fbpx
blog najib asaddok

3 Punca Kejatuhan ‘Nokia’ Yang Anda Perlu Tahu

3 Punca Kejatuhan 'Nokia' Yang Anda Perlu Tahu

Mesti anda pernah dengar brand Nokia kan. Brand telefon bimbit yang pernah famous lebih 2 dekad pada tahun 1990-an hingga 2000-an dulu.

Tapi kan kenapa sekarang ni dah tak dengar pasal Nokia ni ? Kalau anda semua nak tahu, jenama ni pernah lalui zaman kejatuhan yang sangat teruk.

Apa sebenarnya punca kejatuhan jenama terulung ni ? Jom baca sampai habis…

  1. Tak Ikut Perubahan Teknologi Semasa

Syarikat Apple dan Google kenalkan telefon pintar yang guna sistem operasi iOS (Tahun 2007) dan Android (Tahun 2008).

Ramai orang pilih telefon pintar yang ada 2 sistem operasi tu. Tapi Nokia tetap tak nak upgrade sistem pada peranti mereka dan masih gunakan sistem operasi Symbian.

Akhirnya pengguna telefon pintar mula tinggalkan jenama ni sebab sistem operasi Symbian dianggap tidak responsif dan tidak dinamik.

  1. Mudah Rasa Selesa

Nokia telah keluarkan Siri 60 dengan sistem operasi Symbian pada tahun 2002 dan dapat maklum balas yang baik dari pasaran.

Hampir 1 dekad Nokia ketuai pasaran telefon bimbit, mereka seperti telah berpuas hati dengan produk sedia ada.

Walaupun ramai pengguna telefon pintar banyak pilih sistem operasi iOS dan Android, Nokia tetap pertahankan sistem operasi Symbiannya.

Jualan produk Nokia menurun namun pegawai atasan mereka anggap ia bersifat sementara dan akan kembali semula.

  1. Kekurangan Visi Jangka Panjang

Banyak isu timbul dalam syarikat sebab persaingan dalaman. Pihak pengurusan Nokia hanya pentingkan keuntungan jangka pendek tanpa hiraukan masa depan syarikat.

Akhirnya, masalah ni telah membuka peluang kepada pesaing untuk mendominasikan sistem perisian telefon pintar ketika itu.

Dapat sesuatu? Anda yang bisnes tu rendahkan ego dan jangan buat perkara – perkara yang boleh jatuhkan bisnes tu.

Belajarlah untuk menerima. Sentiasa upgrade diri supaya dapat pertahankan bisnes dalam jangka masa panjang.

Nak tahu banyak lagi ? Dapatkan info di www.MomentumBisnes.com.

Facebook Comments

Leave a Replay

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !

JOIN KAMI

Dapatkan maklumat dan tips terkini dari Najib Asaddok sekarang secara PERCUMA !