCUMA di www.MomentumBisnes.com

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !