fbpx
blog najib asaddok

3 Sebab Utama Bisnes Tak Boleh Pergi Jauh

Kisah Atikah Seorang Kerani, Peniaga Pasar Malam dan Kini Pengusaha Kasut

Buat bisnes ni bukan main main tau. Sekali korang dah melibatkan diri dalam bisnes, korang perlu buat sungguh sungguh. 

Mana ada orang yang buat bisnes hanya untuk satu dua tahun je kan. Kalau korang putus asa di pertengahan jalan ibarat korang sia sia kan usaha yang korang buat dari permulaan tu. 

Bila sesuatu bisnes tak dapat pergi jauh, ramai peniaga start untuk salahkan produk, salahkan team salahkan diri sendiri. Tapi sebenarnya, ramai peniaga yang tak cuba untuk keluarkan isu yang berlaku yang menyebabkan bisnes mereka tak boleh pergi jauh. 

Ni tiga sebab utama kenapa peniaga yang lain boleh tapi bisnes korang stuck pada tahap yang sama. 

3 Sebab Utama Bisnes Tak Boleh Pergi Jauh
  1. Tak ada inovasi dan idea baru

Idea tentang bisnes ni sentiasa berubah. Perubahan memang tidak mudah tapi jika ianya boleh bantu anda berniaga dengan lebih baik dan membuahkan hasil yang lebih menguntungkan, kenapa tidak?

Pelanggan akan mudah bosan kalau idea yang kita keluarkan asyik sama dan tak berubah langsung. Jangan sampai pesaing dah jauh kedepan korang masih terkapai-kapai lagi. Start untuk cari idea baru yang lebih fresh dan mampu tarik minat pelanggan sekarang. 

3 Sebab Utama Bisnes Tak Boleh Pergi Jauh
  1. Tak naikkan brand

Lagi lagi untuk peniaga kecil yang baru nak up, korang kena tonjolkan apa yang korang buat. Buat pelanggan nampak apa yang korang jual. Kalau sepi, sunyi macam tu jer, pelanggan pon tak tahu apa yang korang buat. 

Tepis rasa malu tu. Kalau pelanggan nampak korang setiap hari, percayalah brand korang akan mudah untuk dikenali. 

  1. Tak faham apa pelanggan nak 

Dalam bisnes penting untuk tahu apa yang pelanggan nak. Bisnes ni tak boleh syok sendiri. Ambil tahu apa masalah pelanggan, apa yang pelanggan perlukan. Selepas itu, baru fokus untuk selesaikan isu dan masalah pelanggan. 

Ni antara sebab kenapa bisnes korang susah nak raih minat pelanggan. Korang belajar sesuatu? Nak lagi tips yang menarik? 

Jom follow saya dalam channel telegram di www.TelegramNajib.com 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !