fbpx
blog najib asaddok

3 Punca Rezeki Susah “Lekat” Dengan Anda

3 Punca Rezeju Susah Lekat Dengan Anda

“Eh.. pelik betul lah rasa macam sales masuk je setiap bulan tapi kenapa rasa tak cukup?”

Siapa pernah rasa macam ni? Belum cukup bulan gaji dah habis, hutang tak habis bayar, banyak komitmen bulanan tertunggak tak mampu bayar. 

Benda ni jangan pandang rendah tau sebab kesilapan ramai usahawan ialah bisnes hanya fikir nak jual barang dan dapatkan duit. Memang mencabar bila korang hanya fikirkan untung, kekayaan dan kemewahan hidup sebab bila fikir balik ia susah nak dicapai. 

Sebab tu kita tak boleh guna konsep cari rezeki dan cari duit tapi perkataan yang sesuai ialah menjemput rezeki datang supaya setiap bulan rasa duit tak banyak tapi Allah cukupkan segala keperluan. 

Tak salah langsung untuk kaya dan ada banyak duit selagi ia digunakan untuk memberi manfaat pada ramai orang. Korang okay ke okay setakat ni?

Jadi apakah benda yang patut kita buat? Cara kita berfikir, cara kita bekerja, niat dalam melakukan sesuatu perkara dan bagaimana semua benda ni boleh betulkan dan menarik lebih banyak rezeki dan keberkatan dalam hidup.. 

Jom baca sampai habis untuk tahu punca rezeki susah nak masuk dan “lekat” dengan korang..

3 Punca Rezeki Susah "Lekat" Dengan Anda
  1. Selalu Bagi Banyak Alasan

Orang macam ni tak bersungguh-sungguh untuk capai impian, bila rasa tak boleh buat sesuatu perkara dia akan bagi banyak alasan. Korang ada kenal usahawan yang macam ni?

Ingat ya, orang yang berjaya tak akan bagi banyak alasan dan sibuk buat benda yang sama untuk dapatkan hasil yang berbeza tapi dia terus fikir apa TINDAKAN luar biasa yang dia perlu buat supaya cepat capai IMPIAN. 

3 Punca Rezeki Susah "Lekat" Dengan Anda
  1. Rasa Diri Dah Pandai

Punca bisnes stuck dan susah untuk menarik keberkatan adalah usahawan tak nak upgrade ilmu sebab rasa diri dah pandai dan tahu semua benda sedangkan bangun pagi pun masih blur-blur tak tahu nak buat apa.

Kalau korang bangun pagi dan masih berfikir tak tahu nak apa ni memang bahaya sebab sepatutnya plan atau list to do dah kena ready lebih awal. 

  1. Takut Pada Kegagalan

Kegagalan ni memang kita tak boleh elak tapi kita boleh kurangkan. Ibarat kata Jack Ma “Kita pergi belajar bukan untuk mengelakkan kesilapan tetapi untuk kita tahu jalan keluar bila berhadapan dengan kegagalan”.

Sebab tu penting untuk usahawan dan peniaga pergi belajar supaya kita tahu apa jalan penyelesaian yang kita boleh buat. 

Dapat sesuatu? Cuba fikir balik dalam hidup ni korang mesti nak capai banyak benda tapi tak buat perkara yang betul yang melayakkan kita untuk capai kejayaan. 

Saya nak korang STOP untuk bagi alasan dan memandang rendah pada kemampuan diri. Korang sebenarnya boleh cuma tak pernah buat sesuatu yang tak pernah buat sebab tu tak dapat apa yang tak pernah dapat. 

Apa kata cuba dulu, boleh? Bagi peluang pada diri korang untuk saya dan Team Momentum bantu. Jom dapatkan info dan maklumat terkini berkenaan kelas online marketing yang saya jalankan di www.TelegramNajib.com 

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !